Ahad, 25 Disember 2011

25.12.2011 Catatan Perjalanan Menyelami Sebuah Kehidupan.

Dengan Bismillah aku mulakan perjalanan,
Dengan perlahan,berhati2 langkah kaki aku aturkan,

 Berjalan aku berjalan,
Dengan niat dengan tujuan,
Menyelami keindahan ciptaan tuhan,
Menyesali kesalahan,
Mencari ketenangan,

Pantai penuh keindahan,
Aku hirup udara yang nyaman,
Sang nelayan kelaut mencari rezeki untuk dimakan,

 Anak kecil bermain kegirangan,
Si ayah dan ibu menjadi teman,
Keluarga indah penuh kegembiraan,

Rumah idaman,
Ditepi pantai yang nyaman,
Memang impian setiap insan,

 Langkah aku teruskan,
Demi sebuah perjalanan,
Demi sebuah pengembaraan,

 Masjid simbol keIslaman,
Islam menjadi pegangan,
Kepada Allah aku serahkan,
Nabi Muhammad Nabi Junjungan,
Al-Quran Kitab Keagungan,

Sang manusia mencari makanan,
Alas perut sebelum memulakan tugasan,
Agar sihat tubuh badan,

Aku teruskan perjalanan,
Manusia keluar dengan tujuan dengan urusan,
Memakmurkan bumi ciptaan Tuhan,

 Haiwan merehatkan badan,
Atau mungkin sedang kekenyangan,
Memerhati kiri dan kanan,

 Di pertengahan jalan,
Aku bertembung dengan persimpangan,
Yang manakah menjadi pilihan?
Tetapkan hati tetapkan fikiran,

 Bunga manggar tanda perkahwinan,
Penyatuan hati dua insan,
Gelora cinta,kasih,sayang,rindu bakal dilunaskan,
Semoga kekal berpanjangan,
Dengan keredhaan Tuhan,
 
 Kesihatan juga menjadi keutamaan,
Baik jasmani dan kerohanian,
Moga sihat luaran dan dalaman,

 Jeti lama peninggalan,
Dibiar usang ditelan zaman,
Barang usang jangan dibiarkan,
Barang usang boleh dinilaikan,

Kampung nelayan,
Tidak lari dari kemodenan,
Petanda keluar dari kemiskinan,
Berkat rezeki dari lautan,
Berkat rezeki dari Tuhan,

Bintik hujan mula kelihatan,
Rahmat dari tuhan,
Dengan pantas mencari teduhan,
Agar tidak kebasahan,

Warong berdekatan menjadi teduhan,
Pekena teh secawan,
Buat hilang dahaga dan kepenatan,
Terdengar celoteh golongan pertengahan,
Tentang durian,
Jualan dan belian,
Stratergi pemasaran,
Mencari keuntungan,

Habis teh secawan,
Aku teruskan langkahan,
Kenderaan semakin banyak di atas jalan,
Mentari di langit buat aku kepanasan,

Pencemaran,
Marilah sama2 kita basmikan,
Agar terlindung bumi tuhan,
Agar alam terus indah dan nyaman,

 Polis lambang keselamatan,
Polis tempat aduan,
Jangan mengamuk andai kena saman,
Cuba fikir apa kesalahan,
Mereka hanya jalankan tugasan,

Pendidikan jangan diabaikan,
Baik ilmu akhirat juga keduniaan,
Biar dalam keseimbangan,
Buat bekalan di hari kemudian,

Ular mati di tepi jalan,
Buat aku melompat ketakutan,

 Hidup hanya satu perjalanan,
Mati hanya satu persinggahan,
Menanti hari kebinasaan,
Menanti hari dibangkitkan,
Menanti hari perhitungan,
Menanti hari pembalasan,
Sudah cukupkah bekalan?

Dengan Alhamdulillah,
Aku tamatkan langkah.

2011 hampir melabuhkan tirainya,
2012 pasti hadir harinya,
Setahun berlalu cepatnya masa,
Pelbagai kenangan di dalamnya,
Tersimpul rapi dalam kepala,
Dengan azam dengan iltizamnya,
Muhasabah diri sedalamnya,
Dengan iktikad dan kesungguhannya,
Dengan istiqamah tanpa lalainya,
Andai lalai seketika,
Belum terlambat untuk kembali kepadaNya,
Tuhan Yang Maha Esa,
Pencipta Alam Semesta.

SELAMAT TAHUN BARU

Amirul@Qaseh@LuRimA

Ahad, 4 Disember 2011

Baru.

Assalamualaikum....

Maaf andai lama aku tak menulis di sini,aku agak sibuk sedikit kebelakangan ni,banyak perkara yang perlu di selesaikan secepat mungkin.Mudahan semuanya berjalan dengan baik.

Namun,InsyaAllah akan penulisan2 baru selepas ini,yang memberangsangkan,mungkin di ruangan ini atau ruangan yang baru.Nantikan kemunculannya....

Salam kasih buat keluarga,
Salam cinta buat si dia,
Salam sayang buat semua.

Amirul

Selasa, 22 November 2011

Komen Dari Mama.


Speechless...

Amirul.

Selasa, 8 November 2011

Nama Aku Khan,Dan Aku Bukan Pengganas.

Assalamualaikum.

Okay,terus terang aku cakap,aku baru lepas tgok filem hidustan,My Name Is Khan(MNIK).Filem ni dibintangi oleh pelakon hebat Shah Rukh Khan dan Kajol.Aku sebenarnya dah lama tertarik nak tengok cerita ni,sejak keluar iklan filem ni kat tv lagi,tapi baru tadi aku berkesempatan untuk menonton.Tajuk filem ni sangat2 menarik perhatian aku,dan buat aku rasa nak tengok filem ni.

Perlu ke aku beritahu sedikit sinopsis cerita ni?aku rasa tak perlu kot,kalau korang nak tahu,korang tontonlah sendiri ye.

Okay,aku sebenarnya tak tahu nak gambarkan bagaimana hebatnya cerita ni,yang boleh aku cakap,cerita ni memang hebat,dari para pelakon,ke jalan cerita,ke teknik layaran mereka,semuanya hebat.Kelainan yang ditonjolkan,sangat berbeza sebenarnya filem ni dengan filem2 hindustan yang lain.Ya secara "basic"nya masih tetap berlandaskan cerita cinta agung mereka,namun pembawakan watak dan jalan cerita dalam filem MNIK ni amat menarik.

Isu yang diketengahkan juga menyentuh pemikiran aku,isu mengenai penindasan yang dilakukan oleh sekelompok manusia yang menganggap Islam itu adalah agama yang ganas.Isu yang terjadi selepas tragedi 9/11 yang telah meninggalkan kesan yang besar dalam norma kehidupan seorang Muslim dan Non-Muslim.Isu ini diketengahkan dengan baik sekali dalam plot2 filem MNIK ni.

Dan sebenarnya banyak pengajaran dan iktibar yang boleh di ambil dari filem ini,dari aspek kerohanian,kekeluargaan dan juga hubungan sesama manusia itu sendiri.Dengan menjadikan hubungan cinta dan kasih sayang sebagai tunjak cerita,dan isu perkauman atau lebih tepat sekali isu berlainan agama menjadikan filem ini adalah salah satu filem terbaik yang aku pernah tonton.Isu2 kasih sayang seorang ibu kepada anak,kisah cinta lelaki dan perempuan,hubungan kasih dalam kekeluargaan,kisah pengorbanan seorang individu terhadap orang yang mereka cinta,dendam yang membara di hati mereka2 yang teraniaya,dan juga hubungan sesama manusia diadun dengan begitu baik sekali.Terus terang Shah Rukh Khan membawa watak beliau dengan baik sekali.

Seperti yang aku telah katakan tadi,aku tak ada kata2 yang baik untuk menggambarkan kehebatan filem ni,jadi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut jalan cerita filem MNIK ni,korang tontonlah sendiri.Dan nasihat aku pada mereka yang hatinya terlalu lembut,sediakan tisu dengan secukupnya. :)

Selamat Menonton!


Amirul.

Ahad, 6 November 2011

Korban.

Assalamualaikum...

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar....

Salam aidil adha buat semua pengunjung blog ni,terlebih dahulu marilah kita memanjat kesyukuran di atas segala rahmat dan kerhedaan Allah Taala,dengan kehendakNya,kita sekali lagi ditemukan dengan hari besar buat seluruh umat Islam,Hari Raya Aidiladha,dimana di dalamnya terdapat pelbagai peristiwa2 besar.Antaranya peristiwa dimana Nabi Ibrahim diperintahkan untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail,tak perlulah aku kisahkan lebih lanjut mengenai peristiwa tersebut kerana aku yakin bahawa kita semua sudah sedia tahu akan peristiwa tersebut.10 Zulhijjah,Pada hari ini jugalah pada pertama kalinya dalam sejarah Islam di mana ibadah korban dan berkhatan diperkenalkan.Dan peristiwa terbesar sekali adalah mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah di mana ia merupakan rukun islam yang kelima disyariatkan.Banyak lagi sebenarnya peristiwa2 yang berlaku pada tanggal 10 Zulhijjah ni,terutama pada bulan Zulhijjah itu sendiri,terdapat banyak kebaikan di dalamnya lagi2 pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.Semoga kita akan dipertemukan lagi dengan bulan Zulhijjah pada tahun hadapan.

Pertama Kali.
10 Zulhijjah kali ini juga merupakan antara lipatan sejarah dalam hidup aku di mana kali ini aku merayakan Hari Raya Aidiladha jauh dari keluarga,buat pertama kali dalam hidup aku,beraya tanpa keluarga di sisi,tanpa merasakan masakan mama yang enak,tak perlu menyuruh adik aku menggosokkan baju melayu aku,dan juga melakukan solat sunat aidiladha buat pertama kali di Penang.Kenapa?jangan ditanya kerana mungkin ini kehendak Allah Taala,Dialah yang Maha Perancang dan Maha Penentu.

Khutbah.
Seperti biasa,di pagi hari raya muslimin dan muslimat di sunatkan untuk melakukan solat sunat aidiladha 2 rakaat dan disertakan dengan khutbah,aku juga tidak kelihatan untuk melakukan solat sunat di masjid yang berhampiran dengan rumah inap aku,kesayuan terasa bila mana aku terdengar laungan takbir hari raya ketika melangkah keluar dari rumah,ingatan aku terus terpaku ke kampung halaman,terkenangkan keluarga yang jauh di selatan.Semoga kita semua dalam rahmat dan kerhedaan Allah.

Seperti biasa khutbah hari raya akan menerangkan tentang kelebihan ibadah haji dan korban,menceritakan peristiwa2 yang berlaku,namun yang menarik minat aku,khatib telah menekankan beberapa aspek kehidupan,lebih tepat lagi isu2 semasa yang berlaku pada zaman ini,antara aspek yang sangat di tekankan adalah :

1.Hutang dalam kehidupan.
Disini khatib menerangkan tentang keburukan sikap generasi sekarang yang gemar berhutang seperti contoh hutang pinjaman kereta,hutang pinjaman rumah,hutang kad kredit,hutang pinjaman peribadi dan sebagainya.Dan khatib menekankan bahawa Islam amat tidak menggalakkan umatnya berhutang,Antara sabda2 yang dibacakan oleh khatib berkenaan dengan isu ini.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari.” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)(Sumber : http://www.islamituindah.my/hidup-tenang-tanpa-bebanan-hutang)

2.Peranan bapa dalam institusi kekeluargaan.
Di sini khatib ada menyebutkan sabda Rasulullah SAW,

Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)(Sumber :http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/546-siapa-lelaki-dayus-menurut-islam-.html)

Khatib menyebut lagi bahawa generasi hari ini lebih cenderung kepada hal2 duniawi semata,hinggakan dalam cara mendidik anak itu sendiri,hal2 ketuhanan dan didikan agama diambil ringan sahaja.Sama2lah kita hayatinya.


3.Seksualiti Merdeka.
Pernahkah anda mendengar Program Seksualiti Merdeka?jika ya,tahniah,anda seorang yang prihatin dengan hal ehwal semasa.Anda tahu apa isi kandungan program tersebut?jika ya,tahniah sekali lagi.Anda menyokong?Anda membantah?Jika anda membantah,tahniah,anda masih waras,tapi jika sebaliknya,maaf,aku rasa anda gila dan sudah terpesong akidah.Intipati program ini lebih epada kebebasan dalam pergaulan,termasuk mereka2 yang sejenis.Gila tak?Isu ini juga ditekankan oleh khatib sebentar tadi,sama2lah kita renung dan ambil iktibar.

Dan ada lagi isu2 yang betekankan seperti gejala2 sosial yang cenderung dilakukan oleh remaja dan sebagainya.

Begitulah perjalanan hari aku untuk hari raya kali ini,aku harap dan berdoa agar suatu hari nanti,aku berpeluang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah sepertimana mereka2 yang sedang mengerjakan haji pada waktu ini,sama2lah kita berusaha untuk kesana,InsyaAllah.Dan semoga mereka yang sedang mengerjakan haji diberikan kesihatan yang baik dan dapat mengerjakan haji dengan jayanya,dan pulang ke tanah air dengan selamat.Amin.










Amirul.

Rabu, 2 November 2011

Amri Dan Peniaga.

Di hujung sebuah kampung,terdapat seorang pemuda yang hidup seorang diri,tanpa ayah dan ibu yang telah lama meninggalkan dunia.Amri dikenali oleh orang kampungnya sebagai seorang yang alim dan taat kepada agama.Setiap waktu jaganya di isi dengan solat,berpuasa dan berzikir dan menabur pujian kepada kebesaran Allah.Amri gembira dengan apa yang beliau lakukan seharian,dengan mendekatkan diri dengan Maha Pencipta,langsung tiada pemikiran jahat di ruang mindanya,jauh dari sifat2 godaan yang mengarahnya ke arah melakukan maksiat terhadap Allah Taala.

Di suatu malam,Amri terjaga dari tidurnya,beliau terjaga akibat dari sebuah mimpi.Di dalam mimpi tersebut,beliau diarah oleh suatu suara mengarahkan beliau berjumpa dengan seorang peniaga di bandar berdekatan kampungnya,suara itu mengarahkan beliau untuk mempelajari sesuatu daripada peniaga tersebut.Amri termangu seketika,beliau memikirkan maksud mimpi tersebut,adakah beliau masih belum cukup amalannya terhadap tuhannya?Persoalan itu terus mengganggu fikirannya.

Dan keesokan harinya Amri nekad untuk berjumpa dengan peniaga tersebut,dengan segera Amri melangkah keluar dari rumahnya menuju ke bandar bagi mencari peniaga tersebut.Selepas yakin beliau berjumpa dengan peniaga yang dimaksudkan,Amri berdiri di satu sudut kedai peniaga tersebut dan memerhatikan peniaga tersebut.Amri melihat peniaga tersebut sibuk dengan pelanggannya yang ramai,menjalankan urusniaga yang biasa dilakukan oleh peniaga2 yang lain.Dan seketika peniaga tersebut berhenti seketika untuk melakukan solat,dan selepas itu menyambung lagi tugasnya menjual barang2 niaganya.Amri terusan berfikir,apakah lebihnya si peniaga itu dengan dirinya?Amri pulang dengan hampa.Beliau menganggap mimpinya itu hanyalah tidak lebih dari mainan tidur sahaja.

Malam itu Amri bermimpi perkara yang sama,suara itu sekali lagi mengarahnya untuk mempelajari sesuatu dari peniaga tersebut.Amri pergi lagi memerhatikan peniaga itu keesokan harinya,namun apa yang diperhatikannya adalah situasi yang sama seperti hari sebelumnya,Amri pulang lagi dengan hampa.Namun Amri bertekad untuk pergi sekali lagi buat kali yang ketiga keesokannya,kali ini Amri keluar awal pagi,selepas selesai solat Subuh,Amri terus ke kedai peniaga tersebut.Si peniaga baru sahaja membuka kedainya,melayan beberapa pelanggan dan beliau perasan akan kehadiran Amri.Si peniaga itu mendekati Amri.

Peniaga : Assalamualaikum anak muda,ada apa2 yang anak muda perlukan?
Amri : Waalaikumusalam,oh tidak,saya tidak mahu apa2.
Peniaga : Jadi,apa yang anak muda mahukan?Aku lihat dah 3 hari anak muda datang ke kedai aku ini.
Amri : Oh,itu..erm,sebenarnya ada sesuatu yang saya ingin tanyakan kepada tuan.(Amri terus menceritakan tentang mimpinya)
Peniaga : Begitu rupanya,senang saja anak muda,tapi sebelum aku beritahu jawapannya,anak muda perlu melakukan sesuatu untuk aku.
Amri : Apa sahaja tuan,saya bersedia asalkan saya mendapat jawapan mimpi saya.
Peniaga : Begini,kamu ambil mangkuk yang berisi air ini,aku mahu kamu bawa manngkuk ini ke hujung jalan ini dengan pantas,dan kembali semula ke sini dalam masa 15 minit.Tapi ingat,jika air dalam mangkuk ini berkurang walaupun sedikit,aku tidak akan memberitahu jawapanya.

Amri terus sahaja berlari dengan membawa mangkuk berisi air itu seperti yang diarahkan oleh si peniaga tersebut.Akibat dari lariannya,air di dalam mangkuk itu hampir sahaja tumpah,Amri memperlahankan lariannya dan berhati2 terhadap mangkuk yang dibawanya itu.Amri tidak mahu perjumpaan dengan si peniaga itu berakhir dengan sia2.Menyedari masa sudah singkat,Amri berjalan dengan laju.Dan akhirnya Amri kembali kepada si peniaga itu dengan keadaan yang termengah2.

Amri : Ini mangkuknya,saya yakin saya tidak mengurangkan walau sedikit pun air di dalamnya.
Peniaga : Bagus anak muda.
Amri : Jadi sekarang tolong ceritakan jawapan terhadap mimpi saya itu tuan.
Peniaga : Baiklah anak muda,sebelum itu,aku ingin tanyakan sesuatu pada kamu.
Amri : Apa dia tuan?
Peniaga : Berapa kali kamu mengingati Allah sepanjang kamu berlari membawa mangkuk berisi air ini?
Amri : Mengingati Allah?Saya langsung tidak mengingati Allah,saya hanya berfikir tentang air di dalam mangkuk ini,saya risau jika air di dalam mangkuk ini berkurang.
Peniaga : Nah,di sinilah jawapannya anak muda,aku sentiasa mengingati Allah dalam setiap perbuatanku.Semasa aku berniaga,sama seperti kau membawa mangkuk berisi air itu,aku jujur dan amanah dalam perniagaan yang aku lakukan,aku juga lakukan amal kebaikan terhadap pelanggan2 aku,aku tidak pernah melupakan Allah dalam setiap yang aku lakukan.

Amri tunduk mendengar jawapan peniaga tersebut,Amri kemudiannya berterima kasih kepada peniaga tersebut kerana telah mengajarnya sesuatu hari ini.Tamat.

*Nah rakan2,semoga cerita ini dapat memberi sedikit pelajaran buat kita semua.Semoga Tuhan Merahmati Kita Semua.Amin.
*Di alih bahasa dan di olah dari cerita The Pious Man and The Shopkeeper.

Amirul

Isnin, 31 Oktober 2011

Ahmad Dan Abu Si Tukang Kayu

Ahmad dan Abu,dua orang sahabat yang bekerja sebagai tukang kayu,mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam seni pembinaan,telah banyak rumah mereka bina,dengan hasil yang sangat mengkagumkan.Kemahiran mereka dalam bidang pertukangan sangat masyhur,terkenal hingga ke pelusuk daerah.Setiap hasil kerja mereka penuh ketelitian dan berhati2,hinggakan tidak ternampak langsung cacat celanya.Dengan kemahiran yang mereka ada,mereka menjadi anak emas kepada majikan mereka,Majikan mereka sudah menganggap mereka seperti ahli keluarganya sendiri,dijaganya Ahmad dan Abu dengan begitu baik sekali.

Tahun berganti tahun,waktu terus berlalu,Ahmad dan Abu telah berfikir untuk bersara,mereka rasakan sudah tiba masanya mereka meninggalkan dunia pembinaan dan hidup santai menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.Niat mereka dikhabarkan kepada majikan mereka.

Ahmad : Tuan,saya ingin berhenti kerja.
Majikan : Kenapa Ahmad?Kenapa secara tiba2 awak ingin berhenti kerja?Adakah kau tidak berpuas hati dengan apa yang aku beri selama ini?Kau juga Abu?
Abu : Ya tuan,saya ingin bersara.
Majikan : Tapi kenapa?
Ahmad : Saya rasa dah sampai masanya untuk saya bersara,dah terlalu lama saya menceburi bidang ini.
Abu : Tuan terlalu baik kepada kami,banyak jasa tuan kepada kami,tapi kami memang ingin bersara tuan.
Majikan : Jadi apa kau akan lakukan selepas ini?
Ahmad : Saya hanya ingin menghabiskan masa saya bersama keluarga.
Majikan : Kau dah habis fikir?Kau dah cukup yakin dengan keputusan kau ni?
Ahmad dan Abu : Ya tuan.
Majikan : Terkilan aku mendengar kamu ingin bersara,beginilah Ahmad,Abu,aku ingin kau bina sebuah lagi rumah setiap seorang.
Ahmad : Tapi tuan.....
Majikan : Ahmad,ni permintaan terakhir aku,aku harap kau dapat bina sebuah lagi rumah,dan selepas itu kau boleh bersara seperti yang kau mahukan.
Ahmad : Tuan pasti ini yang terakhir?
Majikan : Ya.
Ahmad : Baiklah kalau begitu pinta tuan.
Abu : InsyaAllah tuan.

Selang beberapa minggu,Ahmad memulakan kerjanya,dari melukis pelan hingga mencari bahan2 mentah untuk membuat rumah yang terakhir itu.Namun dengan hati yang berat dan fikiran yang sudah memikirkan hari persaraannya,Ahmad membina rumah itu dengan sambil lewa sahaja,dengan reka bentuk yang ala kadar,beliau juga menggunakan bahan2 mentah yang tidak berkualiti,dengan hati yang tidak lagi bersemangat,beliau telah menghasilkan rumah yang biasa2 sahaja.

Berlainan pula halnya dengan Abu,beliau berusaha menyiapkan rumah terakhir itu dengan penuh semangat.Beliau inginkan binaan terakhirnya itu adalah binaannya yang paling hebat dan indah.Dengan reka bentuk yang menarik dan mewah,dan bahan2 yang berkualiti,beliau telah menyiapkan sebuah rumah yang sangat indah dan mewah,beliau sangat gembira dengan hasil yang diperolehinya.Beliau mengakhiri karier beliau sebagai tukang kayu dengan hasil yang sangat membanggakan.

Dan hari persaraan mereka yang mereka nanti2kan selama ini telah tiba,mereka sekali lagi berjumpa dengan majikan mereka dengan membawa gambar rumah terakhir yang mereka dirikan sebagai bukti.Malangnya,majikan mereka langsung tidak melihat hasil terakhir mereka itu sebaliknya mengeluarkan beberapa sampul dan dokumen lalu memberikannya kepada mereka berdua.

Ahmad : Untuk apa ni tuan?Tuan tidak mahu melihat hasil kerja terakhir kami?
Abu : Ya tuan,kami telah berusaha untuk menyiapkan rumah yang tuan mahukan itu.
Majikan : Dalam sampul tu adalah gaji terakhir kamu,berserta dengan pampasan terhadap segala usaha dan kudrat kamu ketika kamu berkerja dengan aku,dan dokumen itu,aku mahu kamu turunkan tanda tangan di atasnya sebagai tanda penyerahan.
Ahmad : Penyerahan apa tuan?
Abu : Ya tuan,penyerahan apa?
Majikan : Penyerahan sebuah rumah daripada aku untuk kamu berdua.
Ahmad : Rumah?Rumah mana tuan?
Majikan : Ini.(Sambil menyerahkan kembali gambar hasil binaan Ahmad dan Abu yang terakhir.)
Ahmad dan Abu : Rumah ini tuan?(Sambil berpandangan sesama sendiri.)
Majikan : Ya,rumah ini adalah sebagai hadiah daripada aku untuk kamu berdua,nikmatilah ia bersama ahli keluargamu.Semoga kamu selesa dengan rumah yang kamu bina sendiri.

Ahmad dan Abu berpandangan sesama sendiri.Tamat.

*Terdapat banyak pengajaran di dalam cerita di atas,jika di nilai dengan bijak,kamu akan lihat setiap pengajaran itu.Kita boleh bandingkan kisah Ahmad dan Abu seperti kehidupan kita di dunia ini,Allah telah berikan kita peluang untuk membina kehidupan kita sendiri,maka pilihan terletak di tangan kita samada kita inginkan kehidupan yang baik dengan mengikut segala yang diperintahkan olehNya,mengerjakan amalan2 yang baik atau sebaliknya,Pilihan di tangan kita.

*Di alih bahasa dan di olah dari cerita The Carpenter.

Amirul

Selasa, 25 Oktober 2011

Selamat Hari Lahir Mama.

Buat Mama.

Mama,sepanjang perkenalan kita,aku gembira,aku bahagia,menjadi pelengkap hidupmu,sebahagian dari hidupmu,aku bersyukur ke hadrat tuhan,dapat berkenalan denganmu mama,kau lah penyeri,kau lah guru,kalau lah lilin yang menerangi hari2 aku,kau jugalah pelindung,kau pakar psikologi,kau chef di hati,kau bijak berjenaka,kau lah segalanya.

Mama,hari ini,hari bahagia buatmu,di mana hari kau di lahirkan,47 tahun kau di muka bumi ini,dan 26 tahun yang lalu,kita ditakdirkan untuk bersama,mengharungi hidup bersama2,dengan bahagia,dengan duka,dengan senyum tawa,dengan nangis duka,kita bersama2.Terima kasih atas segala2nya.

Mama,Selamat Hari Lahir aku ucapkan buatmu,tiada hadiah dapat aku kepilkan bersama,hanya doa dari kejauhan,agar kau sentiasa dalam perlindungan,diberikan kesihatan berpanjangan,dilimpahkan rezki tuhan,bahagia bersama suami tercinta,serta anak2 yang masih menagih kasihmu,semoga kau kuat selalu,tabah selalu,ceria selalu.

Sesungguhnya tiada kata2 yang indah dapat aku gambarkan tentang dirimu mama,kau lah segala2nya.Terima tuhan atas perkenalan aku dengan mama.



Amirul@Anak Mama.

Sabtu, 24 September 2011

Antara Fitrah Dan Rukun.

Assalamualaikum,

Salam buat semua,salam buat dunia,salam buat insan yang membaca blog aku ni....

Sedar tak sedar kita sudah berada di minggu terakhir Syawal,cepat sungguh masa berlalu,terngiang2 lagi takbir raya kat telinga ni,di Penang ni,bahang Syawal dah pudar sejak pertengahan bulan lagi,namum ketika aku di kampung halaman,bahang raya pasti akan dirasa lagi walaupun sudah menjejak ke akhir bulan,aku rindu dengan zaman kecil aku,dimana setiap kali Syawal,aku pasti akan turut serta dengan program marhaban dari rumah ke rumah yang di amalkan di kampung aku,yang seronoknya dapat kumpul duit raya la,zaman aku dulu,50sen dah cukup besar nilainya,sekarang ni tak tahu la kan,entah2 budak2 tak pandang dah 50sen tu.

26 tahun,aku dah 26 tahun,Alhamdulillah,hanya itu mampu aku ucapkan,namun terdapat kekesalan dalam diri ni,kerana 26 tahun,aku sia2kan hidup aku,26 tahun,aku lupa,26 tahun,aku leka,26 tahun aku lalai dengan perkara2 dunia,hinggakan tiada sedetik pun aku mengingatiNya,Tuhan Yang Masa Esa,seringkali lupa untuk berselawat ke atasnya,Nabi Agung,Nabi Muhammad,dan membiarkan ia usang,Kitab Terulung,Al-Quran.Aku langsung lalai dengan hal2 dunia,yang takkan pernah ada habisnya,yang mendorong aku kelembah yang hina.Namun aku rasa masih aku masih belum terlewat,26 tahun aku rasakan masih muda,masih banyak lagi ruang untuk aku,masih panjang lagi masa untuk aku,kembali ke jalanNya,jalan yang diredhaiNya,jalan yang penuh dengan keberkatanNya,Tuhan,aku mohon padaMu yang Satu,tetapkanlah hatiku,berilah hidayahMu,tunjukkanlah jalan kebenaranMu,agar aku tidak lupa untuk sentiasa beribadah padaMu,sujud padaMu,berselawat ke atas Nabi Junjungan,terapkanlah istiqamah dalam lubuk jiwaku,sentiasa mengingatiMu,perkenankanlah doa hambaMu ini Ya-Allah.

Perkahwinan,secara terang,aku terbuka untuk berfikir tentang ini sejak kebelakangan ni,pelbagai persoalan yang hadir dalam minda aku ni,dari pelbagai sudut,dan semakin kuat sejak sehari dua ni.Dan ramai yang menjadi mangsa aku demi melunaskan persoalan yang terbuku dalam kepala otak aku ni,dari sudut hukum,mahar,hantaran,tunang,majlis,jodoh dan sebagainya,terus bermain2 dalam minda,adakah mungkin sudah tiba waktu aku untuk menerima beban dan tanggungjawab yang lebih berat dalam hidup ni,adakah Tuhan sudah beri tanda bahawa waktunya sudah tiba untuk aku,atau hanya aku yang terlalu kemaruk dengannya?Tuhan,sekali lagi aku pohon dariMu,tunjukkanlah jawapan kepada persoalan2ku,permudahkanlah perjalanan hidupku,agar mudah aku membuat keputusan yang baik untuk aku,dan semua.

Masih tidak lari dari hal perkahwinan,dan kali ini lebih kepada persoalan hukum.Perkahwinan sepertimana yang kita tahu,adalah fitrah seseorang yang bernama manusia.Telah dijelaskan dalam Islam tentang hukum2 perkahwinan,dari yang wajib ke yang haram,dan aku rasa kalian sendiri tahu tentang hukum2 tersebut,tak perlulah aku terangkan dengan lebih lanjut di sini.Sedang aku terusan berfikir pasal perkahwinan ni,terdetik hati aku tentang Haji,salah satu rukun yang terdapat dalam rukun Islam yang 5 tu,dan aku cuba kaitkan antara Haji dan Perkahwinan ni,antara Rukun Dan Fitrah,mana yang perlu di dahulukan?Dan seketika aku buntu memikirkannya,mencari2 jawapannya,kalau nak di ikutkan tentulah yang rukun perlu di dahulukan,sedangkan yang fitrah itu hanyalah sekadar hiasan,nikmat sementara yang Tuhan beri kepada hamba2Nya.Aku membaca dan membaca,mencari jawapan yang pasti,dan sekali lagi aku rasakan diri aku ni terlalu hina,seolah2 aku sekali lagi terlalu mengejar nikmat di dunia,sedangkan nikmat syurga yang kekal abadi tu aku abaikan.Namun Tuhan Maha Mengetahui,Maha Memberi,Maha Mengampuni,aku kembali pada hukum2 perkahwinan,telah di syariatkan oleh Allah,dari wajibnya seseorang itu berkahwin,hinggalah ke haramnya sesuatu perkahwinan itu,mungkin selama ni aku terlepas pandang dari semua ni,dan Alhamdulillah,Tuhan telah mengajar aku sesuatu hari ini.Semoga Tuhan Merahmati Segala Cinta Di Dunia.

Kalian,mungkin kalian juga terlepas pandang tentang persoalan ini,aku sendiri tak terlepas darinya,sama2lah kita mengambil iktibar dan pelajaran dari apa yang berlaku pada aku hari ini,semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan Allah.Amin.Dan andai ada kesilapan pada penulisan aku kali ni,ampun dan maaf aku pohonkan terlebih dahulu,ajarlah aku yang masih dalam kehinaan ini,tegurlah aku yang masih naif ini.Terima Kasih Tuhan,terima kasih teman.

Amirul.

Selasa, 13 September 2011

13 September.Terima Kasih Semua!

Alhamdulillah...

Bersyukur aku ke hadrat Allah kerana dipertemukan sekali lagi dengan tarikh keramat 13 September ni,tarikh di mana aku dilahirkan ke dunia ciptaan Allah Yang Maha Esa ni,dan aku bersyukur kerana selama 26 tahun aku di muka bumi ni,aku di kurniakan kesihatan yang baik,kehidupan yang pada aku baik,di kelilingi orang2 yang baik,di pertemukan dengan orang2 baik.Tahun ni tarikh keramat ni sedikit bermakna kerana jatuh pada pertengahan bulan Syawal,di mana kita umat islam masih lagi merasakan demam Aidil Fitri,juga masih lagi merasakan bahang sambutan merdeka negara yang ke 54 kalau tak silap aku,aku sekali lagi bersyukur kerana di lahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini,negara yang aman dan makmur,tanpa peperangan,tanpa ancaman,penuh dengan keindahan.Dengan itu,sama2lah kita mempertahankan kemakmuran negara Malaysia ini.

Tersentuh hati aku pagi ini,menangis tanpa air mata,hanya hati,hati yang tersentap apabila seorang demi seorang ahli keluarga,sahabat,rakan,dan teman bertalu2 menyampaikan ucapan dan doa buat diri aku yang serba kekurangan ni,lebih2 lagi apabila mendapat mesej daripada Mamaku,sungguh aku terharu.

Mesej Mama :

"13 september,dgn izin Allah anakanda dilahirkan,dgn hati yang amat bahagia,anakanda menjadi permata buat ayah dan bonda,membesar dlm peliharaan Allah,bonda bersyukur penuh sepenuh jiwa,walau banyak kekurangan dlm diri bonda,anakanda tetap menjadi anak yang boleh dibanggakan,mudahan anakanda terus di beri kehidupan yang mulia di pelihara dunia dan akhirat,di murahkan rezeki,kesihatan yang baik,terus mengingati Yang Maha Esa,menjadi anak yang soleh.Akhir kata dari bonda,Selamat Hari Ulang Tahun,sayang dari bonda,doakan untuk bonda,agar sentiasa di kurniakan taufik dan hidayah,maafkan bonda jika dalam membesarkan anakanda banyak kepincangannya,ingat bonda selalu"

Buat Mama,andai mama baca blog abg ni,takde kata yang abg dapat ucapkan pada mama,selain dari terima kasih tidak terhingga buat mama yang dari kecil abg mama tatang bagai minyak yang penuh,hinggalah ke dewasa ini,mama jugalah yang menjadi ratu dalam hati abg,terima kasih atas segala pengorbanan mama,usaha mama,tunjuk ajar mama,doa mama dalam membesarkan abg,bersyukur abg mendapat mama sebagai ibu,seorang ibu yang sangat memahami abg,menegur abg bila abg bersalah,doa mama jugalah yang membawa abg ke tempat di mana abg berada hari ni,takda siapa yang mampu menggantikan semua tu,takda apa yang mampu abg berikan pada mama,hanyalah doa dari abg buat mama,agar mama sentiasa sihat di samping suami(abah) dan berada dalam keberkatan Allah.
Mama,InsyaAllah,selagi nyawa ada dalam badan anakmu ini,keluargalah yang menjadi keutamaan,kebahagiaan mama dan abah abg dahulukan,InsyaAllah,sama2lah kita berusaha dan berdoa kepada tuhan,agar diberikan kita kekuatan dalam menyempurnakan kepincangan yang ada,memenuhkan ruang yang serba kekurangan,dengan cinta kita,dengan cinta Ilahi,semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah,InsyaAllah.

Buat teman,rakan dan sahabat,terima kasih tidak terhingga aku ucapkan atas ucapan dan doa kalian,tiada kata dapat aku gantikan selain dari syukur ke hadrat Ilahi dikurniakan insan2 seperti kalian,semoga kita sama2 mendapat keberkatan dalam kehidupan,kesihatan yang berkekalan,kejayaan yang di impikan, 

Semoga Tuhan Merahmati Segala Cinta Di Dunia.










Amirul@Bear@Lurima@Qaseh

Isnin, 12 September 2011

Mengambil Iktibar.

Assalamualaikum....

Jumpa lagi kita di ruangan maya milik aku ni,setelah lama mendiamkan diri,menyibukkan diri dengan hal2 dunia yang tak pernah ada habisnya.Kali ni ada sedikit cerita yang aku rasa boleh kita sama2 mengambil tauladan dan hikmah kebesaran Yang Maha Esa,marilah sama2 hayatinya.

Beberapa Jumaat yang lepas,minggu pertama kita semua merayakan hari raya aidil fitri,aku melangkah ke sebuah masjid berdekatan dengan rumah aku untuk melaksanakan tanggungjawab seminggu sekali,aku terus ke tempat mengambil wuduk,aku pandang di sebelah aku,terdapat seorang lelaki lebih kurang umur 30an,yang menyayat hati aku,beliau boleh diketegorikan sebagai seorang yang kurang upaya,melihat dari segi fizikalnya sempurna,tapi hakikatnya pergerakan beliau sedikit terbatas,juga ingin mengambil wuduk,demi tanggungjawab beliau terhadap tuhan.

Yang aku cuba ceritakan ialah bagaimana beliau mengambil wuduk tersebut,dengan air yang sangat perlahan,setitik demi setitik beliau titiskan pada anggota2 wuduk beliau,beliau raupkan air yang sedikit itu keseluruh anggota,dengan tertib dan perlahan,pada ketika tu,hati aku rasakan sayu,sungguh sayu,dalam hati aku terdetik ingin membantu untuk menguatkan jirusan air beliau,tapi aku hentikan kerana mungkin beliau selesa begitu,aku terus sahaja mengambil wuduk,dan sekali sekala menjeling ke arah beliau,sungguh tekun dan tertib sekali,aku cuba perbandingkan cara aku mengambil wuduk dengan beliau,berbeza,sangat2 berbeza,aku gunakan air yang sangat banyak untuk mengambil wuduk sedangkan beliau hanya menggunakan sedikit sahaja air sudah boleh meratakan ke seluruh anggota wuduk beliau.

Cuba kalian hayati dan bezakan sendiri cara kalian mengambil wuduk,pasti kalian akan faham apa yang aku cuba sampaikan di sini,pembaziran yang sering kita lakukan ketika mengambil wuduk,sedangkan pembaziran itulah yang ditegah dalam Islam,pembaziran itulah perbuatan syaitan yang dilaknat,sungguh hinanya kita,bagaimana seorang yang kurang upaya seperti saudara kita tadi dapat menggunakan air dengan sebaik2nya,sama2lah kita mengambil iktibar dan tauladan dari beliau,mudahan kita juga akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah.Amin...


Amirul.

Jumaat, 26 Ogos 2011

September Datang.

Assalamualaikum,

Cukup lincah masa berlalu,hinggakan aku masih lagi merasakan aku berada di awal ramadan,namun hari ini,sudah 26 hari kita berpuasa,dan hanya beberapa hari lagi kita akan meraikan kedatangan bulan Syawal yang penuh makna,dimana kita akan menyambut hari raya aidil fitri,hari yang akan menhimpunkan sekelian kaum keluarga,baik jauh dan dekat,masing2 akan berpakaian serba baru,serba cantik,dan dimeriahkan lagi dengan anak2 yang asyik menunggu duit raya.Namun disamping kita bergembira,sedarlah kita bahawa ramai lagi yang di luar sana yang bersedih,bermuram durja,bersyukurlah kita ke hadrat Allah andai pagi raya itu kita bersama keluarga,berpakaian cantik,kerana ada di kalangan kita yang tak dapat merasai semua itu.

Ogos semakin meninggalkan kita,dan tahun ni,kita akan menyambut hari raya sekali dengan hari kemerdekaan negara,di mana hari merdeka jatuh mungkin pada hari pertama atau hari kedua kita menyambut hari raya aidil fitri,dua hari penuh bermakna buat kita semua,hari kemenangan buat umat islam setelah memperhambakan diri kepada Allah selama sebulan,juga hari kemenangan buat seluruh rakyat Malaysia di atas kermedekaan,keamanan yang telah kita alami selama ini,sama2 lah kita semua menjaga keharmonian dan keamanan yang sudah sedia ada selama ini,andai ada cacat cela di sana sini,sama2 lah kita perbetulkannya dengan tindakan yang baik,dengan aman tanpa menjejaskan keharmonian yang kita kecapi selama ini.Semoga Malaysia dan umat Islam terus maju kehadapan dengan izin tuhan yang maha esa.InsyaAllah.

Lagi 2 hari aku nak pulang ke kampung halaman,tak sabar rasanya nak pulang,nak berjumpa dengan keluarga tercinta,rindu sungguh pada mereka,maklumlah,kali terakhir aku pulang pada hari besar adik aku 3 bulan yang lepas kot,lagi2 pada si kenit Nur Nadirah Natasya,rindu dengan keletah dia,rindu untuk melihat dia membesar.Tapi hari ni si putih aku buat hal pulak,nasib baik aku tak pulang dengan si putih,tahun ni aku pulang menumpang bos aku yang kebetulan kampungnya tak jauh dari kampung aku,Alhamdulillah.Semoga Allah memberi perlindungan kepada kami semasa pulang ke kampung halaman,tidak lupa juga kepada semua rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung masing2,berhati2 lah semasa memandu,andai mengantuk,tidur dahulu,biarlah lambat asalkan selamat tempat yang di tuju.

Akhir kata di sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan selamat menyambut hari kemerdekaan buat seluruh umat islam di muka bumi terutamanya kepada rakyat Malaysia.Andai ada selama ini kekasaran bahasa dari aku di dalam blog aku ni,aku memohon ribuan ampun dan maaf dari kalian semua,terima kasih kerana membaca blog aku yang membosankan ni,semoga kita berjumpa lagi di ramadan yang akan datang,InsyaAllah.



Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Amirul@Qaseh@Lurima.

Rabu, 3 Ogos 2011

One Words.

Hurm,

No wonder i am not in the mood since morning,my feeling is not good,and i am lost with something,and suddenly,something bad happen to me,not in my mind at all,and its my fault,i am the one that make things worst,with one words,i am ruining everything,maybe for my entire life,and i didn't see it,i feel like a shit,i messed up everything.

Its suppose to be a great day today,enjoying,cheering,with my best buddies,but sorry guys,i cannot make it,i may look happy with the smile,with laugh,ate till i cannot stand anymore,but inside my mind,inside my heart,i am thinking about something,something bad,something misery,something important to me,yes,its important to me,and i know that u guys realize it,and try to keep me smiling all the time,thank you guys,for be at my side,cheering me when i'm sad,advice me when i'm lost,such a great friends i have.

You,i am here because of you,for seeking your forgiveness,i am sorry if i made a mistake,i'm sorry for my words,my action,my behavior,i'm sorry for hurting you.I'm sorry again.Hope you will read this.And put some consideration on me.

Love.
Amirul.

Sabtu, 30 Julai 2011

Awake.Lonesome.

Sabtu,30 Julai 2011,1:51a.m......

Terjaga aku dari lena,yang aku rasakan amat panjang,aku lihat jam di telefon bimbit aku yang sudah semakin usang,masih awal,masih panjang lagi perjalanan malam ini,aku cuba untuk kembali dengan lenaku,dengan mimpiku,namun yang hadir hanya lintasan2 perkara yang membuatkan aku semakin jauh dari lenaku,mengingati aku,masa depan,kewangan,dia,ya...dia yang paling selalu melintas di fikiran,kenapa dia?

Dan sedetik,aku seperti ingin menulis,menulis apa yang terbuku dalam minda,dalam hati,yang aku pendam,yang sudah aku lengahkan buat beberapa ketika,dan dia tetap menjadi topik agung dalam mindaku,aku buka laptop,aku buka laman facebook,aku cari dia,aku cari fotonya,aku renung dalam2,seolah merenung seseorang yang bakal pergi buat selamanya,ya,dia akan pergi buat selamanya,itu pasti,namun harinya aku tidak tahu,caranya aku tidak tahu,hanya yang Maha Mengetahui saja yang tahu hal itu.Aneh,perasaan yang aneh bila aku tatap fotonya,aku pandang matanya,aku lihat seluruh raut wajahnya,fikiran aku melayang,memikirkannya,dan terdetik di dalam hati,dialah orangnya.Dan sekali lagi perasaan aneh hadir,rindu?mungkin,tapi pada siapa aku ingin beritahu?dia?tidak,dia sedang tidur,jangan diganggu tidurnya.Hanya doa aku iringi buat dia,agar dia lena dengan tidurnya,tidak seperti aku yang sedang berjaga,memikirkannya.Dia,bukan milikku,belum menjadi milikku,bakal menjadi milikku?mungkin,itu yang selalu aku terapkan,haruskah aku mencuba mendapatkannya?berterus terang dengannya?ya,itu yang akan aku lakukan bila tiba masanya,aku masih nantikan waktu itu.Sabar.Hanya doa iringi aku.

Aku alihkan pemikiran aku ke perkara yang lain,yang lebih mudah dan ringkas,supaya tidak berat minda aku memikirkan tentang dia,Ramadhan bakal tiba,bulan yang dimuliakan oleh Allah isinya,setiap harinya,setiap detiknya,dilimpahkan kemuliaan di dalamnya,supaya umat manusia dapat merasakan kasih sayang Allah,hingga tidur menjadi ibadah,mulianya ramadhan,yang di dalamnya terdapat 1 malam di mana disamakan dengan seribu bulan,alangkah indahnya jika kita dapat merasakan kehadiran malam itu,malam yang sering ditunggu2 oleh umat manusia,indahnya ramadhan.Ramadhan semakin hampir,adakah aku sudah bersedia?atau hanya persediaan menantikan syawal?Ya Allah,tetapkan hatiku supaya aku sentiasa beriman kepadaMu,bertaqwa kepadaMu,beribadat kepadaMu,berilah aku kekuatan untuk mengharungi ramadhan yang mulia ini sekali lagi,berkatilah pemberianMu padaku,terimalah amalanku.

Di kesempatan ini,dengan kehadiran ramadhan al-barakah ini,aku ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali aku,sejak lahirnya aku hingga ke hari ini jika aku punya kesilapan pada kamu.Sama2lah kita harungi ramadhan kali ini dengan keikhlasan,dengan ketaqwaan,dengan indah.Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia dan Selamat Berpuasa.

Amirul.

Ahad, 26 Jun 2011

Multi Level Marketing.

Assalamualaikum....

Kembali aku sekali lagi,kali ini dengan hasrat ingin memadam titik hitam di kotak pemikiran orang2 melayu tentang teknik berangkai yang diamalkan oleh industri perniagaan berbentuk MLM.Sedikit info menurut kotak pemikiran aku tentang MLM,MLM di sini bermaksud Multi Level Marketing,di mana konsepnya adalah memperkenalkan produk kepada perngguna,seterusnya merekrut pelanggan2 menjadi ahli perniagaan,atau senang kata orang bawahan atau "bisnes partner" demi menjual produk yang dikeluarkan,pelbagai cara pernah aku lihat dan dengar,pelbagai skim yang di tawarkan,dengan tujuan membentuk seorang yang biasa2,menjadi ahli perniagaan yang berjaya.Itu janji setiap syarikat MLM yang aku dengar,yang penting,pelanggan@ahli perniagaan itu berusaha untuk memperkenalkan produk dan syarikat mereka.Aku tak nak mengulas lanjut tentang cara MLM di sini sebab aku tahu,rakyat Malaysia lebih arif tentang itu,dan kebanyakkan mereka menolak MLM kerana menganggap MLM menipu duit mereka.

Seperti yang aku tahu,dan mungkin anda tahu,konsep MLM lebih kurang begini secara ringkas:

Bulan pertama : Aku sebagai pengguna mendapati 1 produk ni bagus untuk aku,dan aku memikirkan terdapat market value di dalamnya.
Bulan kedua : Aku membeli produk itu secara banyak,dan aku mencari pembeli,aku perkenalkan produk itu kepada saudara dan rakan2 aku,mereka berminat dan membelinya daripada aku,aku ambil untung di setiap jualan produk itu,aku berjaya jual kepada 4 orang pada bulan kedua ini.
Bulan ketiga : 2 orang dari 4 orang rakan aku itu menemui aku,menceritakan tentang kehebatan ubat itu,mereka juga berfikir untuk melakukan perniagaan ke atas produk itu,dengan membeli dari aku,dengan harga yang sedikit murah,atau dengan harga yang sama,jadi disini,aku sudah menjadi pengedar kepada 2 orang kawan aku yang ingin meniagakan produk itu.Mereka juga dengan bersungguh2 mencari pembeli,aku juga begitu,meneruskan penjualan aku secara terus.Mereka berjaya menjual kepada beberapa kawan dan saudara mereka,mendapat keuntungan dari setiap jualan.
Bulan keempat : Rakan kepada 2 orang rakan aku tu memikirkan tentang "market value" yang ada pada poduk tersebut,maka mereka membeli dengan kuantiti yang banyak untuk dijualkan secara terus kepada kawan2 mereka melalui 2 orang kawan aku tadi,dan kawan aku membeli produk tersebut daripada aku secara terus.
Bulan kelima : Kejadian pada bulan2 sebelum ini berterusan.

Anda lihat bagaimana sistem ini berjalan,dengan setiap pengguna menjadi ahli perniagaan(pada mereka yang memikirkannya),dan mengambil untung hanya di atas 1 produk,setiap ahli mendapat keuntungan jika mereka bekerja keras untuk memperkenalkan produk mereka kepada saudara dan rakan mereka.Tidakkan konsep MLM ini baik untuk kita?Dimana dengan semangat,disiplin,kesungguhan,keinginan dan kerja keras kita boleh buat duit dengan hanya memperkenalkan produk kepada saudara dan rakan.Baik bukan?.Namun,ada sedikit keburukan disini,dimana harga produk tersebut mungkin menjadi mahal kerana keuntungan yang diambil di setiap aras,tapi itu perkara yang mudah untuk diatasi sekiranya syarikat tersebut bijak menguruskannya.Begitulah serba sedikit tentang MLM.Dimana pada aku,MLM adalah salah 1 perniagaan yang baik,buat mereka yang bersungguh2 menginginkan kejayaan.

Kali ini,cuba kita lihat sistem pasaraya,dalami sistemnya :

Bulan pertama : Aku beli bantal di sebuah pasaraya,bantal yang sangat selesa.
Bulan kedua : Aku menceritakan kelebihan bantal tu kepada saudara dan kawan aku.Mereka tertarik dan membelinya juga di pasaraya yang sama.
Bulan ketiga : Saudara dan kawan aku bercerita kepada rakan2 mereka pula,dan rakan2 mereka pun membeli bantal itu di pasaraya yang sama.
Bulan keempat : Kejadian bulan2 sebelumnya terjadi pada bulan2 berikutnya.

Lihat disini,konsepnya tak ubah seperti konsep MLM,masing2 memperkenalkan produk yang baik kepada saudara dan rakan2,namun,adakah mereka mendapat keuntungan daripadanya?Tidak bukan?yang mendapat keuntungan di sini adalah tokey pasaraya tersebut.Ini yang kita panggil kapitalis,keuntungan hanya dirasai oleh sesetengah manusia sahaja,yang lain menjadi hamba secara rela.

Maka saudara2 dan rakan2 sekalian,aku nak ingatkan di sini,MLM bukan kotor,malah MLM sah di sisi undang2,tapi korang kena berhati2 dengan syarikat yang mengatakan mereka adalah syarikat yang mengamalkan MLM,namun hakikatnya tak,jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang MLM,jika ada saudara atau rakan yang menceburi bidang ini,pergi bersama2 mereka dan lihat sendiri bagaimana syarikat2 MLM ni menjalankan perniagaan,InsyaAllah,anda tidak akan rugi apa2 dengan hanya mendengar.Malahan kadang2 anda akan mendapat ilmu di sana.

Amirul

Ahad, 19 Jun 2011

Buat Abah.

Selamat Hari Bapa.

Abah,terima kasih....terima kasih atas segala2nya,atas setiap pengorbanan,atas setiap keringat,atas setiap ajaran,atas setiap nasihat,atas setiap dorongan,atas setiap sedetik yang abah luangkan untuk abang,terima kasih,terima kasih,terima kasih.

Selamat Hari Bapa buat semua bapa2 di dunia terutama buat abah,Ridzauan B Ahmad.




Amirul

Khamis, 2 Jun 2011

Hari Indah Hari Bahagia.

Assalamualaikum,

Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah dan kurniaNya sekali lagi aku dapat menulis hari ini,masih lagi bernafas di bumi Nya ini,masih lagi bisa berdiri,masih lagi bisa berdikari,terima kasih tuhan yang maha mengasihi dan maha menyayangi.

Kelmarin,29 May 2011,termaktublah perjanjian antara dua hati,bersatulah dua jiwa yang sudah lama memendam rasa dengan ikatan yang murni,ikatan pernikahan di antara adik aku,ijam dan pasangannya ila.Dan Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi sekali lagi segala2nya berjalan dengan lancar.dari persiapan,ke majlis pernikahan ke majlis persandingan dan sebagainya,semuanya berjalan dengan baik sekali tanpa halangan.Aku doakan agar mereka berbahagia dan dirahmati tuhan selama2nya,dikurniakan anak yang baik dan comel2 InsyaAllah.Dan aku juga menjadi mangsa keadaan,biasalah bila orang lihat si adik sudah mendahului si abang,mulalah mereka bertanya,si abangnya bila pula?kenapa dahulukan si adik?dan ada juga yang bergurau,abang tak mintak hadiah ke dari si adik sebab langkah bendul?pada aku,jawapannya mudah,andai sampai jodoh aku,ke arah itulah aku.

Cuti sekolah bermula,orang kata cuti sekolah ni musim mengawan,dan aku lihat ramai antara rakan2 aku yang akan juga melansungkan perkahwinan mereka pada musim cuti sekolah kali ni,yang jauh,yang dekat semuanya mengambil kesempatan pada cuti sekolah yang sedang berlansung ini untuk mengikat tali pernikahan dengan pasangan masing2,InsyaAllah jika berkesempatan,aku akan menghadiri majlis2 kamu semua wahai rakan2ku,dan terlebih dahulu maaf aku pohonkan jika aku tidak dapat menghadiri majlis kalian,doaku dari jauh agar kalian semua bahagia ke akhir hayat.

Bila dah berkeluarga ni,makin besar tanggungjawabnya,dari segala aspek,dari yang remeh kepada yang besar,segalanya haruslah di rancang dengan baik,dan bila dah hidup bersama ni,pasangan hendaklah sentiasa bertolak ansur dan berkerjasama demi menjaga hubungan yang sedia ada.Cabarannya juga besar,walaupun aku masih lagi belum berumah tangga,namun aku dapat rasakan cabaran yang bakal dihadapi,dan kepada kalian yang baru berumah tangga dan yang hendak berumah tangga,persiapan awal sangat penting,dari segi fizikal dan mental.InsyaAllah,berdoalah kepadaNya mudahan dipermudahkan segalanya.Bercinta,berkahwin kerana Nya,InsyaAllah hubunganmu diberkati.

Sekian sahaja,kepada kalian yang akan mendirikan rumah tangga,Tahniah dan semoga berbahagia hendaknya.Doakan jodoh aku pula....hehe.


Amirul.

Khamis, 19 Mei 2011

Duit!

Assalamualaikum...

Bertemu kembali kita di halaman yang indah ini,rindu terasa hati ingin menulis,namun kadang2 apa yang ingin diluahkan tak kesampaian,tersekat di dalam minda yang penuh dengan pelbagai persoalan,dan kadang kala terbantut dek keadaan.Rindu aku dengan tulisan2,pelik bukan?aku suka dengan karya penulisan aku,biar mereka tidak,aku belajar hargai diri aku dengan menghargai karya2 aku,biar aku bukan orang seni yang lahir dari darah daging seni,atau punya saudara di belakang tabir yang terlibat dengan seni,mungkin ada,namun tak sehebat mereka2 di luar sana.Pandangan aku terhadap seni sangat luas,mungkin aku nampak apa yang orang tak nampak,mungkin orang nampak apa yang aku tak nampak,terpulang kepada diri sendiri untuk menilai sesuatu seni itu sendiri.

Tujuan aku kali ini bukan untuk menceritakan tentang betapa seninya aku,betapa artistiknya aku,tapi aku ingin menceritakan tentang sesuatu yang biasa kita lalui,biasa kita dengari,biasa kita lihat.Berkenaan dengan keperluan kita sehari2.Maksud keperluan disini adalah yang kita selalu fikir kita mesti ada,dan mungkin wajib ada untuk meneruskan kehidupan,tanpa ia,kita tiada apa2.

Wang,ya...wang atau duit yang lebih biasa disebut,cuba tanya diri kita,betapa pentingnya duit pada kita?betapa perlunya kita dengan wang?Jawapannya secara realiti,ya...aku perlukan ia,perlukan ia,perlukan ia,dan kadang2 ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi wang@duit bukan?Dari mana datangnya duit pada kalian?Mestilah dari pekerjaan,tak kiralah apa jua jenis pekerjaan,dari mana2 bidang,dari mana2 sektor,dari yang baik kepada yang jahat,kalau dalam Islam dari yang halal kepada yang haram,ya...dari situlah kita peroleh wang.Namun berapa ramaikah kita yang tahu asal usul wang?Siapa yang mencipta wang?Bila wang tercipta?

Berkenaan dengan sejarah wang,aku tidak akan menerangkan secara langsung disini,kerana aku bukan ahli sejarah,jika kalian ingin mengetahui asal usul wang,kalian boleh dapatkan di mesin carian Google atau Yahoo,disana anda akan di hidangkan dengan pelbagai versi sejarah tentang wang,dari penggunaan sistem barter,emas dan perak hingga ke penggunaan wang kertas pada era moden ini.

Kenapa wang menjadi topik aku pada kali ini?mungkin disebabkan keadaan ekonomi diri aku yang berada dalam keadaan kurang stabil,juga ekonomi Malaysia yang sering kali menjadi topik hangat di meja2 kopi,di media2 masa,juga di laman2 sosial,juga tentang ekonomi dunia masa kini,seperti yang kita tahu,Jepun sedang dilanda dengan masalah ekonomi akibat daripada bencana alam tsunami yang berlaku disana,dan apa yang aku tahu,impaknya sangat besar hinggakan beribu2 orang kehilangan perkerjaan,bukan sahaja di Jepun,malahan Malaysia juga.

Mana nak mula?baru2 ni telinga aku di hidangkan dengan kenaikan harga minyak RON97 dan juga harga gula di Malaysia,pelbagai reaksi aku peroleh dari kawan2,dan biasalah,bila harga barang naik,semua pakat tak suka lah kan,aku pun tak suka,masing2 dengan andaian masing2,masing2 dengan secara tidak langsung menjadi pakar ekonomi yang tak bertauliah,berdiskusi tentang pelbagai isu,dari Petronas,ke Robert Kwok pengusaha gula terbesar di Malaysia.Aku?aku suka menambahkan hangat pada mereka2 yang tengah hangat,jadi faham2 sajalah.Yang hebatnya,mereka pasti kaitkan isu ini dengan individu2 yang gah di Malaysia ni,macam2 yang terkeluar dari mulut dan hidung mereka,cacian,makian,dan macam2 lagilah,hebat mereka2 ini,sepertinya mereka tahu segala tindak tanduk individu tersebut.Lihat betapa hebatnya wang menguasai mereka2 ini.

Aku tinggalkan mereka dengan cerita2 luar biasa mereka.Aku,seorang pekerja swasta yang makan gaji,bekerja 12 jam sehari,mungkin secara purata 20 hari sebulan,dan pada hujung bulan,aku terima gaji.Begitulah kehidupan aku kini,bersandarkan gaji yang aku dapat,Alhamdulillah,aku masih lagi boleh meneruskan hidup ini,orang putih kata,boleh "survive" lagi,aku boleh pakai kereta kancil,aku boleh bayar duit PTPTN(baru beberapa bulan aku mula bayar selepas kene bebel kat mahkamah),aku boleh sara hidup aku,dan sedikit untuk keluarga aku,aku masih boleh lagi beli apa yang aku nak,dan Alhamdulillah,aku boleh lagi menyimpan untuk kegunaan aku di masa hadapan.Namun,kadang2 aku cemburu melihat seseorang yang boleh hidup lebih mewah dari aku,tak perlu menyimpan selama setahun untuk membeli sebuah "laptop",tak perlu berhutang untuk mempunyai sebuah kereta,tak perlu fikir bagaimana nak cari duit untuk kahwin,dan macam2 lagilah,jadi otak geliga aku ni sentiasa berfikir,bila aku akan jadi macam mereka2 itu?bagaimana?adakah aku boleh jadi seperti mereka2 itu?atau aku hanya ditakdirkan menjadi seorang pekerja makan gaji sahaja?Aku pujuk diri aku dengan mengatakan TIDAK!Kau boleh,bagaimana?mari kita sama2 fikirkan!InsyaAllah,kau boleh jadi sperti mereka2 itu,Usaha!Ya,itu yang aku cuba sekarang,berusaha untuk menjadi seperti mereka2 itu,cuma jalannya belum lagi aku temui.Aku harapkan doa2 kalian mengiringi aku,aku perlu berubah,kita perlu berubah.Terus terang aku cakap,aku tamak!Namun InsyaAllah aku takkan kedekut.Doakan aku kalian!


Kawan aku pernah cakap,zaman sekarang,kita hidup mesti kena berhutang,aku yakin,ada jalan untuk mengelak itu terjadi,sama2lah kita fikirkan bagaimana.InsyaAllah,kita akan temui jalan itu.

Amirul.

Rabu, 6 April 2011

Power!

Assalamualaikum.

Salam sejahtera buat semua penduduk bumi Allah tercinta,semoga cinta Allah sentiasa berada di sisi kalian.
Tersentuh dengan keadaan sekeliling yang agak menjengkelkan,apa yang aku utarakan kali ni adalah hasil ketidakpuashatian aku kepada sesetengah manusia.Ini hanya pandangan aku,dan jika ada yang tersentuh,terlebih dahulu aku memohon jutaan ampun dan maaf.

Kuasa dan manusia,kalian,jika kalian diberikan kuasa,apa yang kalian akan lakukan?tak kesahlah kuasa dari segi apa pun,adakah kalian akan menggunakan kuasa kalian dengan hemah?adakah kalian akan gunakan kuasa kalian untuk kebaikan semua atau untuk diri sendiri?adakah kalian gembira dengan adanya kuasa itu dalam diri kalian?inilah persoalan yang aku cuba bentangkan.

Sijil,kalian pemegang sijil diploma?ijazah?master?PHD?,setelah bertahun2 menghadap buku2,memerah otak setiap semester,menahan mata semata-mata menghadapi peperiksaan akhir,menahan lapar kerana duit habis untuk projek akhir tahun,dan kemudian akhirnya kalian dapat segulung sijil penghargaan yang mempunyai nama kalian,dengan megahnya kalian pampang gambar kalian dengan jubah graduasi di dinding rumah kalian,dan sekarang,dimana kalian?dimana sijil kalian?adakah kerja yang kalian lakukan hari ini bersangkut paut dengan apa yang kalian pernah belajar satu ketika dahuku?Kalian berpuas hati dengan kerja yang kalian lakukan hari ini?kalian gembira dengan posisi kalian hari ini?kalian puas hati dengan gaji yang diberikan?baguslah jika kalian rasa begitu,kerana itulah hasil penat lelah kalian selama bertahun2 menuntut ilmu,jika tidak?nah...di sini persoalannya.

Sijil dan kuasa,ada sijil,ada kuasa,biasanya lah,bila kalian pemegang sijil yang tinggi,anda akan dapat posisi yang tinggi,gaji yang tinggi,itulah resam kehidupan kita hari ini,dan yang menjadi persoalannya,bila kita menceburi bidang pekerjaan,kita tetap kene belajar jugak,belajar apa?belajar bagaimana menjadi pekerja atau dalam kata kasarnya kuli,kadang2 tak bersangkut paut pun dengan apa yang kita pelajari dulu.

Kuasa dan ego,ini yang sebenar2nya aku ingin utarakan,bila seseorang itu berkuasa,ego bermaharajalela,sifat keinsaan hilang entah kemana,mungkin tak semua begini,tapi kebanyakkannya begini,menggunakan kuasa demi kepentingan diri sendiri,orang bawahan diketepikan,sikit tak ambil peduli,tak tahu ke mereka bahawa kita ni berkerja sekali,saling memerlukan,siapa dia kalau tiada orang2 bawahan ni?dan biasanya,bila orang2 bawahan ni berjaya membuat sesuatu yang baik,mereka juga terkena tempiasnya,pujian melambung untuk dia,orang bawahan ni kadang2 tak dapat apa2,tapi jika silap sedikit,habis dimaki hamunnya,walaupun kadang2 bukan salah mereka,tetap dimakinya,seolah2 dia saja yang betul.
Kenapa?nak jaga harga diri?nak jaga maruah sendiri?hingga sanggup mencabul maruah orang lain?Yang aku pelik,kadang2 mereka juga berasal dari golongan bawahan,sama2 bergelak ketawa,bergurau senda,tapi bila sudah diberikan kuasa,kawan jadi lawan,gurauan jadi cacian,kenapa?

Pendidikan,aku rasa kerajaan perlu wujudkan satu subjek untuk golongan2 yang bakal menjadi pemimpin  dan mempunyai kuasa ini,subjek keinsanan,subjek mengendalikan diri dan subjek kerohanian,subjek dimana mereka di ajar siapa itu manusia,siapa itu golongan bawahan,agar mereka faham dan sedar yang mereka berkerja dengan manusia,bukan robot atau kayu dan batu,yang tak ada perasaan.Aku terkilan dengan golongan2 seperti ni,dan kadang2,orang yang tak berpendidikan pun boleh memahami diri mereka dan manusia di sekeliling mereka.Bagaimana harus kita lakukan agar perkara ni tak berlaku?

Kau,kau baru lagi dalam dunia pekerjaan,kau tak faham selok belok dunia ni,kau belajarlah,kau belajar erti keinsanan,mudahan kau berjaya pada masa hadapan.Aku tak hairan dengan sijil yang kau ada,kerana kau belum tentu berjaya dengan sijil yang kau ada tu,Mungkin kau berjaya dalam pelajaran,tapi kau belum tentu berjaya dalam segi keinsanan,juga dalam bidang pekerjaan,kalau kau tak kuat,kau akan jatuh juga.Berhati2lah dengan orang bawahan,bekerja bersama mereka,bukan bekerja mencari kesilapan mereka.

Amirul

Isnin, 4 April 2011

Tak Perlu Terus Bersedih.

Sedih,macam2 perkara boleh buat orang sedih,dan sedih yang kadang2 melampau2 sampai menangis,dan seringkali orang akan bertanya,kenapa?kenapa kau bersedih?apa yang buat kau bersedih begini?adakah masalah dalam hatimu?Kepada hati2 yang bersedih,dengarlah ini.



Amirul

Jumaat, 25 Mac 2011

Tahan.

Cuti,aku kini sedang bercuti di kampung halaman,melepaskan rindu dengan keluarga tercinta,tiada apa yang menarik pon,aku pulang kali ni semata-mata mendapat jemputan dari kawan aku,hari bahagia dia dah tiba dan akan berlansung Sabtu ni,26 Mac 2011,aku doakan dia dan isteri bahagia selamanya.Moga dipermudahkan perjalanan hidupnya.

Aku,aku suka ekspresikan perasaan aku dengan lagu,aku akan dendangkan lagu yang ada maksud disebaliknya,aku rasa selesa buat macam tu,mungkin sebab aku malu,aku tak peduli,janji aku boleh ekspresikan perasaan aku,tak kira mereka perasan atau tak,aku tak kesah.

Blog,aku juga suka lahirkan perasaan aku kat sini,kenapa?sebab takda orang nak baca kot,hahaha,kononnya macam diari la,rahsia peribadi.Takpa,janji aku selesa.

Dunia,sedih melihat dunia,sepertinya dunia sangat kejam ketika ini,macam2 yang berlaku,siapa yang kejam?dunia atau kita?aduhai manusia,sampai ke akhirnya,kau takkan pernah sedar akan kesilapan kau.

Kenyataan yang bodoh,aku suka membaca,semalam dan hari ni aku membaca surat khabar,aku selak helai demi helaian,dan aku tertarik dengan kenyataan yang berbunyi lebih kurang begini "takde suami pun takpe,janji ade motor",kau rasa bodoh tak orang yang bagi statement ni?tolong lah manusia,tolonglah diri kau tu,aku mungkin tak faham apa yang kau cuba sampaikan,tapi jangan bagi kenyataan macam tu,kau sepertinya tak mengenang suami kau,tak menghargai suami kau,kau mungkin tak ambil endah,namum setiap kata2 kau adalah doa buat diri kau sendiri,tolong jangan perbodohkan diri sendiri.dan hari ni,tajuk besar di Harian Metro,menunjukkan seorang wanita sedang memegang kucing,ceritanya,dia sanggup tolak lamaran lelaki,kerana kucing,katanya lelaki sekarang tak boleh percaya,suka curang dan sebagainya,dan si kucing setia,dan dia mengatakan bahawa sanggup bujang sampai bila2,hei perempuan!kau faham ke apa yang kau katakan tu?secara jujur melalui naluri lelaki aku,aku cakap perempuan ni tak boleh pakai,kenapa?korang fikirlah sendiri.Sedarlah perempuan,kau akan tua,kau akan mati,aku berani jamin yang kau akan jilat ludah kau sendiri.Baru padan dengan muka kau.

Tahan,setelah kajian dijalankan,aku mendapat jawapan,dan jawapan yang sedikit mengecewakan,masih berhalangan,hampir patah harapan,takpelah,mungkin bukan dia takdir aku,bukan dia jodoh aku,mungkin aku perlu mencari lagi,dan terus mencari,siapakah gerangan hati,yang tulus terima aku,buat dia,terima kasih.Mungkin aku yang berlebih.Semoga sentiasa ceria dan gembira.Aku tahan niat aku buat sekian kalinya. :)


Amirul.

Jumaat, 18 Mac 2011

Bila Nak Kahwin?

Assalamualaikum pembuka bicara,selamat pagi buat semua,setelah penat bekerja,terasa ingin menulis pula.Mana nak mula?begini sahaja,semalam dengan tidak semena2,adik operator bertanya,abg Bear bila nak kahwin ya?sepantas kilat aku menjawabnya,calon pun tak ada,macam mana?tolong carikan satu ya?abg tunggu Puteri Gunung Ledang sahaja,datang melamar akan diterima seadanya.Lembut lidah adik manis bertanya,tertelan air liur abg menjawabnya,nampak macam biasa sahaja,namun berserabut kepala,dengan macam2 perkara,sudah tua?mungkin juga.

Adik manis,memang mudah untuk bertanya,mudah juga menjawabnya,namun abg mu ini tidak keruan dibuatnya,kenapa?teringat pesan ayah dan bonda,terngiang2 di kepala.Entah bagaimana hendak dikata,mungkin jodoh belum tiba,atau sengaja menolak jodoh yang ada,bukan kerna apa,mungkin belum bersedia,atau mungkin masih mencarinya,yang memahami seluruhnya,abgmu ini tiada temannya.

Adik manis,andai perkara semudah bicara,andai seperti memilih yang sedap di mata,andai seperti menukar kereta,abgmu ini mungkin sudah beranak dua tiga,atau paling tidak sudah berumah tangga,namun ia tidak mudah seperti itu adik manis yang petah berbicara,banyak perkara perlu difikirkannya,banyak yang perlu diambil kira,perkara ini bukan untuk sehari dua,perkara ini sampai ke tua,sampai ke hujung usia.

Adik manis,biar abg berbicara,tentang apa yang adik tanya,tentang orang kita,masyarakat kita juga,sering kali bertanya perkara yang sama,pada mereka2 yang senasib dengan abgmu ini juga.Mudahkah ia?adik manis pernah fikirkannya?Perlukan persiapan secukupnya,dari segi mental dan akidahnya,dari istiqamah dan kejujurannya,dari kewangan ke hartanya,segala2nya perlu adik manis.Dengan keadaan sekarang pula,dengan mereka yang suka meminta2,yang suka berkira2,tanpa berfikir pada pihak yang lainnya,bagaimana?

Adik manis,terkadang abg terfikir juga,abg perlu ikut peredaran masa,tapi semakin hari semakin kejam jadinya,hingga sampai satu tahap abg berkata,tak kahwin pun tak apa,tapi siapa yang akan jaga bila abg semakin tua?takkan nak harap ayah dan bonda?belum tentu mereka masih ada,andai masih ada mungkin sudah tidak berdaya.Tapi betulkah akan dijaganya kita?sampai ke penghujung usia?atau nanti di biarkan sahaja,di rumah orang2 tua,bukan abg ckp sewenangnya,dah banyak berlaku di depan mata,dalam surat khabar pon dah dinyata.Abg ckp kebenarannya,ya,tak semua,tapi ada.

Adik manis,andai ada masa,andai ada jodohnya,abg akan kesana juga,menuju hari bahagia,bersama2 teman abg sepanjang usia,cuma kini masih belum lagi kelihatan kelibatnya,abg terima siapa sahaja,asal faham abg semahunya,terima abg seadanya.Hari2 abg berdoa,pada yang Maha Kuasa,yang Maha Penentu Segala,agar dilihatkan kelibatnya,teman sehati sejiwa,tulang rusuk yang hilang entah kemana,dan mudahan diperkenankanNya.

Adik manis,abg tiada rahsia,abg belum berpunya,adik manis mahu abg tak?hahaha..gurau senda pengakhir seloka,luahan hati dari seorang jejaka,yang masih mencari suri hidupnya.

Amirul.

Khamis, 17 Mac 2011

Harap!

Assalamualaikum.

17 Mac 2011,pulang dari kerja semalaman,agak keletihan,namun aku tahan.Hahaha.Sempat lagi tu.
Dan aku rasa aku sangat2 ingin luahkan perasaan aku hari ini,dan di sinilah tempat yang paling sesuai sekali aku rasa untuk aku luahkan apa yang aku rasa sekarang.

Pertama sekali,aku nak lahirkan rasa simpati aku terhadap penduduk2 di Jepun yang dilanda musibah yang besar hinggakan 20000 manusia telah kehilangan nyawa.Gelora tsunami telah menyerang negara tersebut dengan gahnya,air hitam muntah ke daratan merobek seluruh isi buminya.Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya,tidak terkecuali musibah yang melanda negara itu,semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.Walaupun mereka adalah negara yang maju,namun kemajuan mereka tidak setanding dengan kekuasaan Yang Maha Kuasa.Sama2lah kita berdoa agar kita semua dijauhkan dari musibah dan kemurkaannya.

Hati.sedar,dalam beberapa hari ini hati aku bergelora kencang,mungkin lebih hebat dari gelora tsunami yang melanda Jepun,aku tidak tahu mengapa,namun ada sesuatu yang menarik perhatian aku,sudah lama sebenarnya aku perhatikannya,namun ada yang menghalangnya dahulu.Kali ini,sekali lagi pandangan aku ke arah itu,namun dengan sedikit kelainan yang ada,semakin menarik perhatian,degupan jantung kian kuat,dan dengan tak semena,tanpa dirancang,hati ini berdenyut laju.Sehari-harian aku lalukan,tetap juga begitu,adakah aku....?Aku tak tahu nak buat apa,tak tahu mana nak mula,tak tahu apa yang perlu dibicara,hanya resah yang melanda,gelisah jiwa,gelora rasa.Dan sekali lagi terfikir aku,masih adakah lagi halangan itu,seperti waktu dahulu?Atau sudah tiba masanya aku,menyuarakannya.Langkah mula sudah aku ambil,setiap peluang akan aku gunakan,demi meluahkan rasa hati aku.

Namun aku tahu,perasaan yang tetiba ini tak harus aku layankan begitu sahaja,dan tak perlu aku taruh harapan setinggi kilimanjaro,kerna semuanya tak pasti,mungkin hanya aku sahaja berperasaan begini,bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi,dan cuma harapan setipis salji,tepukan aku berbalas.Mana nak mula?aku buntu!

Amirul.

















Ahad, 13 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa.





Baik,setelah lama aku tidak menjejakkan kaki ke panggung,tadi aku mencemar duli berangkat ke panggung dengan harapan yang tinggi melangit menonton buah tangan KRU Prod,Hikayat Merong Mahawangsa.Jika kau tanya kenapa aku meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem ini adalah kerana,pertamanya,sidang produksinya iaitu KRU Prod,aku sangat kepingin melihat hasil kerja 3 pahlawan muda yang masing2nya berkaliber dalam bidang2 yang mereka ceburi,punya wawasan yang tinggi dalam meningkatkan taraf perfileman melayu hingga ke taraf dunia.Keduanya,Tajuk filem ini,Hikayat Merong Mahawangsa,pada aku tajuk itu sangat gah seperti mana gahnya Puteri Gunung Ledang,Queen Of Langkasuka dan filem2 yang ada kaitan dengan sejarah dunia.Ketiganya,heronya,dimana Stephen Rahman sekali lagi di pilih oleh produksi tanah air menjadi panglima melayu yang gah walaupun beliau persis campuran orang inggeris.

Sinopsis,menceritakan tentang seorang pemuda bernama Merong Mahawangsa,seorang yang hebat dalam pelayaran juga hingga boleh berlayar berseorangan hingga ke Negara Tembok Besar,China,seorang yang handal dalam seni pertempuran,juga seorang kaki perempuan,yang telah di upah berkhidmat untuk seorang anak raja dari Rom,Marcus yang ingin ke Semenanjung Emas kerana di utus untuk berkahwin dengan seorang puteri dari negara China.Namun terdapat kekecohan di Semenanjung Emas di mana segerombolan lanun yang digelar Garuda telah menyerang kedua2 rombangan dari Rom dan China serta melarikan puteri dari negara China tersebut.Dan seterusnya,Merong Mahawangsa diangkat menjadi raja di Langkasuka,sekali lagi membantu Rom Dan China menentang Garuda hingga ke titisan darah yang terakhir.

Komen,aku keluar dari panggung dengan senyuman,pertamanya,filem ini berjaya dari segi aksi,dengan jalan cerita yang singkat,ia dapat menggambarkan sifat2 yang ada dalam diri Merong,yang gagah dan setia,babak2 pertarungan di garap dengan baik dengan aksi yang agak memberansangkan.Kehadiran Khir Rahman sebagai Kemawas,watak jahat utama dalam filem ini menghidupkan lagi plot2 dalam filem ini.Senyuman kedua,teknik yang diguna pakai oleh KRU Prod tidak mengecewakan,walaupun ada beberapa babak dalam filem ini yang aku rasa perlu lagi di perbaiki,namun,aku amat berpuas hati dengan hasilnya,kerana ini adalah filem aksi pertama dari mereka.Semoga selepas ini mereka akan mengatasi kelemahan mereka itu.

Aku rasa tidak rugi aku membelanjakan wang untuk menonton filem ini,dan aku rasa belia2 di Malaysia lepas ini akan duduk dan cari siapakah sebenarnya Merong Mahawangsa.Seorang yang kononnya lagenda dan merupakan permulaan susur galur Negeri Kedah,juga Langkasuka.Tahniah buat semua yang terlibat dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa ini terutaman KRU Prod yang berani menampilkan sesuatu yang berbeza dari filem2 melayu sebelum ini.Aku syorkan rakyat Malaysia untuk menonton filem yang hebat ini.Selamat Maju Jaya buat industri perfileman Malaysia!

Amirul.

Isnin, 7 Mac 2011

Before I Sleep.

Its been a tiring day today.
Kadang2 aku rasa aku dah tak mampu lagi untuk meneruskan apa yang aku lakukan pada tahap ini,setiap minggu akan berlaku perkara yang sama,aku bagaikan robot buatan sendiri,aku bangun pagi,aku mandi,aku pergi kerja,aku bekerja 12 jam sehari,separuh hari aku aku jalani di tempat kerja aku,aku balik,aku mandi,aku makan,aku tengok tv sekejap,aku telaah facebook sekejap,aku tidur.Pagi kemudiannya aku jalani lagi apa yang aku buat semalam,dan begitulah seterusnya aku jalani hidup aku ni seharian selama bertahun2,yang mungkin akan berpenghujung bila aku mati.
Wang.
Perasan tak hidup kita kini di rajai oleh wang,wang adalah segalanya,dengan wang aku boleh beli apa sahaja,dengan wang aku boleh nikmati apa sahaja,dengan wang boleh beli cinta palsu.dengan wang boleh beli kepercayaan palsu,dengan wang boleh beli kejujuran palsu,tanpa wang kau tak boleh buat apa2,kau duduk diam2 di sana dan tunggu kutukan dan bebanan hidup terus menerus,semua mengejar wang,tak kira dengan gaya apa sekalipun,dengan cara apa sekalipun,begitu juga aku,akan terus bekerja demi wang,demi menjalani kehidupan yang serba kewangan ni,dari mana datangnya sistem kewangan yang banyak membunuh dari membantu ni?siapakah yang mewujudkan sistem kewangan ni?siapa yang menilai kertas2 yang terdapat gambar2 menteri,raja dan sebagainya ni?Jika aku mampu lari dari semua ni.
Before I Sleep.
Its been a years im here,at the north of Malaysia,and there so much things happen,so much things ive learned,so many things i gain,and so many things ive lost.Meet new people,making new friends,switch my way of speech and many things.But its still me,me that u know from the first we met,its me and its really me.I love the way i take,i love the way i make,and i Love u all.

Amirul.

Rabu, 2 Februari 2011

Xin Nien Kuai Le....

Assalamualaikum....

Pelik benar tajuk hari ni,aku pun tak tahu samada betul ke tak apa yang aku tulis tu,tapi bila disebut mungkin mereka faham kot,belasah jek la....

Esok 3 Feb 2011,bermulalah tahun arnab dalam kalendar qamari bagi orang2 cina dan yang sewaktu dengannya,maka merahlah di sekitar bandaraya2,pasaraya2,bahkan ke balai raya2 sekaliannya.Seperti mana warna hijau yang menjadi pilihan orang2 melayu untuk menghiasi hari raya mereka,cina pula memilih warna merah sebagai warna rasmi tahun baru mereka.Dan juga kelihatan banyak kedai2 dan pasaraya akan dipenuhi dengan hamper2 serta buah limau yang menjadi adat mereka untuk diberi kepada sesiapa yang mereka kenali,walaupun berlainan agama dan adat,mereka tetap akan memberi sempena menyambut tahun baru mereka ni.

Bermula dengan pengumpulan ahli keluarga besar,dengan jamuan "yee sang" dan kuih bakul(aku tak pernah tengok kuih bakul ni),dan hidangan2 lainnya seperti daging itik,daging babi dan sebagainya,dan tidak lupa juga kepada anak2 kecil juga yang muda belia akan mendapat "ang pau"dari kenalan2 mereka yang sudah berkahwin,selagi mereka belum berkahwin,mereka tetap layak untuk mendapat ang pau(mengikut apa yang aku tahu la)."Ang pau" akan diselitkan di dalam sampul merah kerana ia kononnya melambangkan nasib baik atau disebut "lucky strike".

Antara yang menarik pada sambutan tahun baru cina ni juga adalah tarian singa yang dipanggil "Mo Si"(kalau tak silap aku la,tapi aku selalu silap),tarian ini selalu dipertontonkan di pasaraya,pusat membeli belah dan juga rumah2 mereka yang mungkin agak berada,dengan tujuan apa?aku pun tak tahu,cuma bila aku melihat tarian singa ni,aku teringat zaman kecil aku,setiap kali hadir tahun baru cina,aku akan bangun pagi dan mencari tarian singa ni,selalunya di taman perumahan aku pasti ada tidak kurang dari 10 buah rumah yang ada tarian singa ni,dan mereka2 yang bermain tariann singa ni pasti akan mendapat ang pau dari tuan rumah,selepas tu,mercun akan dibakar,kebiasannya mercun yang di bakar tue panjang berjela,boleh cecah sampai 12 kaki la.

Dan perayaan ni akan berakhir bila sampai tanggal 15 haribulan,mereka akan menyambut perayaan Chap Goh Meh pula,mungkin sebagai penutup kepada perayaan tahun baru cina sebelum itu.Maka berakhirlah sambutan tahun baru cina pada tahun tersebut.Dan berakhir jugalah entri aku pada kali ni.

Buat mereka2 yang menyambut tahun baru cina aku mengucapkan....


Gong Xi Fa Cai
Ang Pau Na Lai....
AMIRUL

Rabu, 26 Januari 2011

Selamat Tahun Baru.


Assalamualaikum...


Tahun 2010 pergi sudah,tibalah tahun 2011 yang akan kita sama2 lalui,walaupun dah hampir sebulan kita meninggalkan 2010,namun setiap kenangan sepanjang tahun itu masih segar dalam ingatan.Diam2 dah hampir setahun aku di Penang ni,dan macam2 dah aku lalui.Alhamdulillah aku boleh menerima suasana dan budaya yang sedikit berbeza di utara tanah air ni.


Aku melangkah tahun baru ni sama seperti semua manusia di bumi ni,mungkin dengan semangat baru,azam baru(kalau ada la),buku diari baru,cinta baru(bagi yang dah putus cinta pada tahun lepas la...huhu),laptop baru(itu aku,hihihi)dan macam2 lagila yang baru,cuma yang tak baru adalah diri kita sendiri,yang semakin hari semakin menganjak tua,aku pun tak sedar yang tahun ni aku akan berumur 26,dah lebih suku abad dah rupanya aku ni.


Alhamdulillah,aku tinggalkan 2010 tanpa masalah2 besar,dan melangkah ke 2011 dengan lapang,cuma yang tak lapangnya pasal hutang lapuk yang perlu di bayar,hahaha....Aku mulakan 2011 dengan meraikannya bersama2 keluarga aku di kampung,dengan meriah sekali,dengan boria,bunga api dan sebagainya.dan kemudia selang beberapa hari,buat pertama kalinya aku kena naik mahkamah.Teruja gak sebab ia sesuatu yang sangat "rare" buat aku,kekok pun ye jugak pasal kebiasaannya mahkamah menggunakan protokol rasmi,nasib baik dalam hal aku ni dia tak buat betul2,cuma selambe jek,so senang la sikit kerja aku nak menghadap Puan Hakim tu,dan sesi di"saman" tu berlaku dalam hanya lebih kurang 5-10 minit je.Tapi sebelum tu aku menunggu dekat sejam jugak la,Puan hakim mekap lama sangat kot.Jenuh aku tunggu.


Tahun 2011 ni aku cuba untuk perbaiki kehidupan aku lagi,dalam pelbagai aspek,secara keseluruhannya mungkin dari kerjaya aku akan cuba menerobos dunia fotografi dengan lebih mendalam,dan aku cuba untuk jadikan hobi aku tu sebagai satu mata pencarian buat aku,InsyaAllah.Aku melihat trend fotografi sekarang,segalanya nampak mudahselaras dengan teknologi penghasilan gadjet yang sempurna,hinggakan kamera kompak pon kadang kala boleh menghasilkan gambar yang baik.Juga teknologi "editing" gambar yang semakin maju,dengan kepelbagaian "software2" untuk meng"edit" foto di pasaran,maka dengan hanya sedikit gubahan kadang kala boleh menghasilkan sesuatu yang menarik.Namun melihat kepada dunia fotografi yang ada sekarang ni,dengan lambakan sang2 fotografi yang hebat2 belaka,cubaan aku untuk masuk mungkin akan jadi sukar,atau mungkin aku perlukan sesuatu yang lain namun masih lagi terikat dengan fotografi,aku akan fikirkan kemudia.Hehehe...


Bulan 2 menghampiri mengingatkan aku seorang insan,sebab hari lahir dia pada tanggal 1 Feb,jadi aku rasa elok aku bagi sedikit ucapan untuk dia kat sini.Kalau dia tengok la..hehehe.


Selamat Hari Lahir buat Syafika Zain,semoga Allah merahmati setiap perjalanan hidup kamu,melindungi kamu,dan beri kebahagiaan yang kamu perlukan kini dan selamanya.Ceria2 selalu! :)


Cukup kot aku berleter untuk kali ni,mungkin kita akan jumpa lagi lain kali,InsyaAllah.


Amirul