Assalamualaikum....
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Laungan keramat yang akan bergema bila tiba malam 31 ogos di seluruh negara,suara2 keras dari anak2 muda dan warga tua,melayu,cina,india dan kaum2 pribumi lain,melaungkan perkataan keramat itu bergema bila tiba jam 12 malam.Setiap pelusuk negara akan terkibar bendera keramat Malaysia,di rumah2,di bangunan2,di kereta2,terhias cantik dengan bendera.Menunjukkan semangat patriotisma rakyat negara ini yang tinggi.
Hari ini,genap negara kita menyambut kemerdekaan yang ke-53,separuh abad sudah negara kita merdeka,betapa bertuahnya aku dapat duduk di bumi Malaysia yang indah ni,bersyukur aku kepada Allah kerana aku di lahirkan di negara ini.Terima kasih kepada pejuang2 dan wira2 negara yang telah bekerja keras demi memerdekakan negara ini daripada penjajah.
Namun,akibat dari sejarah penjajahan di bumi indah ini dahulu pada aku telah meninggalkan parut yang besar,yang aku rasa takkan hilang,maksud aku di sini adalah penjajahan dari segi mental,kawalan mental yang telah di pupuk oleh penjajah2 kita dahulu terlalu kuat hinggakan ia menjadi cara hidup kita pada zaman ini,dan aku rasa tak perlu aku terangkan contoh2nya kerana aku percaya kamu2 yang membaca blog aku ni faham apa yang aku perkatakan.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Merdekakah kita?Atau masih lagi menjadi hamba abdi di zaman moden?Fikir2kanlah...
Amirul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan