Rabu, 2 November 2011

Amri Dan Peniaga.

Di hujung sebuah kampung,terdapat seorang pemuda yang hidup seorang diri,tanpa ayah dan ibu yang telah lama meninggalkan dunia.Amri dikenali oleh orang kampungnya sebagai seorang yang alim dan taat kepada agama.Setiap waktu jaganya di isi dengan solat,berpuasa dan berzikir dan menabur pujian kepada kebesaran Allah.Amri gembira dengan apa yang beliau lakukan seharian,dengan mendekatkan diri dengan Maha Pencipta,langsung tiada pemikiran jahat di ruang mindanya,jauh dari sifat2 godaan yang mengarahnya ke arah melakukan maksiat terhadap Allah Taala.

Di suatu malam,Amri terjaga dari tidurnya,beliau terjaga akibat dari sebuah mimpi.Di dalam mimpi tersebut,beliau diarah oleh suatu suara mengarahkan beliau berjumpa dengan seorang peniaga di bandar berdekatan kampungnya,suara itu mengarahkan beliau untuk mempelajari sesuatu daripada peniaga tersebut.Amri termangu seketika,beliau memikirkan maksud mimpi tersebut,adakah beliau masih belum cukup amalannya terhadap tuhannya?Persoalan itu terus mengganggu fikirannya.

Dan keesokan harinya Amri nekad untuk berjumpa dengan peniaga tersebut,dengan segera Amri melangkah keluar dari rumahnya menuju ke bandar bagi mencari peniaga tersebut.Selepas yakin beliau berjumpa dengan peniaga yang dimaksudkan,Amri berdiri di satu sudut kedai peniaga tersebut dan memerhatikan peniaga tersebut.Amri melihat peniaga tersebut sibuk dengan pelanggannya yang ramai,menjalankan urusniaga yang biasa dilakukan oleh peniaga2 yang lain.Dan seketika peniaga tersebut berhenti seketika untuk melakukan solat,dan selepas itu menyambung lagi tugasnya menjual barang2 niaganya.Amri terusan berfikir,apakah lebihnya si peniaga itu dengan dirinya?Amri pulang dengan hampa.Beliau menganggap mimpinya itu hanyalah tidak lebih dari mainan tidur sahaja.

Malam itu Amri bermimpi perkara yang sama,suara itu sekali lagi mengarahnya untuk mempelajari sesuatu dari peniaga tersebut.Amri pergi lagi memerhatikan peniaga itu keesokan harinya,namun apa yang diperhatikannya adalah situasi yang sama seperti hari sebelumnya,Amri pulang lagi dengan hampa.Namun Amri bertekad untuk pergi sekali lagi buat kali yang ketiga keesokannya,kali ini Amri keluar awal pagi,selepas selesai solat Subuh,Amri terus ke kedai peniaga tersebut.Si peniaga baru sahaja membuka kedainya,melayan beberapa pelanggan dan beliau perasan akan kehadiran Amri.Si peniaga itu mendekati Amri.

Peniaga : Assalamualaikum anak muda,ada apa2 yang anak muda perlukan?
Amri : Waalaikumusalam,oh tidak,saya tidak mahu apa2.
Peniaga : Jadi,apa yang anak muda mahukan?Aku lihat dah 3 hari anak muda datang ke kedai aku ini.
Amri : Oh,itu..erm,sebenarnya ada sesuatu yang saya ingin tanyakan kepada tuan.(Amri terus menceritakan tentang mimpinya)
Peniaga : Begitu rupanya,senang saja anak muda,tapi sebelum aku beritahu jawapannya,anak muda perlu melakukan sesuatu untuk aku.
Amri : Apa sahaja tuan,saya bersedia asalkan saya mendapat jawapan mimpi saya.
Peniaga : Begini,kamu ambil mangkuk yang berisi air ini,aku mahu kamu bawa manngkuk ini ke hujung jalan ini dengan pantas,dan kembali semula ke sini dalam masa 15 minit.Tapi ingat,jika air dalam mangkuk ini berkurang walaupun sedikit,aku tidak akan memberitahu jawapanya.

Amri terus sahaja berlari dengan membawa mangkuk berisi air itu seperti yang diarahkan oleh si peniaga tersebut.Akibat dari lariannya,air di dalam mangkuk itu hampir sahaja tumpah,Amri memperlahankan lariannya dan berhati2 terhadap mangkuk yang dibawanya itu.Amri tidak mahu perjumpaan dengan si peniaga itu berakhir dengan sia2.Menyedari masa sudah singkat,Amri berjalan dengan laju.Dan akhirnya Amri kembali kepada si peniaga itu dengan keadaan yang termengah2.

Amri : Ini mangkuknya,saya yakin saya tidak mengurangkan walau sedikit pun air di dalamnya.
Peniaga : Bagus anak muda.
Amri : Jadi sekarang tolong ceritakan jawapan terhadap mimpi saya itu tuan.
Peniaga : Baiklah anak muda,sebelum itu,aku ingin tanyakan sesuatu pada kamu.
Amri : Apa dia tuan?
Peniaga : Berapa kali kamu mengingati Allah sepanjang kamu berlari membawa mangkuk berisi air ini?
Amri : Mengingati Allah?Saya langsung tidak mengingati Allah,saya hanya berfikir tentang air di dalam mangkuk ini,saya risau jika air di dalam mangkuk ini berkurang.
Peniaga : Nah,di sinilah jawapannya anak muda,aku sentiasa mengingati Allah dalam setiap perbuatanku.Semasa aku berniaga,sama seperti kau membawa mangkuk berisi air itu,aku jujur dan amanah dalam perniagaan yang aku lakukan,aku juga lakukan amal kebaikan terhadap pelanggan2 aku,aku tidak pernah melupakan Allah dalam setiap yang aku lakukan.

Amri tunduk mendengar jawapan peniaga tersebut,Amri kemudiannya berterima kasih kepada peniaga tersebut kerana telah mengajarnya sesuatu hari ini.Tamat.

*Nah rakan2,semoga cerita ini dapat memberi sedikit pelajaran buat kita semua.Semoga Tuhan Merahmati Kita Semua.Amin.
*Di alih bahasa dan di olah dari cerita The Pious Man and The Shopkeeper.

Amirul

Tiada ulasan: