Jumaat, 30 Oktober 2009

Sedikit Lega.

Assalamualaikum.....

Aku rasa sedikit lega hari ini,
dengan apa yang berlaku sebentar tadi,
biarlah aku hilang,
dari pandangan,
langsung,
jangan cari aku lagi,
tolonglah,
aku merayu,
cermin diri ini,
buka minda itu,
aku ada hati,
mungkin bukan untuk kamu,
untuk siapa aku?
aku tahu,
aku mahu kamu juga begitu,
masih ramai dambakan cintamu,
kasih sayangmu,
aku hanya sisi gelap,
yang bawa derita,
yang bawa tangis,
yang bawa sedih,
jadi,
pergi,
pergilah sejauh mana kamu suka,
sejauh mana kamu rela,
cari sinar di hadapan,
lupakan gelap di sisi,
maafkan aku.

Amirul

Rabu, 28 Oktober 2009

Dah Mula Dah.

Assalamualaikum...

Aku dah mula bosan,
dengan kerja aku,
dengan kehidupan aku sekarang,
dengan suasana aku sekarang,
dengan persekitaran aku,
dengan perasaan aku sekarang,
dengan apa yang aku ada sekarang,

Aku rasa aku patut berubah la,
kerja baru,tapi kalau kerja kilang sama je dengan apa yang aku buat sekarang.
suasana,mungkin esok lusa akan berubah kot.
persekitaran,kat mana2 pun sama,tapi kalau kat tempat lain,bukan Gelang Patah,tapi nanti bosan lagi.Biar je la dulu.
perasaan aku?apa yang aku rasa sekarang ni?entahlah,biar je la,bukan orang kisah pon,aku pon tak kisah.
apa yang aku ada?yang pasti aku ada keluarga aku,dan aku tak pernah bosan dengan mereka,mungkin aku dah bosan naik kereta kancil aku tu kot,asyik meragam je.Aku nak beli kereta baru?mana ada duit!

Jadi?
Entahlah,kadang2 aku hanya biarkan masa berlalu dan biarkan masa yang tentukan apa yang akan aku lakukan,apa yang akan berlaku.Jadi aku teruskan hari2 aku macam biasa,seperti biasa yang aku buat,rutin harian aku,seperti hari2 semalam.

Dengan INDAH!

-Tunggu November!November Yang Akan Jadi Berbeza.


Amirul

Selasa, 27 Oktober 2009

Bosan.

Assalamualaikum....

Waktu ini,

Tika ini,

Saat ini,

Aku.....

Bosan!

Ulang sekali lagi...

Bosan!

Takda yang menarik untuk hari ini,



Amirul(yg sdg bosan!)

Khamis, 22 Oktober 2009

Kenapa?

Assalamualaikum...

Kenapa kadangkala bila apa yang kita luahkan tak didengar?
Kenapa kadangkala apa yang kita cakap tak diambil kisah?
Kenapa kadangkala kita tak kisah atas apa yang berlaku?
Kenapa kadangkala kita terlalu terburu2?
Kenapa kadangkala kita rasa sunyi?
Kenapa kadangkala kita rasa marah atas benda yang kecil?
Kenapa ada aku?
Kenapa ada kamu?
Kenapa ada mereka?
Kenapa ada kasih?
Kenapa ada sayang?
Kenapa ada rindu?

Amirul

Rabu, 21 Oktober 2009

Puisi Si Anak Kecil

Assalamualaikum....

Aku suka puisi ni,
Menarik...Punya maksud yang sangat nyata..
Layan jom.



-Fynn...maafkan saya ambil tanpa mintak permission.


Amirul

Selasa, 20 Oktober 2009

Biarkan.

Assalamualaikum...


Biarkan ia hilang,
Ditelan masa,
Biarkan ia pergi,
ditelan hari,
Biarkan.


Amirul

Ahad, 18 Oktober 2009

Kenyang.

Assalamualaikum...

Tengah hari tadi aku keluar ngan Zaid,kononnya nak pergi makan free di majlis kerja kahwin kawan,yang dibuat besaran atas tajaan 1 syarikat perumahan,di taman perumahan aku la,sambil acara sambutan hari raya dan sambutan pecah tanah rasanya,ada tetamu VIP,YB Ghani B Othman,Menteri Besar Johor,hebat!tapi malang sekali,aku sampai dalam pukul 1:00p.m,rupanya majlis makan tu mula pukul 4:30p.m(mengikut aturcara majlis),pengantin berarak pukul 1:30 tak silap aku,aku tak kesah pasal tak dapat makan,tapi terfikir kalau macam tu gayanya kerja kahwin aku,penat!pengantin buat apa dari pukul 1:30p.m sampai pukul 4:30p.m tu?dan yang paling sadisnya,kesian pada saudara2 dan rakan2 aku,duduk termenung ,menunggu hidangan,kalau ye pun,hidangkanla makanan2 ringan,air,ni aku rasa takda apa2 kot,dudukla mereka beramai2 kepanasan dengan penuh kesabaran(nasib baik ada lori jual aiskrim,beli la,baru RM1.50.).Dan ada juga yang aku lihat beransur pulang(termasuk aku,cari kedai makan).Sadisnya...mana keluarga pengantin?aku pun tak tahu.

Kalau aku,baik aku buat sendiri,biarla mahal sikit,asalkan tak menyusahkan,Insyallah.

-Majlis Persandingan Rakyat tu melibatkan 5 orang pengantin,tapi tetamu yang datang tadi aku tengok macam 1 pengantin punya tetamu je,kenapa eh?
-Selamat Pengantin Baru kepada bakal2 pengantin.

Korang?Nak Buat Majlis Macam Mana?

Comelnye La Budak2 Nie.....


Amirul.

Pagi.

Assalamualaikum....

Ahad,18 Okto 2009.
Aku berada di kilang waktu ini,bertemankan bunyi2 bising mesin2,bertemankan PC milik syarikat,hanya aku seorang di dalam bilik ini,uh!Bosan sungguh,mencari sedikit kerja untuk dibereskan,kemudian....

Pagi Yang Kuharapkan Indah,

SELAMAT PAGI DUNIA!

Amirul

Khamis, 15 Oktober 2009

15 Oktober 2009

Assalamualaikum.....

15/10/2009 06:46p.m.



Amirul

Happy Deepavali!

Hai...

Kepada Semua Penganut Hindu,Aku Ambil Kesempatan Ni Nak Ucap.....


HAPPY DEEPAVALI

Amirul

Pagi Yang Indah.

Assalamualaikum...

Selamat Pagi Mak,
Selamat Pagi Abah,
Selamat Pagi Sahabat,
Selamat Pagi Semua,

Jadikan pagi ini pagi yang lebih indah dari semalam.......


Selamat Pagi Dunia!

Amirul

Rabu, 14 Oktober 2009

Sakit Hati Dengan Aku?

Assalamualaikum...

Ada orang sakit hati dengan aku,aku pun tak tahu kenapa,aku ada kacau hidup dia ke sebelum ni?atau kacau anak2 dia,atau mak ngan abah dia?atau isteri dia?atau cucu cicit dia?atau awek dia?atau buah hati dia?atau sahabat dia?Aku pun tak faham,kenapa dia perlu serang aku camtu?tak jantan langsung la...Serang aku dengan ayat2 yang kononnya nak buat aku sakit hati,apa kes?kalau aku ada buat salah dengan dia,terus terang dengan aku,apa salah aku,bincang baik2,bukan main pukul curi,main terkam belakang,kan?tapi mungkin gak ada komplot kat situ,sebab aku ada rasa macam tu,komplot dengan siapa tak perlu lah aku bagitau,aku tak nak burukkan siapa2 kat sini,biar dia,dan komplot2 dia jek yang tau,betul tak?

-kalau kau@komplot kau baca blog ni,faham2 sendirilah ye...
-kalau kau rasa apa yang berlaku pada kau dulu boleh jadi lesen untuk kau buat camtu,silekan.
-kalau depan baik,tapi belakang ade ulat,buat ape kawan?busuk!
-terimalah takdir yang telah ditentukan kawan.......
-Kalau kau rasa aku adeb buat salah dengan kau@kerabat2 kau,aku mintak maaf lah,aku tak perasan.....

Amirul

Selasa, 13 Oktober 2009

Masa Untuk Berubah!

Assalamualaikum...

Kesihatan aku tidak memberangsangkan hari ini,sejak kelmarin aku demam selsema,penyakit yang paling buat aku tak selesa,selsema...Uh!sangat2 tak boleh tahan,
Aku ke klinik semalam,dan prosedur biasa dilakukan oleh doktor perempuan India,walaupun nampak berumur,namun aku pandang dia sangat cantik!kalau sia masih muda mau aku terpikat..hahaha,aku bukan nak cerita pasal kecantikan dia,tapi aku nak cerita tentang etika kerja dia,sangat baik!Apa yang baiknya adalah dia "review" kali terakhir aku datang klinik tu,kemudian baru dia tanya apa sakit aku,pada aku ia etika kerja yang sangat baik,belum pernah lagi aku jumpa doktor tanya aku macam tu,dan kemudian dia tanya samada aku dah ambil belum keputusan ujian asid uric yang aku buat 2 bulan lepas,hahaha...2 bulan terperuk dalam fail,malu juga sikit,doktor tu pun suruh pembantu dia pergi cari keputusan ujian aku tu,dan kemudian prosedur biasa di jalankan,cek suhu,cek tekak,cek tekanan darah,cek pernafasan,dan seterusnya beritahu apa penyakit aku,

Doktor:Demam takda,awak selsema,batuk awak teruk,awak smoking?
Aku :Yup!
Doktor:Kurangkan okay?sebab kahak awak banyak,
Aku :Okay!thanks...
....Doktor tu pandang aku semacam.
Doktor:Okay,saya bagi awak ubat demam(padahal tak demam pun),selsema,batuk,kahak dan yang paling penting sekali antibiotik.
Aku :Okay!Saya nak mintak MC satu hari untuk hari ini boleh doktor?
Doktor:Okay...MC.....

Kemudian dia suruh aku keluar,aku pun tunggu la kat luar,terlupa kejap pasal keputusan asid uric aku tadi,sejenak aku menunngu,pembantu klinik tu panggil aku masuk balik ke bilik doktor...

Doktor:Okay Amirul,u punya kandungan uric asid tinggi,8.4mg....
Aku :Berapa kadar biasa untuk orang normal ye?
Doktor:7mg.Jadi awak kene kurangkan makanan seafood,daging,kekacang ye...
Aku:Okay doktor,thanks....
Doktor:Jangan lupa turunkan berat badan sekali,okay?kalau tak nanti boleh menyebabkan awak dapat sakit yang lain seperti batu karang....bla..bla...bla...
Aku :Okay doktor,saya cuba.Sebenarnya saya pun dah ada sakit batu karang,
Doktor:Okay..jadi cubala ye kurangkan....dan kurangkan merokok sekali...
Aku :Okay doktor,(dalam hati aku nak jek cakap sayang doktor....haha)

Dan keluar,ambil ubat dan memandu pulang,semasa memandu,aku asyik terfikir pesan doktor tu,dan aku berazam aku akan cuba untuk turunkan berat badan aku,aku juga akan cuba kurangkan makan makanan yang diberitahu tadi,aku mesti cuba untuk kebaikan aku!masa depan aku!

-Kalau aku boleh turunkan berat badan,mesti aku jadi sedikit kecik,bolehlah aku pakai seluar fit!hahaha....
-Kalau korang ada apa2 cadangan untuk membantu aku menurunkan berat badan,komen lah ye....tolong ye....

Amirul

Sabtu, 10 Oktober 2009

K.F.C

Assalamualaikum....

Kenyang....dengan hidangan KFC,Its Finger Lickin' Good....
Alhamdulillah....
X-Meal.....



Beetle Car...With X-Meal...


Korang?Apa Korang Makan?

Amirul

Sabar!

Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....
Sabar.....la bodoh......

marah?



Amirul

Lagu Dan Irama

Assalamualaikum...

Lagu,
Setiap hari aku mendengar muzik,pelbagai muzik yang aku dengar,dari irama rock yang keras,ke irama klasik yang mendayu2,hingga ke irama nasyid yang mendamaikan,setiap alunan muzik itu sendiri membawa maksud yang tersirat dan tersurat,setiap bait2 lirik membawa makna yang mendalam,jika diperhatikan dengan teliti,lirik adalah antara cara untuk melepaskan,memberitahu apa yang terkandung dalam hati,hati si penulis.Gembira,sedih,marah,suka,duka,nasihat,pedoman semua lengkap,jika sedih,kita akan nampak kesedihan di dalam lirik itu,dan jika gembira,akan gembiralah kita mendengarnya,hebat...sangat2 hebat,mampukah aku menjadi seperti M.Nasir?mampukah aku menjadi Loloq?mampukah aku menjadi P Ramlee?mampukah aku menjadi Cat Farish?mampukah aku menjadi AXL Rose?mampukah aku manjadi Bob Lokman?mampukah aku menjadi Ahmad Dhani?mereka adalah orang2 yang hebat,dan ramai lagi yang hebat dalam bidang penulisan ni,setiap bait lirik mereka membawa maksud yang kadangkala sangat2 dalam hingga tak mampu akal untuk menilainya,sangat hebat!

Irama,
Gitar,drum,seksafon,piano,gendang,biola,clarinet,seruling disatukan membentuk irama,mendayu,keras,beralun,rancak dan sangat indah,irama juga membawa maksudnya tersendiri,jika sedih,mendayulah ia,jika gembira,rancaklah ia,bila marah keraslah ia,setiap not irama disusun cantik untuk menjadikan sesebuah lagu itu menjadi sangat indah.

Lagu,Irama,
Setiap lagu perlukan iramanya,setiap lirik perlukan melodinya,tanpa salah satunya,ia jadi tidak indah,tidak menarik untuk di dengar,seperti laut dan daratan,seperti bumi dan langit,seperti uda dan dara,seperti kasih dan sayang.Simpan keduanya,jaga keduanya,mudahan ia akan kekal hingga ke akhirnya.



Amirul

Kesal

Assalamualaikum......


Kesal...

Aku sangat kesal atas apa yang berlaku semalam,aku sangat kesal atas apa yang aku dah buat semalam,aku bukan sahaja menyakiti hatinya,namun aku menyaktinya,sungguh aku langsung tidak berniat untuk buat begitu kepadanya,namun dia dan keadaan yang memaksa aku buat begitu.

Apa aku harus lakukan?Berdiam diri?memohon maaf?Yang aku tahu,aku akan menyesali perbuatan itu seumur hidup aku.Maafkan setiap kesalahan aku,setiap perlakuan aku,setiap perkataan aku,Maafkan aku.


Amirul

Jumaat, 9 Oktober 2009

Segar!

Assalamualaikum.....


Hari Yang Indah berwajah baru,Hari Yang Indah yang lama aku dah tukar nama kepada "keqasehkusayang".
hari Yang Indah yang baru ni hanya memaparkan kehidupan seharian aku(kalau aku update hari2),apa yang aku lalui,apa yang aku suka,apa yang aku benci,apa yang aku fikir,senang cerita segala isi hati aku,akan cuba aku luahkan di sini...


Jadi....

Selamat Membaca....

Hari Yang Indah.Segar!