Buat Mama.
Mama,sepanjang perkenalan kita,aku gembira,aku bahagia,menjadi pelengkap hidupmu,sebahagian dari hidupmu,aku bersyukur ke hadrat tuhan,dapat berkenalan denganmu mama,kau lah penyeri,kau lah guru,kalau lah lilin yang menerangi hari2 aku,kau jugalah pelindung,kau pakar psikologi,kau chef di hati,kau bijak berjenaka,kau lah segalanya.
Mama,hari ini,hari bahagia buatmu,di mana hari kau di lahirkan,47 tahun kau di muka bumi ini,dan 26 tahun yang lalu,kita ditakdirkan untuk bersama,mengharungi hidup bersama2,dengan bahagia,dengan duka,dengan senyum tawa,dengan nangis duka,kita bersama2.Terima kasih atas segala2nya.
Mama,Selamat Hari Lahir aku ucapkan buatmu,tiada hadiah dapat aku kepilkan bersama,hanya doa dari kejauhan,agar kau sentiasa dalam perlindungan,diberikan kesihatan berpanjangan,dilimpahkan rezki tuhan,bahagia bersama suami tercinta,serta anak2 yang masih menagih kasihmu,semoga kau kuat selalu,tabah selalu,ceria selalu.
Sesungguhnya tiada kata2 yang indah dapat aku gambarkan tentang dirimu mama,kau lah segala2nya.Terima tuhan atas perkenalan aku dengan mama.
Amirul@Anak Mama.
1 ulasan:
Abg.. Mama baru baca abg punya Blog... Mama rasa bahagia, terharu dengan ucapan, luahan rasa dari abg untuk Mama sempena Hari Ulang Tahun Mama... Terima Kasih atas doa-doa dari abg... Mama berbangga dengan abg... Semoga kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain walaupun abg jauh dari keluarga... Sayang dari Mama untuk abg...
Dari : Mamamu yang jauh..Norziah..
Catat Ulasan