Assalamualaikum,
Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah dan kurniaNya sekali lagi aku dapat menulis hari ini,masih lagi bernafas di bumi Nya ini,masih lagi bisa berdiri,masih lagi bisa berdikari,terima kasih tuhan yang maha mengasihi dan maha menyayangi.
Kelmarin,29 May 2011,termaktublah perjanjian antara dua hati,bersatulah dua jiwa yang sudah lama memendam rasa dengan ikatan yang murni,ikatan pernikahan di antara adik aku,ijam dan pasangannya ila.Dan Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi sekali lagi segala2nya berjalan dengan lancar.dari persiapan,ke majlis pernikahan ke majlis persandingan dan sebagainya,semuanya berjalan dengan baik sekali tanpa halangan.Aku doakan agar mereka berbahagia dan dirahmati tuhan selama2nya,dikurniakan anak yang baik dan comel2 InsyaAllah.Dan aku juga menjadi mangsa keadaan,biasalah bila orang lihat si adik sudah mendahului si abang,mulalah mereka bertanya,si abangnya bila pula?kenapa dahulukan si adik?dan ada juga yang bergurau,abang tak mintak hadiah ke dari si adik sebab langkah bendul?pada aku,jawapannya mudah,andai sampai jodoh aku,ke arah itulah aku.
Cuti sekolah bermula,orang kata cuti sekolah ni musim mengawan,dan aku lihat ramai antara rakan2 aku yang akan juga melansungkan perkahwinan mereka pada musim cuti sekolah kali ni,yang jauh,yang dekat semuanya mengambil kesempatan pada cuti sekolah yang sedang berlansung ini untuk mengikat tali pernikahan dengan pasangan masing2,InsyaAllah jika berkesempatan,aku akan menghadiri majlis2 kamu semua wahai rakan2ku,dan terlebih dahulu maaf aku pohonkan jika aku tidak dapat menghadiri majlis kalian,doaku dari jauh agar kalian semua bahagia ke akhir hayat.
Bila dah berkeluarga ni,makin besar tanggungjawabnya,dari segala aspek,dari yang remeh kepada yang besar,segalanya haruslah di rancang dengan baik,dan bila dah hidup bersama ni,pasangan hendaklah sentiasa bertolak ansur dan berkerjasama demi menjaga hubungan yang sedia ada.Cabarannya juga besar,walaupun aku masih lagi belum berumah tangga,namun aku dapat rasakan cabaran yang bakal dihadapi,dan kepada kalian yang baru berumah tangga dan yang hendak berumah tangga,persiapan awal sangat penting,dari segi fizikal dan mental.InsyaAllah,berdoalah kepadaNya mudahan dipermudahkan segalanya.Bercinta,berkahwin kerana Nya,InsyaAllah hubunganmu diberkati.
Sekian sahaja,kepada kalian yang akan mendirikan rumah tangga,Tahniah dan semoga berbahagia hendaknya.Doakan jodoh aku pula....hehe.
Amirul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan