Assalamualaikum...
Tengah hari tadi aku keluar ngan Zaid,kononnya nak pergi makan free di majlis kerja kahwin kawan,yang dibuat besaran atas tajaan 1 syarikat perumahan,di taman perumahan aku la,sambil acara sambutan hari raya dan sambutan pecah tanah rasanya,ada tetamu VIP,YB Ghani B Othman,Menteri Besar Johor,hebat!tapi malang sekali,aku sampai dalam pukul 1:00p.m,rupanya majlis makan tu mula pukul 4:30p.m(mengikut aturcara majlis),pengantin berarak pukul 1:30 tak silap aku,aku tak kesah pasal tak dapat makan,tapi terfikir kalau macam tu gayanya kerja kahwin aku,penat!pengantin buat apa dari pukul 1:30p.m sampai pukul 4:30p.m tu?dan yang paling sadisnya,kesian pada saudara2 dan rakan2 aku,duduk termenung ,menunggu hidangan,kalau ye pun,hidangkanla makanan2 ringan,air,ni aku rasa takda apa2 kot,dudukla mereka beramai2 kepanasan dengan penuh kesabaran(nasib baik ada lori jual aiskrim,beli la,baru RM1.50.).Dan ada juga yang aku lihat beransur pulang(termasuk aku,cari kedai makan).Sadisnya...mana keluarga pengantin?aku pun tak tahu.
Kalau aku,baik aku buat sendiri,biarla mahal sikit,asalkan tak menyusahkan,Insyallah.
-Majlis Persandingan Rakyat tu melibatkan 5 orang pengantin,tapi tetamu yang datang tadi aku tengok macam 1 pengantin punya tetamu je,kenapa eh?
-Selamat Pengantin Baru kepada bakal2 pengantin.
Korang?Nak Buat Majlis Macam Mana?
Comelnye La Budak2 Nie.....
Amirul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan