Ahad, 20 Disember 2009

Rerama Malam.

Alkisah bermula pada tahun sekian2,di rumah usang itu,sepasang suami isteri adalah sedang eloknya bermadu asmara bersama2 mengecap keindahan dunia,dan selang beberapa bulan selepas itu dengan izin yang maha esa,maka lahirlah seorang putera yang suci lagi bersih,yang diberi nama siPolan.Suami isteri itu bersama2 membantu membanting tulang untuk membesarkan putera yang mereka kasihi itu,adapun dari hari ke hari,putera itu semakin membesar mengikut waktu.

Namun,kebahagian kedua suami isteri itu tidak lama,si suami lebih awal pergi menghadap yang maha kekal,meninggalkan si isteri dan puteranya dalam keadaan daif.Si isteri redha dengan pemergian yang tiada kepulangan sang suami yang dikasihinya itu,dan...perjuangan mesti di teruskan,demi kehidupannya juga anak yang dikasihinya,dengan bermodalkan kedaifan dan pendidikan yang tidak setinggi mana,si ibu itu mencari kerja,namun,nasib tidak menyebelahinya kerna tiada yang ingin mengambilnya bekerja.Dan akhirnya,si ibu nekad untuk bertandang ke lorong kecil itu,di malam hari,menjadi rerama.

Tahun demi tahun si ibu bergelumang di lorong kecil itu,demi memberi sesuap nasi untuknya dan anaknya,memberi ilmu yang berguna demi masa depan anaknya,sehinggalah anaknya itu berjaya ke puncak yang tinggi.Dan si anak tidak pernah ambil tahu akan pekerjaan ibunya.

Suatu hari,tika si ibu yang sudah di mamah usia itu,yang hanya menunggu panggilan terakhir itu,si anak,mendapat tahu rahsia di sebalik sesuap nasi yang pernah diberikan oleh ibunya sewaktu mereka di rumah usang itu,si anak,yang sudah mempunyai pangkat itu,yang mewah itu,mendapat tahu si ibu pernah ada di sebuah lorong kecil,yang kotor,menjadi rerama malam,yang mengindahkan malam,yang memberi kepuasan malam.Si anak yang kaya itu,malu dan jijik,mandapat tahu apa yang dilakukan oleh ibunya semasa mudanya.

Demi menjaga maruah diri,agar tidak diperlekehkan oleh teman2 dan saudara,di usir ibunya dari rumah besar itu,di hantar ibunya ke tempat di mana orang2 sebaya usia ibunya itu berada,yang mungkin tidak punya anak,ataupun senasib dengannya.Dan si ibu teruslah menginap di tempat itu bertahun lamanya,sunyi,sepi,sendiri,Si anak langsung tidak mejenguknya,hingga hujung nyawanya.

Si ibu,mati tanpa kasih sayang seorang anak,hanya diratapi oleh penguni2 rumah itu.
Si anak,tidak perlu ambil tahu,kerana apa yang pernah dilakukan ibunya itu dianggap jijik.

Dan berakhirlah kisah Rerama Malam.

-Sedih.

Pendapat Aku:-
-Si ibu berjaya menjadi ibu yang baik,namun tidak sebagai muslimah yang baik,namun...aku tidak tahu sejauh mana atau selama mana si ibu itu menjadi rerama malam,mudahan si ibu itu sudah insaf dan bertaubat dengan apa yang pernah dia lakukan.
-Si anak,dari segi kehidupan,kau berjaya,namun dari segi etika kemanusiaan dan perhubungan,maaf untuk aku katakan,kau gagal dan sangat gagal,dia ibumu,yang menjagamu dari kecil,dari kau memakai lampin,hingga kau memakai kot dan tali leher,perlukah kau buangnya samapai begitu?

*kisah ini di adaptasikan dari kisah seorang ibu yang terbuang.
*Al-Fatihah buat ibu2 di seluruh dunia samada yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke asalnya,terutama buat ibuku,Norziah Bte Yeop.


Amirul.

Tiada ulasan: