Cukup lincah masa berlalu,hinggakan aku masih lagi merasakan aku berada di awal ramadan,namun hari ini,sudah 26 hari kita berpuasa,dan hanya beberapa hari lagi kita akan meraikan kedatangan bulan Syawal yang penuh makna,dimana kita akan menyambut hari raya aidil fitri,hari yang akan menhimpunkan sekelian kaum keluarga,baik jauh dan dekat,masing2 akan berpakaian serba baru,serba cantik,dan dimeriahkan lagi dengan anak2 yang asyik menunggu duit raya.Namun disamping kita bergembira,sedarlah kita bahawa ramai lagi yang di luar sana yang bersedih,bermuram durja,bersyukurlah kita ke hadrat Allah andai pagi raya itu kita bersama keluarga,berpakaian cantik,kerana ada di kalangan kita yang tak dapat merasai semua itu.
Ogos semakin meninggalkan kita,dan tahun ni,kita akan menyambut hari raya sekali dengan hari kemerdekaan negara,di mana hari merdeka jatuh mungkin pada hari pertama atau hari kedua kita menyambut hari raya aidil fitri,dua hari penuh bermakna buat kita semua,hari kemenangan buat umat islam setelah memperhambakan diri kepada Allah selama sebulan,juga hari kemenangan buat seluruh rakyat Malaysia di atas kermedekaan,keamanan yang telah kita alami selama ini,sama2 lah kita semua menjaga keharmonian dan keamanan yang sudah sedia ada selama ini,andai ada cacat cela di sana sini,sama2 lah kita perbetulkannya dengan tindakan yang baik,dengan aman tanpa menjejaskan keharmonian yang kita kecapi selama ini.Semoga Malaysia dan umat Islam terus maju kehadapan dengan izin tuhan yang maha esa.InsyaAllah.
Lagi 2 hari aku nak pulang ke kampung halaman,tak sabar rasanya nak pulang,nak berjumpa dengan keluarga tercinta,rindu sungguh pada mereka,maklumlah,kali terakhir aku pulang pada hari besar adik aku 3 bulan yang lepas kot,lagi2 pada si kenit Nur Nadirah Natasya,rindu dengan keletah dia,rindu untuk melihat dia membesar.Tapi hari ni si putih aku buat hal pulak,nasib baik aku tak pulang dengan si putih,tahun ni aku pulang menumpang bos aku yang kebetulan kampungnya tak jauh dari kampung aku,Alhamdulillah.Semoga Allah memberi perlindungan kepada kami semasa pulang ke kampung halaman,tidak lupa juga kepada semua rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung masing2,berhati2 lah semasa memandu,andai mengantuk,tidur dahulu,biarlah lambat asalkan selamat tempat yang di tuju.
Akhir kata di sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan selamat menyambut hari kemerdekaan buat seluruh umat islam di muka bumi terutamanya kepada rakyat Malaysia.Andai ada selama ini kekasaran bahasa dari aku di dalam blog aku ni,aku memohon ribuan ampun dan maaf dari kalian semua,terima kasih kerana membaca blog aku yang membosankan ni,semoga kita berjumpa lagi di ramadan yang akan datang,InsyaAllah.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Amirul@Qaseh@Lurima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan