Isnin, 12 September 2011

Mengambil Iktibar.

Assalamualaikum....

Jumpa lagi kita di ruangan maya milik aku ni,setelah lama mendiamkan diri,menyibukkan diri dengan hal2 dunia yang tak pernah ada habisnya.Kali ni ada sedikit cerita yang aku rasa boleh kita sama2 mengambil tauladan dan hikmah kebesaran Yang Maha Esa,marilah sama2 hayatinya.

Beberapa Jumaat yang lepas,minggu pertama kita semua merayakan hari raya aidil fitri,aku melangkah ke sebuah masjid berdekatan dengan rumah aku untuk melaksanakan tanggungjawab seminggu sekali,aku terus ke tempat mengambil wuduk,aku pandang di sebelah aku,terdapat seorang lelaki lebih kurang umur 30an,yang menyayat hati aku,beliau boleh diketegorikan sebagai seorang yang kurang upaya,melihat dari segi fizikalnya sempurna,tapi hakikatnya pergerakan beliau sedikit terbatas,juga ingin mengambil wuduk,demi tanggungjawab beliau terhadap tuhan.

Yang aku cuba ceritakan ialah bagaimana beliau mengambil wuduk tersebut,dengan air yang sangat perlahan,setitik demi setitik beliau titiskan pada anggota2 wuduk beliau,beliau raupkan air yang sedikit itu keseluruh anggota,dengan tertib dan perlahan,pada ketika tu,hati aku rasakan sayu,sungguh sayu,dalam hati aku terdetik ingin membantu untuk menguatkan jirusan air beliau,tapi aku hentikan kerana mungkin beliau selesa begitu,aku terus sahaja mengambil wuduk,dan sekali sekala menjeling ke arah beliau,sungguh tekun dan tertib sekali,aku cuba perbandingkan cara aku mengambil wuduk dengan beliau,berbeza,sangat2 berbeza,aku gunakan air yang sangat banyak untuk mengambil wuduk sedangkan beliau hanya menggunakan sedikit sahaja air sudah boleh meratakan ke seluruh anggota wuduk beliau.

Cuba kalian hayati dan bezakan sendiri cara kalian mengambil wuduk,pasti kalian akan faham apa yang aku cuba sampaikan di sini,pembaziran yang sering kita lakukan ketika mengambil wuduk,sedangkan pembaziran itulah yang ditegah dalam Islam,pembaziran itulah perbuatan syaitan yang dilaknat,sungguh hinanya kita,bagaimana seorang yang kurang upaya seperti saudara kita tadi dapat menggunakan air dengan sebaik2nya,sama2lah kita mengambil iktibar dan tauladan dari beliau,mudahan kita juga akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah.Amin...


Amirul.

Tiada ulasan: