Khamis, 12 Ogos 2010

Cikgu

Assalamualaikum,

Salam ramadan kepada semua,hari ini masuk hari ke-2 kita berpuasa,semoga segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T.

Susah rupanya nak jadi cikgu ni,susah kita nak mengajar dan menasihati seseorang kan?hari ini,aku rasa pengalaman tu,mengajar pada yang mahu diajar,tapi tidak mahu memahaminya,menasihati kepada yang ingin dinasihati namun tidak mengambil iktibar daripadanya,nasib baik aku tak jadi cikgu,entah macam mana gaya agaknya kalau aku jadi cikgu,mahu terbang kerusi gamaknya,hahaha.....Sesungguhnya aku hormat cikgu2 yang pernah mengajar aku dulu,faham2 la waktu zaman kecil dulu,nakalku bukan kepalang,hahaha...terima kasih cikgu2ku.

Dan pelajaran yang aku dapat juga adalah,sebanyak mana pun kita tolong mereka,kita ajar mereka,kita didik mereka,nasihati mereka,jangan sekali2 kau meminta pulangannya,kerana jika pulangannya tidak memenuhi apa yang kau mahukan,kau akan rasa sangat kecewa,dan terkadang sifat amarah kau timbul.Dan bila di marah pula,di perlinya kita,beginikah mengajar?beginikah mendidik?beginikah menasihati?

Dan si pelajar juga sekarang sudah semakin cerdik,namun bukan cerdik dalam subjek ilmiah yang diajar,namun subjek duniawi dan sosialis,dimana kelihatan apa yang di hidangkan pada mereka di dunia inilah yang benar,tanpa memeriksa terlebih dahulu.

Sekian itulah catatan aku hari ini,tak mampu menaip banyak2 lagi,menggeletar tangan menahan amarah.Semoga Allah memberikan aku sifat sabar seperti Nabi Yaakub.Amin.

Amirul.

Tiada ulasan: