Salam Awal Tahun........
Menyepi sendiri di ruang kecil ini,mencari sesuatu yang tidak pasti,berfikir sendiri........
Siapa tahu perniagaan pakaian lusuh atau lebih glamer disebut sebagai bundle angkat tangan!!!!!!?Yang tak tahu,pergi cari sendiri ye,hehehe.......
Kali ni aku nak bercerita sesuatu yang menjadi minat aku,sesuatu yang aku tak pernah menyangka suatu dahulu,benda ni menjadi sesuatu yang gah untuk diperkatakan oleh setiap manusia yang juga mempunyai minat yang sama dengan aku sekarang..."BUNDLE-ISM"
9-10 tahun dulu,aku hanya mengetahui perniagaan bundle ni melalui mak aku yang ketika itu membeli beberapa helai pakaian untuk aku,mak aku cakap senang nak cari baju saiz aku kat situ dan murah,aku sememangnya perlu menyarung pakaian saiz eropah@amerika sebab badan aku yang sangat sihat ni,hahaha....kemudian,aku tertarik dengan pembawakan imej perniagaan bundle tersebut,maka dari situ,bermulalah episod bundle-ism dalam hidup aku.
Dari tahun ke tahun,aku menjejak setiap pelusuk daerah untuk mencari kedai bundle,bersama beberapa orang rakan yang mempunyai sama rasa dengan aku,dari pekan Parit Raja,ke Summit Parade Batu Pahat,hingga ke pelusuk2 kampung sejauh perkampungan orang asli di Rengit.Ada saja masa terluang,kami akan mencari dimana tempat2 yang mempunyai bundle yang baik,aku ingat lagi masa tu,yang kami cari,baju2 yang agak sedikit pelik,tanpa mengenal brand,jenis kain dan sebagainya.Tapi untuk kasut,ye...kami mencari beberapa jenama yang gah dalam pasaran macam Nike,Adidas,New Balance,Puma dan banyak lagi la,kalau nak beli baru tu memang tak mampula,al-maklum,budak sekolah.
Semakin lama,aku nampak perniagaan bundle ni semakin diminati ramai,semakin banyak kedai2 bundle yang dibuka sampai tak menang tangan nak mengira,setiap daerah mesti ada kedai bundle,yang kecil,yang besar,yang cantik,yang agak tak cantik,semua ada,aku yakin perniagaan ni maju atas sebab beberapa faktor:-
1.Murah
2.Kualiti
3.Cantik
4.Banyak pilihan.
Dan mungkin banyak lagi sebab2 tertentu.Megenai trend asal pakaian pula,pada mulanya aku rasa pakaian2 bundle ni diambil secara borong di amerika dan eropah,namun,ada 1 fenomena yang telah mengubah era bundle yang lama kepada era bundle yang baru,yang aku rasa berasal dari Jepun,tak silap aku,Jepun merupakan antara negara yang gah dalam bundle-ism ni,mereka juga antara pembekal terbesar pakaian2 lusuh kat Malaysia ni,tapi...fenomena yang di bawa oleh generasi Jepun ni cepat tersebar di kalangan peminat2 bundle di Malaysia ni,yang aku nampak,mereka menjual nama mereka disini.
Kalau dulu diskripsi aku tentang pakaian bundle ni senang je,beli yang cantik,yang aku muat,selain dari itu,aku tak kesah sangat,namun selepas era bundle baru ni masuk,aku dipernampakkan dengan sesuatu yang baru,melalui kenalan2 aku,yang masing2 mengikuti perkembangan era revolusi bundle baru ni,pada mereka,pakaian lusuh ni sesuatu yang sangat seni,mereka telah meletakkan pakaian lusuh ni ke satu tahap yang aku cakap,sangat2 bernilai untuk diperagakan.Mereka akan memilih setiap barang dengan standard yang tertentu,seperti:-
Untuk Baju:-
1-Kualiti kain,jenis kain,
100% cotton,dua kain(50-50,90-10, atau 2 gabungan no yang lain,)3 kain yang bermaksud 3 gabungan jenis kain.
2-Jenama
Samada jenama2 yang berunsur sukan seperti Adidas,Nike,Puma,North Face dan sebagainya,atau yang kasual seperti Burbery,Arnold Palmer,Toroy,Louis Vuitton,Clarks,Gucci dan banyak lagi yang sering menggunakan nama mereka untuk menjadi tunjang produk,yang sering di panggil oleh kaki bundle sebagai baju2 desingner, dengan jenama2 seperti Andy Warhol,Jean Micheal Basquait,Keith Haring,Bathing Ape,Versace yang sering berkerjasama dengan pengeluar2 t-shirt seperti Uniqlo,Hanes,Fruity Of The Loom,Old Navy dan macam2 lagila yang aku tak mampu nak perkatakan.
3-Design Baju
Baju Band,yang tertera nama2 band kesukaan ramai,atau baju mereka yang dijual semasa konsert jelajah mereka,atau baju harley davidson yang selalunya tertera gambar gah motor harley davidson itu sendiri,atau pakaian2 dengan gambar2@lukisan2 yang boleh dilabel sebagai"budak kecik pun boleh buat",atau tulisan2 yang membawa maksud sesuatu.
4-Umur,peristiwa,kesukaran untuk mencari.
Umur juga kadangkala menjadi peranan dalam pemilihan pakaian lusuh ni,semakin lama sesuatu barang itu,semakin berharga lah ia,atau sesuatu yang mempunyai peristiwa di sebaliknya,dan juga kesukaran untuk mendapatkannya,semakin susah nak dapat,juga semakin berharga.
Dan banyak lagi faktor dalam pemilihan baju bundle ni,tapi ini untuk si pengila baju2 bundle la,yang dibeli mungkin untuk di pakai ataupun hanya dibuat perhiasan di dinding bilik,atau untuk jualan balik dengan harga yang menarik.Tu baru baju,belum seluar@kasut.Dan kesan daripada itu,harga pakaian lusuh melambung tinggi dek kerana manusia2 yang gilakan nama,yang menjual nama2 yang sebelum ini langsung tak dikenali pun di dalam negara ni,harga sehelai pakaian lusuh yang dahulu hanya rm5 sehelai boleh menjadi rm100++ sehelai,betapa hebatnya perniagaan bundle ni,keuntungan melebihi 100%.Kadang2 harga pakaian lusuh ni melebihi dari harga pakaian2 yang di jual di butik2 ternama.Sedangkan si penjual membeli secara pukal,dalam guni lagi.
Namun,apa yang pasti,perniagaan bundle ni semakin hari semakin berkembang,dan aku yakin suatu hari nanti,perniagaan bundle ni menjadi antara sumber kewangan yang baik buat sesiapa yang meminatinya.Dan si Penjual Nama akan terus menjual nama2 mereka diatas kain itu.
Amirul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan