Ahad, 13 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa.





Baik,setelah lama aku tidak menjejakkan kaki ke panggung,tadi aku mencemar duli berangkat ke panggung dengan harapan yang tinggi melangit menonton buah tangan KRU Prod,Hikayat Merong Mahawangsa.Jika kau tanya kenapa aku meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem ini adalah kerana,pertamanya,sidang produksinya iaitu KRU Prod,aku sangat kepingin melihat hasil kerja 3 pahlawan muda yang masing2nya berkaliber dalam bidang2 yang mereka ceburi,punya wawasan yang tinggi dalam meningkatkan taraf perfileman melayu hingga ke taraf dunia.Keduanya,Tajuk filem ini,Hikayat Merong Mahawangsa,pada aku tajuk itu sangat gah seperti mana gahnya Puteri Gunung Ledang,Queen Of Langkasuka dan filem2 yang ada kaitan dengan sejarah dunia.Ketiganya,heronya,dimana Stephen Rahman sekali lagi di pilih oleh produksi tanah air menjadi panglima melayu yang gah walaupun beliau persis campuran orang inggeris.

Sinopsis,menceritakan tentang seorang pemuda bernama Merong Mahawangsa,seorang yang hebat dalam pelayaran juga hingga boleh berlayar berseorangan hingga ke Negara Tembok Besar,China,seorang yang handal dalam seni pertempuran,juga seorang kaki perempuan,yang telah di upah berkhidmat untuk seorang anak raja dari Rom,Marcus yang ingin ke Semenanjung Emas kerana di utus untuk berkahwin dengan seorang puteri dari negara China.Namun terdapat kekecohan di Semenanjung Emas di mana segerombolan lanun yang digelar Garuda telah menyerang kedua2 rombangan dari Rom dan China serta melarikan puteri dari negara China tersebut.Dan seterusnya,Merong Mahawangsa diangkat menjadi raja di Langkasuka,sekali lagi membantu Rom Dan China menentang Garuda hingga ke titisan darah yang terakhir.

Komen,aku keluar dari panggung dengan senyuman,pertamanya,filem ini berjaya dari segi aksi,dengan jalan cerita yang singkat,ia dapat menggambarkan sifat2 yang ada dalam diri Merong,yang gagah dan setia,babak2 pertarungan di garap dengan baik dengan aksi yang agak memberansangkan.Kehadiran Khir Rahman sebagai Kemawas,watak jahat utama dalam filem ini menghidupkan lagi plot2 dalam filem ini.Senyuman kedua,teknik yang diguna pakai oleh KRU Prod tidak mengecewakan,walaupun ada beberapa babak dalam filem ini yang aku rasa perlu lagi di perbaiki,namun,aku amat berpuas hati dengan hasilnya,kerana ini adalah filem aksi pertama dari mereka.Semoga selepas ini mereka akan mengatasi kelemahan mereka itu.

Aku rasa tidak rugi aku membelanjakan wang untuk menonton filem ini,dan aku rasa belia2 di Malaysia lepas ini akan duduk dan cari siapakah sebenarnya Merong Mahawangsa.Seorang yang kononnya lagenda dan merupakan permulaan susur galur Negeri Kedah,juga Langkasuka.Tahniah buat semua yang terlibat dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa ini terutaman KRU Prod yang berani menampilkan sesuatu yang berbeza dari filem2 melayu sebelum ini.Aku syorkan rakyat Malaysia untuk menonton filem yang hebat ini.Selamat Maju Jaya buat industri perfileman Malaysia!

Amirul.

Tiada ulasan: