Ahmad dan Abu,dua orang sahabat yang bekerja sebagai tukang kayu,mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam seni pembinaan,telah banyak rumah mereka bina,dengan hasil yang sangat mengkagumkan.Kemahiran mereka dalam bidang pertukangan sangat masyhur,terkenal hingga ke pelusuk daerah.Setiap hasil kerja mereka penuh ketelitian dan berhati2,hinggakan tidak ternampak langsung cacat celanya.Dengan kemahiran yang mereka ada,mereka menjadi anak emas kepada majikan mereka,Majikan mereka sudah menganggap mereka seperti ahli keluarganya sendiri,dijaganya Ahmad dan Abu dengan begitu baik sekali.
Tahun berganti tahun,waktu terus berlalu,Ahmad dan Abu telah berfikir untuk bersara,mereka rasakan sudah tiba masanya mereka meninggalkan dunia pembinaan dan hidup santai menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.Niat mereka dikhabarkan kepada majikan mereka.
Ahmad : Tuan,saya ingin berhenti kerja.
Majikan : Kenapa Ahmad?Kenapa secara tiba2 awak ingin berhenti kerja?Adakah kau tidak berpuas hati dengan apa yang aku beri selama ini?Kau juga Abu?
Abu : Ya tuan,saya ingin bersara.
Majikan : Tapi kenapa?
Ahmad : Saya rasa dah sampai masanya untuk saya bersara,dah terlalu lama saya menceburi bidang ini.
Abu : Tuan terlalu baik kepada kami,banyak jasa tuan kepada kami,tapi kami memang ingin bersara tuan.
Majikan : Jadi apa kau akan lakukan selepas ini?
Ahmad : Saya hanya ingin menghabiskan masa saya bersama keluarga.
Majikan : Kau dah habis fikir?Kau dah cukup yakin dengan keputusan kau ni?
Ahmad dan Abu : Ya tuan.
Majikan : Terkilan aku mendengar kamu ingin bersara,beginilah Ahmad,Abu,aku ingin kau bina sebuah lagi rumah setiap seorang.
Ahmad : Tapi tuan.....
Majikan : Ahmad,ni permintaan terakhir aku,aku harap kau dapat bina sebuah lagi rumah,dan selepas itu kau boleh bersara seperti yang kau mahukan.
Ahmad : Tuan pasti ini yang terakhir?
Majikan : Ya.
Ahmad : Baiklah kalau begitu pinta tuan.
Abu : InsyaAllah tuan.
Selang beberapa minggu,Ahmad memulakan kerjanya,dari melukis pelan hingga mencari bahan2 mentah untuk membuat rumah yang terakhir itu.Namun dengan hati yang berat dan fikiran yang sudah memikirkan hari persaraannya,Ahmad membina rumah itu dengan sambil lewa sahaja,dengan reka bentuk yang ala kadar,beliau juga menggunakan bahan2 mentah yang tidak berkualiti,dengan hati yang tidak lagi bersemangat,beliau telah menghasilkan rumah yang biasa2 sahaja.
Berlainan pula halnya dengan Abu,beliau berusaha menyiapkan rumah terakhir itu dengan penuh semangat.Beliau inginkan binaan terakhirnya itu adalah binaannya yang paling hebat dan indah.Dengan reka bentuk yang menarik dan mewah,dan bahan2 yang berkualiti,beliau telah menyiapkan sebuah rumah yang sangat indah dan mewah,beliau sangat gembira dengan hasil yang diperolehinya.Beliau mengakhiri karier beliau sebagai tukang kayu dengan hasil yang sangat membanggakan.
Dan hari persaraan mereka yang mereka nanti2kan selama ini telah tiba,mereka sekali lagi berjumpa dengan majikan mereka dengan membawa gambar rumah terakhir yang mereka dirikan sebagai bukti.Malangnya,majikan mereka langsung tidak melihat hasil terakhir mereka itu sebaliknya mengeluarkan beberapa sampul dan dokumen lalu memberikannya kepada mereka berdua.
Ahmad : Untuk apa ni tuan?Tuan tidak mahu melihat hasil kerja terakhir kami?
Abu : Ya tuan,kami telah berusaha untuk menyiapkan rumah yang tuan mahukan itu.
Majikan : Dalam sampul tu adalah gaji terakhir kamu,berserta dengan pampasan terhadap segala usaha dan kudrat kamu ketika kamu berkerja dengan aku,dan dokumen itu,aku mahu kamu turunkan tanda tangan di atasnya sebagai tanda penyerahan.
Ahmad : Penyerahan apa tuan?
Abu : Ya tuan,penyerahan apa?
Majikan : Penyerahan sebuah rumah daripada aku untuk kamu berdua.
Ahmad : Rumah?Rumah mana tuan?
Majikan : Ini.(Sambil menyerahkan kembali gambar hasil binaan Ahmad dan Abu yang terakhir.)
Ahmad dan Abu : Rumah ini tuan?(Sambil berpandangan sesama sendiri.)
Majikan : Ya,rumah ini adalah sebagai hadiah daripada aku untuk kamu berdua,nikmatilah ia bersama ahli keluargamu.Semoga kamu selesa dengan rumah yang kamu bina sendiri.
Ahmad dan Abu berpandangan sesama sendiri.Tamat.
*Terdapat banyak pengajaran di dalam cerita di atas,jika di nilai dengan bijak,kamu akan lihat setiap pengajaran itu.Kita boleh bandingkan kisah Ahmad dan Abu seperti kehidupan kita di dunia ini,Allah telah berikan kita peluang untuk membina kehidupan kita sendiri,maka pilihan terletak di tangan kita samada kita inginkan kehidupan yang baik dengan mengikut segala yang diperintahkan olehNya,mengerjakan amalan2 yang baik atau sebaliknya,Pilihan di tangan kita.
*Di alih bahasa dan di olah dari cerita The Carpenter.
Amirul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan