Ahad, 6 November 2011

Korban.

Assalamualaikum...

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar....

Salam aidil adha buat semua pengunjung blog ni,terlebih dahulu marilah kita memanjat kesyukuran di atas segala rahmat dan kerhedaan Allah Taala,dengan kehendakNya,kita sekali lagi ditemukan dengan hari besar buat seluruh umat Islam,Hari Raya Aidiladha,dimana di dalamnya terdapat pelbagai peristiwa2 besar.Antaranya peristiwa dimana Nabi Ibrahim diperintahkan untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail,tak perlulah aku kisahkan lebih lanjut mengenai peristiwa tersebut kerana aku yakin bahawa kita semua sudah sedia tahu akan peristiwa tersebut.10 Zulhijjah,Pada hari ini jugalah pada pertama kalinya dalam sejarah Islam di mana ibadah korban dan berkhatan diperkenalkan.Dan peristiwa terbesar sekali adalah mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah di mana ia merupakan rukun islam yang kelima disyariatkan.Banyak lagi sebenarnya peristiwa2 yang berlaku pada tanggal 10 Zulhijjah ni,terutama pada bulan Zulhijjah itu sendiri,terdapat banyak kebaikan di dalamnya lagi2 pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.Semoga kita akan dipertemukan lagi dengan bulan Zulhijjah pada tahun hadapan.

Pertama Kali.
10 Zulhijjah kali ini juga merupakan antara lipatan sejarah dalam hidup aku di mana kali ini aku merayakan Hari Raya Aidiladha jauh dari keluarga,buat pertama kali dalam hidup aku,beraya tanpa keluarga di sisi,tanpa merasakan masakan mama yang enak,tak perlu menyuruh adik aku menggosokkan baju melayu aku,dan juga melakukan solat sunat aidiladha buat pertama kali di Penang.Kenapa?jangan ditanya kerana mungkin ini kehendak Allah Taala,Dialah yang Maha Perancang dan Maha Penentu.

Khutbah.
Seperti biasa,di pagi hari raya muslimin dan muslimat di sunatkan untuk melakukan solat sunat aidiladha 2 rakaat dan disertakan dengan khutbah,aku juga tidak kelihatan untuk melakukan solat sunat di masjid yang berhampiran dengan rumah inap aku,kesayuan terasa bila mana aku terdengar laungan takbir hari raya ketika melangkah keluar dari rumah,ingatan aku terus terpaku ke kampung halaman,terkenangkan keluarga yang jauh di selatan.Semoga kita semua dalam rahmat dan kerhedaan Allah.

Seperti biasa khutbah hari raya akan menerangkan tentang kelebihan ibadah haji dan korban,menceritakan peristiwa2 yang berlaku,namun yang menarik minat aku,khatib telah menekankan beberapa aspek kehidupan,lebih tepat lagi isu2 semasa yang berlaku pada zaman ini,antara aspek yang sangat di tekankan adalah :

1.Hutang dalam kehidupan.
Disini khatib menerangkan tentang keburukan sikap generasi sekarang yang gemar berhutang seperti contoh hutang pinjaman kereta,hutang pinjaman rumah,hutang kad kredit,hutang pinjaman peribadi dan sebagainya.Dan khatib menekankan bahawa Islam amat tidak menggalakkan umatnya berhutang,Antara sabda2 yang dibacakan oleh khatib berkenaan dengan isu ini.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari.” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)(Sumber : http://www.islamituindah.my/hidup-tenang-tanpa-bebanan-hutang)

2.Peranan bapa dalam institusi kekeluargaan.
Di sini khatib ada menyebutkan sabda Rasulullah SAW,

Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)(Sumber :http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/546-siapa-lelaki-dayus-menurut-islam-.html)

Khatib menyebut lagi bahawa generasi hari ini lebih cenderung kepada hal2 duniawi semata,hinggakan dalam cara mendidik anak itu sendiri,hal2 ketuhanan dan didikan agama diambil ringan sahaja.Sama2lah kita hayatinya.


3.Seksualiti Merdeka.
Pernahkah anda mendengar Program Seksualiti Merdeka?jika ya,tahniah,anda seorang yang prihatin dengan hal ehwal semasa.Anda tahu apa isi kandungan program tersebut?jika ya,tahniah sekali lagi.Anda menyokong?Anda membantah?Jika anda membantah,tahniah,anda masih waras,tapi jika sebaliknya,maaf,aku rasa anda gila dan sudah terpesong akidah.Intipati program ini lebih epada kebebasan dalam pergaulan,termasuk mereka2 yang sejenis.Gila tak?Isu ini juga ditekankan oleh khatib sebentar tadi,sama2lah kita renung dan ambil iktibar.

Dan ada lagi isu2 yang betekankan seperti gejala2 sosial yang cenderung dilakukan oleh remaja dan sebagainya.

Begitulah perjalanan hari aku untuk hari raya kali ini,aku harap dan berdoa agar suatu hari nanti,aku berpeluang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah sepertimana mereka2 yang sedang mengerjakan haji pada waktu ini,sama2lah kita berusaha untuk kesana,InsyaAllah.Dan semoga mereka yang sedang mengerjakan haji diberikan kesihatan yang baik dan dapat mengerjakan haji dengan jayanya,dan pulang ke tanah air dengan selamat.Amin.










Amirul.

Tiada ulasan: