Assalamualaikum...
Dan ramadan terus berlalu menuju ke pertengahan bulan,diam2 sepuluh hari pertama bulan ramadan telah berlalu,dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,aku seperti biasa dengan rutin harianku,bekerja siang dan malam mangikut shift yang telah di tetapkan,dan sedar tak sedar banyak juga aku buat kerja lebih masa bulan ni,nak cari duit raya la katakan.
Rutin harian aku sedikit berubah tika aku kerja pagi sebab aku akan bangun seawal 4 pagi untuk bersahur,kalau dulu,selepas bersahur,aku akan lelapkan mata sekejap semasa menunggu waktu subuh,namun kali ni berbeza sebab aku tidak tidur,malahan aku bersiap lebih awal dan bertolak ke kilang lebih awal.Kerja siang pada aku tak lah teruk sebab aku leka dengan tugas,dan lupa akan puasa,namun kadang2 kesabaran aku yang tak boleh aku kawal,faham lah berkerja dengan mereka2 yang hanya mengenal 4-5 perkataan melayu ni,lain disuruh,lain dibuatnya,hehehe..
Kesabaran aku juga adakalanya tercabar bila memandu,mungkin ni antara sikap buruk yang ada pada aku,aku kurang sabar ketika memandu,dan perkara ni pernah ditegur oleh seseorang,haha...tapi bukan kerana aku bawak laju,ini kerana sikap2 segelintir pengguna jalan raya yang kurang sopan,dan kebanyakannya penunggang motorsikal.Amarah aku meluap2 bila mereka2 ni menunggang seperti tak sayang nyawa,maksud aku,menunggang sesuka hati,masuk lorong bertentangan sesuka hati,cilok2 sesuka hati,tak takut ke kalau berlanggar?.Dan aku rasa statistik kemalangan jalan raya kat Penang ni tinggi pada pandangan mata aku,dalam seminggu aku rasa pasti akan ada van2 ambulans yang membunyikan siren atau orang berkerumun di tepi jalan.Kenapa ye?mana silapnya?adakah keadaan jalan raya kat Penang ni tak memuaskan?Mungkin juga,ada jalan2 utama terlalu sempit untuk dilalui.
Lagi 1 yang mencabar adalah keadaan traffik yang sesak,ini memang hari2 aku hadap,namun semenjak datang bulan ramadan ni,berganda pulak kesesakan yang berlaku,sampaikan jalan2 yang tak pernah sesak pun boleh jadi sesak,mengikut pengamatan aku,antara punca2nya ialah orang2 yang berkerja akan pulang seawal mungkin,tengok saja budak2 rumah aku,bukan main awal lagi dah tercegat kat rumah,dan juga kewujudan bazar ramadan,orang ramai akan berpusu2 ke sana untuk membeli juadah berbuka.
Bercakap tetang bazar ramadan,mesti korang gambarkan deretan kedai2 peniaga juadah berbuka,di semua tempat juga begitu kan,bulan ramadan ni bulan rezeki juga,ia boleh menjana kewangan yang baik buat peniaga2,manakan tidak,bukan sahaja penganut agama islam yang pergi,malahan penganut2 agama2 lain juga akan turut bersama.
Dan bazar ramadan mengimbau kenangan zaman persekolahan aku,masa aku bersekolah dulu,setiap kali ramadan tiba,family aku takkan ketinggalan untuk berniaga kuih-muih untuk berbuka,dan kadang kala air soya(aku panggil air tahu),dan tau fu fa(yang ni aku panggil tahu lembik),dan aku selalu membantu mak berniaga,pada awal2nya,aku bantu mak aku sahaja,tapi selepas aku bersekolah menengah,aku mak aku pulak yang tolong aku,hehehe.Dan dari duit berniaga tu la aku berbelanja sakan membeli persiapan diri untuk beraya.Seronok bila dikenangkan,suasana bising peniaga2 memekik2 mempromosikan juadah mereka(termasuk aku),melihat gelagat2 pembeli yang datang,ada kawan2 aku,cikgu2 sekolah aku,dan aku dapati,di bazar ramadan ni la antara tempat yang baik untuk merapatkan hubungan sesama manusia,maksud aku,kadang kala kawan2 kita yang dah lama tak berjumpa pun boleh berjumpa di sini,belum lagi hubungan antara peniaga2,mereka akan saling membantu satu sama lain,dan paling seronok sekali,mereka akan berbuka bersama2,betukar2 juadah yang tak habis diniagakan,bila di imbau,sangat indah rasanya.Aku rindu zaman itu.
Sekarang,aku tidak lagi berpeluang berniaga,kerana aku sudah bekerjaya,keluarga aku pun dah tak berniaga lagi,aku kini menjadi pembeli pula,dan setiap kali aku ke bazar ramadan,melihat anak2 yang membantu ibu bapa mereka,aku teringatkan diri aku semasa kecil dahulu,alangkah indahnya jika aku boleh kembali ke zaman itu.Rindu.
*Buat peniaga2,semoga Allah memberkati rezeki kalian,sesungguhnya kalian juga akan mendapat ganjaran yang baik kerana menyediakan hidangan buat mereka2 yang berpuasa.
*Buat keluargaku,aku rindu kalian,InsyaAllah,aku akan pulang pada hari lebaran nanti.
*Buat insan2 yang dikasihi,semoga ramadan kali ini memberi erti yang besar buat kalian.
Si peniaga kecil@Amirul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan