Assalamualaikum.....
Diam tak diam hari ini masuk hari ke 9 aku berpuasa,alhamdulillah setakat ni mampu lagi bertahan.Ramadan kali ni aku sambut di Penang,jauh dari kampung aku,dari mak dan abah aku,adik2 aku.Kadang2 rasa rindu nak berbuka bersama,berbuka ramai2,dengan juadah yang banyak,yang macam2,yang mak aku masak,yang abah aku masak,yang beli kat bazar.Nak buat macam mana,nanti nak dekat hujung puasa kot baru aku merasa peluang macam tu.Sebab aku cuti raya awal sikit tahun ni,hehehe.
Kelmarin,berita buruk pula sampai dari kampung,abah aku jatuh motor,bahu dia retak,kena simen pulak,jadi macam budak kecik aku yang kena simen jugak,hehehe.Mudahan abah cepat sembuh,yang seronoknya,dia dapat cuti sebulan,sakan la dia kat rumah,hahaha,tapi yang buat aku rasa tak seronok,mesti pergerakan dia agak sukar untuk kemas rumah untuk persiapan raya nie,biasanya kalau nak dekat raya ni,dialah yang paling sibuk sekali mengemas,segala macam dia hias,tapi kali ni susah sikit la kan,aku pulak jauh nak tolong dia,harapkan bulat jek la,mudahan bulat ringan tulang macam tahun2 lepas tolong abah kemas rumah,nanti aku bagi la upah..hehehe..
Sepanjang ramadan kali ni,aku rasa aku cukup berjimat,berbanding dengan ramadan2 yang lepas,manakan tidak,aku ke bazar ramadan pun yang aku beli cuma kuih dan air,kadang2 je aku beli murtabak atau oblong,tu masa kerja malam la,kalau kerja siang pulak kilang tempat aku bekerja ada bagi "bontrot" untuk berbuka,Alhamdulillah,jadi aku akan makan dari "bontrot" yang di beri tu la,siap dengan air dan kurma lagi,terima kasih pada pihak kilang kerana menyediakan juadah berbuka untuk semua,hari2 pulak tu...Alhamdulillah.
Cepat betol aku rasa masa berlalu sebenarnya,kalau dulu masa aku kecik2,sehari puasa tu cukup seksa,macam nak mati la kononnya,tapi sekarang rasa sekejap je,tak tau la kenapa,mungkin sekarang ni di sibukkan dengan kerja kot,jadi aku leka dengan kerja yang aku buat dan tak terfikir pon pasal aku yang sedang berpuasa ni,kalau dulu,kerja menghadap cikgu,mengantuk semua cukup,hahaha....Dan lagi 1,sukar sungguh menjaga pandangan mata ni untuk melihat sesuatu yang kurang enak,macam mana la agaknya kita hendak mengelak ye,semoga Allah memberkati amalan2 seluruh kaum muslimin dan muslimat terutamanya aku.Amin.
Cukup sampai disini saja,lain kali aku menulis lagi,nak keluar nak pergi cari tiket bas balik kampung.Daaaa....
Amirul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan