Selasa, 13 Oktober 2009

Masa Untuk Berubah!

Assalamualaikum...

Kesihatan aku tidak memberangsangkan hari ini,sejak kelmarin aku demam selsema,penyakit yang paling buat aku tak selesa,selsema...Uh!sangat2 tak boleh tahan,
Aku ke klinik semalam,dan prosedur biasa dilakukan oleh doktor perempuan India,walaupun nampak berumur,namun aku pandang dia sangat cantik!kalau sia masih muda mau aku terpikat..hahaha,aku bukan nak cerita pasal kecantikan dia,tapi aku nak cerita tentang etika kerja dia,sangat baik!Apa yang baiknya adalah dia "review" kali terakhir aku datang klinik tu,kemudian baru dia tanya apa sakit aku,pada aku ia etika kerja yang sangat baik,belum pernah lagi aku jumpa doktor tanya aku macam tu,dan kemudian dia tanya samada aku dah ambil belum keputusan ujian asid uric yang aku buat 2 bulan lepas,hahaha...2 bulan terperuk dalam fail,malu juga sikit,doktor tu pun suruh pembantu dia pergi cari keputusan ujian aku tu,dan kemudian prosedur biasa di jalankan,cek suhu,cek tekak,cek tekanan darah,cek pernafasan,dan seterusnya beritahu apa penyakit aku,

Doktor:Demam takda,awak selsema,batuk awak teruk,awak smoking?
Aku :Yup!
Doktor:Kurangkan okay?sebab kahak awak banyak,
Aku :Okay!thanks...
....Doktor tu pandang aku semacam.
Doktor:Okay,saya bagi awak ubat demam(padahal tak demam pun),selsema,batuk,kahak dan yang paling penting sekali antibiotik.
Aku :Okay!Saya nak mintak MC satu hari untuk hari ini boleh doktor?
Doktor:Okay...MC.....

Kemudian dia suruh aku keluar,aku pun tunggu la kat luar,terlupa kejap pasal keputusan asid uric aku tadi,sejenak aku menunngu,pembantu klinik tu panggil aku masuk balik ke bilik doktor...

Doktor:Okay Amirul,u punya kandungan uric asid tinggi,8.4mg....
Aku :Berapa kadar biasa untuk orang normal ye?
Doktor:7mg.Jadi awak kene kurangkan makanan seafood,daging,kekacang ye...
Aku:Okay doktor,thanks....
Doktor:Jangan lupa turunkan berat badan sekali,okay?kalau tak nanti boleh menyebabkan awak dapat sakit yang lain seperti batu karang....bla..bla...bla...
Aku :Okay doktor,saya cuba.Sebenarnya saya pun dah ada sakit batu karang,
Doktor:Okay..jadi cubala ye kurangkan....dan kurangkan merokok sekali...
Aku :Okay doktor,(dalam hati aku nak jek cakap sayang doktor....haha)

Dan keluar,ambil ubat dan memandu pulang,semasa memandu,aku asyik terfikir pesan doktor tu,dan aku berazam aku akan cuba untuk turunkan berat badan aku,aku juga akan cuba kurangkan makan makanan yang diberitahu tadi,aku mesti cuba untuk kebaikan aku!masa depan aku!

-Kalau aku boleh turunkan berat badan,mesti aku jadi sedikit kecik,bolehlah aku pakai seluar fit!hahaha....
-Kalau korang ada apa2 cadangan untuk membantu aku menurunkan berat badan,komen lah ye....tolong ye....

Amirul

Tiada ulasan: