Rabu, 13 Februari 2013

Masa-Masa Yang Berlalu.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah,setelah sekian lama menyepi dari arena penulisan,kini aku kembali,dan InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya aku untuk terus menulis di sini,berkongsikan kisah dan tauladan dari buah fikiran aku sendiri,atau perjalanan hidup aku yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada mereka2 yang sudi menjelajah ke ruang penulisan maya aku ini.Sedar atau tak dah hampir setahun aku tidak menulis,mungkin kerana jadual kerja yang padat dan masih lagi menyesuaikan diri dalam era berumah tangga ni,kadang2 sedikit kekok apabila kita menceburi sesuatu yang baru ni.Dan kini aku sekali lagi menceburi 1 bidang yang baru,menjadi seorang abah dan seterusnya menjadi ketua keluarga.Memang banyak yang perlu di ambil kira,dari soal kehidupan sosial,pekerjaan,kewangan dan jadual kehidupan yang kini semakin bertambah dan kompleks,andai dulu aku hanya memikirkan tentang diri dan isteri,kini aku perlu memikirkan seorang lagi kekasih hati aku,Al-Harith.Semoga aku dan keluarga terus tabah dan bahagia dalam keredhaan Allah.

Al-Harith,
   Pada tanggal 18 Disember 2012,lahirlah putera sulongku yang dinanti2kan oleh kami sekeluarga,aku diberi kebenaran untuk melihat proses kelahiran putera sulongku itu,Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sepanjang proses kelahiran itu,aku tak putus2 berdoa agar isteri dan anak aku selamat.Pelbagai perasaan bercampur baur ketika melihat proses kelahiran putera aku itu,takut,sedih,kesal,gembira semua bertukar2,dan setelah melihat anak itu keluar dari rahim ibunya,sungguh aku sangat teruja dan kagum dengan kebesaran Allah,melihat bayi yang kemerahan2 itu hati aku jadi sebak,warisku telah selamat di lahirkan,aku panjatkan syukur kepada Allah kerana mengizinkan aku melihat kejadianNya.Kepada bakal2 bapa,aku cadangkan andai anda boleh teman isteri anda ketika proses kelahiran,temanlah,kerana mungkin dengan kehadiran anda dapat memberi semangat dan kekuatan kepada isteri tersanyang dalam proses kelahiran itu InsyaAllah.
Saat pertama kali aku mengendong puteraku untuk di azankan,perasaan sebak terus bermain dalam hati,tak tahu apa yang tergambar di dalam minda aku,yang aku tahu,aku kini bergelar bapa,tanggungjawab baru yang akan aku galas dengan sebaiknya InsyaAllah.Semoga tuhan terus berikan aku kekuatan untuk menggalas tanggungjawab yang besar ini.Oh ye,aku namakan putera aku itu dengan nama Al-Harith,nama yang diberi oleh ibunya sendiri,semoga nama ini membawa manfaat kepada puteraku ini InsyaAllah.

Setahun berlalu,
  Hampir setahun aku menjadi suami,hampir setahun aku berkecimpung dalam dunia pernikahan,kekeluargaan,dan aku sedar banyak yang aku pelajari dan masih banyak lagi ruang yang perlu aku isi dalam diri yang masih kekosongan ini,dari sifat dan sikap aku,kepada kelakuan aku sendiri,masih banyak yang perlu di isi,Alhamdulillah,isteri aku sangat memahami,dan terus memberikan kasih sayang yang tidak terhingga kepada aku selama usia pernikahan ini,terima kasih sayang,semoga kita terus bahagia bersama.

Anak aku dah mula nangis minta dimandi agaknya,jadi sampai di sini saja penulisan aku kali ini,InsyaAllah lain kali jumpa lagi.









Amirul.