Assalamualaikum....
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Laungan keramat yang akan bergema bila tiba malam 31 ogos di seluruh negara,suara2 keras dari anak2 muda dan warga tua,melayu,cina,india dan kaum2 pribumi lain,melaungkan perkataan keramat itu bergema bila tiba jam 12 malam.Setiap pelusuk negara akan terkibar bendera keramat Malaysia,di rumah2,di bangunan2,di kereta2,terhias cantik dengan bendera.Menunjukkan semangat patriotisma rakyat negara ini yang tinggi.
Hari ini,genap negara kita menyambut kemerdekaan yang ke-53,separuh abad sudah negara kita merdeka,betapa bertuahnya aku dapat duduk di bumi Malaysia yang indah ni,bersyukur aku kepada Allah kerana aku di lahirkan di negara ini.Terima kasih kepada pejuang2 dan wira2 negara yang telah bekerja keras demi memerdekakan negara ini daripada penjajah.
Namun,akibat dari sejarah penjajahan di bumi indah ini dahulu pada aku telah meninggalkan parut yang besar,yang aku rasa takkan hilang,maksud aku di sini adalah penjajahan dari segi mental,kawalan mental yang telah di pupuk oleh penjajah2 kita dahulu terlalu kuat hinggakan ia menjadi cara hidup kita pada zaman ini,dan aku rasa tak perlu aku terangkan contoh2nya kerana aku percaya kamu2 yang membaca blog aku ni faham apa yang aku perkatakan.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Merdekakah kita?Atau masih lagi menjadi hamba abdi di zaman moden?Fikir2kanlah...
Amirul.
Hidupku,Dramaku,Panoramaku,Hanya Aku! Life Is A Puzzle,And My Puzzle Is Not Done Yet.
Selasa, 31 Ogos 2010
Isnin, 23 Ogos 2010
Mengulit Kenangan.
Assalamualaikum...
Dan ramadan terus berlalu menuju ke pertengahan bulan,diam2 sepuluh hari pertama bulan ramadan telah berlalu,dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,aku seperti biasa dengan rutin harianku,bekerja siang dan malam mangikut shift yang telah di tetapkan,dan sedar tak sedar banyak juga aku buat kerja lebih masa bulan ni,nak cari duit raya la katakan.
Rutin harian aku sedikit berubah tika aku kerja pagi sebab aku akan bangun seawal 4 pagi untuk bersahur,kalau dulu,selepas bersahur,aku akan lelapkan mata sekejap semasa menunggu waktu subuh,namun kali ni berbeza sebab aku tidak tidur,malahan aku bersiap lebih awal dan bertolak ke kilang lebih awal.Kerja siang pada aku tak lah teruk sebab aku leka dengan tugas,dan lupa akan puasa,namun kadang2 kesabaran aku yang tak boleh aku kawal,faham lah berkerja dengan mereka2 yang hanya mengenal 4-5 perkataan melayu ni,lain disuruh,lain dibuatnya,hehehe..
Kesabaran aku juga adakalanya tercabar bila memandu,mungkin ni antara sikap buruk yang ada pada aku,aku kurang sabar ketika memandu,dan perkara ni pernah ditegur oleh seseorang,haha...tapi bukan kerana aku bawak laju,ini kerana sikap2 segelintir pengguna jalan raya yang kurang sopan,dan kebanyakannya penunggang motorsikal.Amarah aku meluap2 bila mereka2 ni menunggang seperti tak sayang nyawa,maksud aku,menunggang sesuka hati,masuk lorong bertentangan sesuka hati,cilok2 sesuka hati,tak takut ke kalau berlanggar?.Dan aku rasa statistik kemalangan jalan raya kat Penang ni tinggi pada pandangan mata aku,dalam seminggu aku rasa pasti akan ada van2 ambulans yang membunyikan siren atau orang berkerumun di tepi jalan.Kenapa ye?mana silapnya?adakah keadaan jalan raya kat Penang ni tak memuaskan?Mungkin juga,ada jalan2 utama terlalu sempit untuk dilalui.
Lagi 1 yang mencabar adalah keadaan traffik yang sesak,ini memang hari2 aku hadap,namun semenjak datang bulan ramadan ni,berganda pulak kesesakan yang berlaku,sampaikan jalan2 yang tak pernah sesak pun boleh jadi sesak,mengikut pengamatan aku,antara punca2nya ialah orang2 yang berkerja akan pulang seawal mungkin,tengok saja budak2 rumah aku,bukan main awal lagi dah tercegat kat rumah,dan juga kewujudan bazar ramadan,orang ramai akan berpusu2 ke sana untuk membeli juadah berbuka.
Bercakap tetang bazar ramadan,mesti korang gambarkan deretan kedai2 peniaga juadah berbuka,di semua tempat juga begitu kan,bulan ramadan ni bulan rezeki juga,ia boleh menjana kewangan yang baik buat peniaga2,manakan tidak,bukan sahaja penganut agama islam yang pergi,malahan penganut2 agama2 lain juga akan turut bersama.
Dan bazar ramadan mengimbau kenangan zaman persekolahan aku,masa aku bersekolah dulu,setiap kali ramadan tiba,family aku takkan ketinggalan untuk berniaga kuih-muih untuk berbuka,dan kadang kala air soya(aku panggil air tahu),dan tau fu fa(yang ni aku panggil tahu lembik),dan aku selalu membantu mak berniaga,pada awal2nya,aku bantu mak aku sahaja,tapi selepas aku bersekolah menengah,aku mak aku pulak yang tolong aku,hehehe.Dan dari duit berniaga tu la aku berbelanja sakan membeli persiapan diri untuk beraya.Seronok bila dikenangkan,suasana bising peniaga2 memekik2 mempromosikan juadah mereka(termasuk aku),melihat gelagat2 pembeli yang datang,ada kawan2 aku,cikgu2 sekolah aku,dan aku dapati,di bazar ramadan ni la antara tempat yang baik untuk merapatkan hubungan sesama manusia,maksud aku,kadang kala kawan2 kita yang dah lama tak berjumpa pun boleh berjumpa di sini,belum lagi hubungan antara peniaga2,mereka akan saling membantu satu sama lain,dan paling seronok sekali,mereka akan berbuka bersama2,betukar2 juadah yang tak habis diniagakan,bila di imbau,sangat indah rasanya.Aku rindu zaman itu.
Sekarang,aku tidak lagi berpeluang berniaga,kerana aku sudah bekerjaya,keluarga aku pun dah tak berniaga lagi,aku kini menjadi pembeli pula,dan setiap kali aku ke bazar ramadan,melihat anak2 yang membantu ibu bapa mereka,aku teringatkan diri aku semasa kecil dahulu,alangkah indahnya jika aku boleh kembali ke zaman itu.Rindu.
*Buat peniaga2,semoga Allah memberkati rezeki kalian,sesungguhnya kalian juga akan mendapat ganjaran yang baik kerana menyediakan hidangan buat mereka2 yang berpuasa.
*Buat keluargaku,aku rindu kalian,InsyaAllah,aku akan pulang pada hari lebaran nanti.
*Buat insan2 yang dikasihi,semoga ramadan kali ini memberi erti yang besar buat kalian.
Si peniaga kecil@Amirul.

Khamis, 19 Ogos 2010
Tajuk:...........
Assalamualaikum.....
Diam tak diam hari ini masuk hari ke 9 aku berpuasa,alhamdulillah setakat ni mampu lagi bertahan.Ramadan kali ni aku sambut di Penang,jauh dari kampung aku,dari mak dan abah aku,adik2 aku.Kadang2 rasa rindu nak berbuka bersama,berbuka ramai2,dengan juadah yang banyak,yang macam2,yang mak aku masak,yang abah aku masak,yang beli kat bazar.Nak buat macam mana,nanti nak dekat hujung puasa kot baru aku merasa peluang macam tu.Sebab aku cuti raya awal sikit tahun ni,hehehe.
Kelmarin,berita buruk pula sampai dari kampung,abah aku jatuh motor,bahu dia retak,kena simen pulak,jadi macam budak kecik aku yang kena simen jugak,hehehe.Mudahan abah cepat sembuh,yang seronoknya,dia dapat cuti sebulan,sakan la dia kat rumah,hahaha,tapi yang buat aku rasa tak seronok,mesti pergerakan dia agak sukar untuk kemas rumah untuk persiapan raya nie,biasanya kalau nak dekat raya ni,dialah yang paling sibuk sekali mengemas,segala macam dia hias,tapi kali ni susah sikit la kan,aku pulak jauh nak tolong dia,harapkan bulat jek la,mudahan bulat ringan tulang macam tahun2 lepas tolong abah kemas rumah,nanti aku bagi la upah..hehehe..
Sepanjang ramadan kali ni,aku rasa aku cukup berjimat,berbanding dengan ramadan2 yang lepas,manakan tidak,aku ke bazar ramadan pun yang aku beli cuma kuih dan air,kadang2 je aku beli murtabak atau oblong,tu masa kerja malam la,kalau kerja siang pulak kilang tempat aku bekerja ada bagi "bontrot" untuk berbuka,Alhamdulillah,jadi aku akan makan dari "bontrot" yang di beri tu la,siap dengan air dan kurma lagi,terima kasih pada pihak kilang kerana menyediakan juadah berbuka untuk semua,hari2 pulak tu...Alhamdulillah.
Cepat betol aku rasa masa berlalu sebenarnya,kalau dulu masa aku kecik2,sehari puasa tu cukup seksa,macam nak mati la kononnya,tapi sekarang rasa sekejap je,tak tau la kenapa,mungkin sekarang ni di sibukkan dengan kerja kot,jadi aku leka dengan kerja yang aku buat dan tak terfikir pon pasal aku yang sedang berpuasa ni,kalau dulu,kerja menghadap cikgu,mengantuk semua cukup,hahaha....Dan lagi 1,sukar sungguh menjaga pandangan mata ni untuk melihat sesuatu yang kurang enak,macam mana la agaknya kita hendak mengelak ye,semoga Allah memberkati amalan2 seluruh kaum muslimin dan muslimat terutamanya aku.Amin.
Cukup sampai disini saja,lain kali aku menulis lagi,nak keluar nak pergi cari tiket bas balik kampung.Daaaa....
Amirul

Khamis, 12 Ogos 2010
Cikgu
Assalamualaikum,
Salam ramadan kepada semua,hari ini masuk hari ke-2 kita berpuasa,semoga segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T.
Susah rupanya nak jadi cikgu ni,susah kita nak mengajar dan menasihati seseorang kan?hari ini,aku rasa pengalaman tu,mengajar pada yang mahu diajar,tapi tidak mahu memahaminya,menasihati kepada yang ingin dinasihati namun tidak mengambil iktibar daripadanya,nasib baik aku tak jadi cikgu,entah macam mana gaya agaknya kalau aku jadi cikgu,mahu terbang kerusi gamaknya,hahaha.....Sesungguhnya aku hormat cikgu2 yang pernah mengajar aku dulu,faham2 la waktu zaman kecil dulu,nakalku bukan kepalang,hahaha...terima kasih cikgu2ku.
Dan pelajaran yang aku dapat juga adalah,sebanyak mana pun kita tolong mereka,kita ajar mereka,kita didik mereka,nasihati mereka,jangan sekali2 kau meminta pulangannya,kerana jika pulangannya tidak memenuhi apa yang kau mahukan,kau akan rasa sangat kecewa,dan terkadang sifat amarah kau timbul.Dan bila di marah pula,di perlinya kita,beginikah mengajar?beginikah mendidik?beginikah menasihati?
Dan si pelajar juga sekarang sudah semakin cerdik,namun bukan cerdik dalam subjek ilmiah yang diajar,namun subjek duniawi dan sosialis,dimana kelihatan apa yang di hidangkan pada mereka di dunia inilah yang benar,tanpa memeriksa terlebih dahulu.
Sekian itulah catatan aku hari ini,tak mampu menaip banyak2 lagi,menggeletar tangan menahan amarah.Semoga Allah memberikan aku sifat sabar seperti Nabi Yaakub.Amin.

Isnin, 9 Ogos 2010
Ramadan.
Assalamualaikum...
Ramadan semakin hampir,hanya sehari dua lagi,kita akan memasuki bulan ramadan yang diberkati,bulan di mana kita diwajibkan berpuasa dari terbit matahari hingga terbenamnya matahari,bulan di mana kita tidak boleh makan dan minum,bersetubuh,menjaga mata,telinga dan seluruh anggota tubuh.Bulan ini juga bulan untuk kita menambahkan lagi kesyukuran kepada yang Maha Pencipta,di ciptakannya siang yang perlu seluruh umat islam berpuasa,dan di ciptakan malam untuk seluruh umat islam berkumpul untuk melaksanakan solat terawih dan witir,di adakan ganjaran2 tertentu kepada mereka yang melaksanakannya,dan berkejaran mereka untuk mengerjakan amalan tersebut.Akan penuhlah surau2 dan masjid2 di setiap pelusuk dunia dengan mereka yang mengejar ganjaran2 yang besar yang telah di janjikan oleh yang Maha Pemberi.
Puasa boleh diertikan sebagai menahan diri kalau mengikut pengertian bahasa,dan mengikut syara' pula,puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara2 yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga tenggelamnya matahari.Dan kalian sendiri mengerti apa perbuatan yang boleh menyebabkan puasa seseorang itu terbatal.
Demi menyambut ramadan kali ini,terlebih dahulu aku ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada seluruh isi dunia yang mengenali aku dan yang tidak mengenali aku juga,marilah sama2 kita jalani ibadat puasa ini dengan jayanya dan diterima amalan kita oleh yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,dan semoga ramadan kali ini membawa berkat buat kita semua.
*Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Langgan:
Catatan (Atom)