Isnin, 11 Oktober 2010

Dua Tiga Kucing Berlari.

Lama sungguh aku tak "update" blog aku ni,akibat dari kegilaan aku kepada kerja juga kegilaan aku kepada sesuatu yang baru aku miliki,yakni sebuah kamera DSLR(apa itu DSLR?),jadi aku terlalai seketika untuk meng"update" blog aku ni.Alhamdulillah,bulan Syawal sudah beranjak pergi,semoga kita semua dapat menemui Ramadan dan Syawal sekali lagi pada tahun hadapan.Semoga Allah memberkati segala amalan kita.

Diam2 aku dah dekat 8 bulan aku menetap di utara tanah air ni,rasa masa tu terlalu cepat berlalu,dan aku rasa apa yang aku buat dan aku tinggalkan 8 bulan dulu masih lagi lekat di hati dan kepala otak aku.Semenjak berada di utara ni,dialek percakapan aku agak tunggang langgang akibat mencapurkan bahasa Johor Riau dan loghat utara yang pekat.Majoritinya pekerja2 di kilang aku tu berasal dari utara ni juga,paling jauh pun aku rasa berasal dari Perak,ada juga dari negeri2 lain termasuk Johor sendiri,tapi bilangannya boleh dikira,berbeza dengan suasana di kilang lama aku berkerja,pekerjanya bercampur2.Tapi itu bukan 1 masalah buat aku untuk membiasakan diri dengan keadaan sekiling.

Pada bulan lepas,aku menyambut hari lahir aku yang ke-25,bak kata abang Mat Sah,dah suku abad dah,tetiba aku terasa diri aku sangat tua,sangat tua untuk apa?hehehe.Aku menyambut hari lahir aku dirumah,aku hanya menyambut bersama keluarga aku dengan kek coklat yang di sediakan oleh mak aku,aku menyambut hari lahir aku bersama adik2 aku yang lain,ini kerana 4 orang adik beradik aku berkongsi bulan yang sama,bulan September,hanya tarikh je yang lain.Walaupun sederhana,kami sangatlah gembira.Juga aku diraikan di kilang tempat aku bekerja,buat pertama kali dalam hidup aku diraikan di kilanhg,aku rasa dihargai,berkongsi dengan rakan2 yang sama bulan dengan aku,makan,bermain,dan dapat hadiah.Terima kasih JABIL

Semalam 10.10.10,tarikh yang menarik bagi sesetengah manusia,dan biasanya tarikh2 begini menjadi tarikh keramat buat mereka yang mungkin mendirikan rumah tangga,salah 1 sebabnya mungkin ia mudah di ingat,dan aku juga pernah merancang begitu,tapi bukan tarikh 10.10.10,tapi tarikh 20.10.2010 yang akan tiba tak lama lagi,pun kelihatan menarik juga.Namun itu semua hanya tinggal perancangan sahaja,yang benarnya,Allah jua lah yang menentukannya.

Aku rasa setakat ni je buat masa ni,sebab aku pon mengantuk sangat2 ni,baru balik kerja shift malam,jumpa lagi di cerita yang lain pula,salam.