Salam Awal Tahun........
Menyepi sendiri di ruang kecil ini,mencari sesuatu yang tidak pasti,berfikir sendiri........
Siapa tahu perniagaan pakaian lusuh atau lebih glamer disebut sebagai bundle angkat tangan!!!!!!?Yang tak tahu,pergi cari sendiri ye,hehehe.......
Kali ni aku nak bercerita sesuatu yang menjadi minat aku,sesuatu yang aku tak pernah menyangka suatu dahulu,benda ni menjadi sesuatu yang gah untuk diperkatakan oleh setiap manusia yang juga mempunyai minat yang sama dengan aku sekarang..."BUNDLE-ISM"
9-10 tahun dulu,aku hanya mengetahui perniagaan bundle ni melalui mak aku yang ketika itu membeli beberapa helai pakaian untuk aku,mak aku cakap senang nak cari baju saiz aku kat situ dan murah,aku sememangnya perlu menyarung pakaian saiz eropah@amerika sebab badan aku yang sangat sihat ni,hahaha....kemudian,aku tertarik dengan pembawakan imej perniagaan bundle tersebut,maka dari situ,bermulalah episod bundle-ism dalam hidup aku.
Dari tahun ke tahun,aku menjejak setiap pelusuk daerah untuk mencari kedai bundle,bersama beberapa orang rakan yang mempunyai sama rasa dengan aku,dari pekan Parit Raja,ke Summit Parade Batu Pahat,hingga ke pelusuk2 kampung sejauh perkampungan orang asli di Rengit.Ada saja masa terluang,kami akan mencari dimana tempat2 yang mempunyai bundle yang baik,aku ingat lagi masa tu,yang kami cari,baju2 yang agak sedikit pelik,tanpa mengenal brand,jenis kain dan sebagainya.Tapi untuk kasut,ye...kami mencari beberapa jenama yang gah dalam pasaran macam Nike,Adidas,New Balance,Puma dan banyak lagi la,kalau nak beli baru tu memang tak mampula,al-maklum,budak sekolah.
Semakin lama,aku nampak perniagaan bundle ni semakin diminati ramai,semakin banyak kedai2 bundle yang dibuka sampai tak menang tangan nak mengira,setiap daerah mesti ada kedai bundle,yang kecil,yang besar,yang cantik,yang agak tak cantik,semua ada,aku yakin perniagaan ni maju atas sebab beberapa faktor:-
1.Murah
2.Kualiti
3.Cantik
4.Banyak pilihan.
Dan mungkin banyak lagi sebab2 tertentu.Megenai trend asal pakaian pula,pada mulanya aku rasa pakaian2 bundle ni diambil secara borong di amerika dan eropah,namun,ada 1 fenomena yang telah mengubah era bundle yang lama kepada era bundle yang baru,yang aku rasa berasal dari Jepun,tak silap aku,Jepun merupakan antara negara yang gah dalam bundle-ism ni,mereka juga antara pembekal terbesar pakaian2 lusuh kat Malaysia ni,tapi...fenomena yang di bawa oleh generasi Jepun ni cepat tersebar di kalangan peminat2 bundle di Malaysia ni,yang aku nampak,mereka menjual nama mereka disini.
Kalau dulu diskripsi aku tentang pakaian bundle ni senang je,beli yang cantik,yang aku muat,selain dari itu,aku tak kesah sangat,namun selepas era bundle baru ni masuk,aku dipernampakkan dengan sesuatu yang baru,melalui kenalan2 aku,yang masing2 mengikuti perkembangan era revolusi bundle baru ni,pada mereka,pakaian lusuh ni sesuatu yang sangat seni,mereka telah meletakkan pakaian lusuh ni ke satu tahap yang aku cakap,sangat2 bernilai untuk diperagakan.Mereka akan memilih setiap barang dengan standard yang tertentu,seperti:-
Untuk Baju:-
1-Kualiti kain,jenis kain,
100% cotton,dua kain(50-50,90-10, atau 2 gabungan no yang lain,)3 kain yang bermaksud 3 gabungan jenis kain.
2-Jenama
Samada jenama2 yang berunsur sukan seperti Adidas,Nike,Puma,North Face dan sebagainya,atau yang kasual seperti Burbery,Arnold Palmer,Toroy,Louis Vuitton,Clarks,Gucci dan banyak lagi yang sering menggunakan nama mereka untuk menjadi tunjang produk,yang sering di panggil oleh kaki bundle sebagai baju2 desingner, dengan jenama2 seperti Andy Warhol,Jean Micheal Basquait,Keith Haring,Bathing Ape,Versace yang sering berkerjasama dengan pengeluar2 t-shirt seperti Uniqlo,Hanes,Fruity Of The Loom,Old Navy dan macam2 lagila yang aku tak mampu nak perkatakan.
3-Design Baju
Baju Band,yang tertera nama2 band kesukaan ramai,atau baju mereka yang dijual semasa konsert jelajah mereka,atau baju harley davidson yang selalunya tertera gambar gah motor harley davidson itu sendiri,atau pakaian2 dengan gambar2@lukisan2 yang boleh dilabel sebagai"budak kecik pun boleh buat",atau tulisan2 yang membawa maksud sesuatu.
4-Umur,peristiwa,kesukaran untuk mencari.
Umur juga kadangkala menjadi peranan dalam pemilihan pakaian lusuh ni,semakin lama sesuatu barang itu,semakin berharga lah ia,atau sesuatu yang mempunyai peristiwa di sebaliknya,dan juga kesukaran untuk mendapatkannya,semakin susah nak dapat,juga semakin berharga.
Dan banyak lagi faktor dalam pemilihan baju bundle ni,tapi ini untuk si pengila baju2 bundle la,yang dibeli mungkin untuk di pakai ataupun hanya dibuat perhiasan di dinding bilik,atau untuk jualan balik dengan harga yang menarik.Tu baru baju,belum seluar@kasut.Dan kesan daripada itu,harga pakaian lusuh melambung tinggi dek kerana manusia2 yang gilakan nama,yang menjual nama2 yang sebelum ini langsung tak dikenali pun di dalam negara ni,harga sehelai pakaian lusuh yang dahulu hanya rm5 sehelai boleh menjadi rm100++ sehelai,betapa hebatnya perniagaan bundle ni,keuntungan melebihi 100%.Kadang2 harga pakaian lusuh ni melebihi dari harga pakaian2 yang di jual di butik2 ternama.Sedangkan si penjual membeli secara pukal,dalam guni lagi.
Namun,apa yang pasti,perniagaan bundle ni semakin hari semakin berkembang,dan aku yakin suatu hari nanti,perniagaan bundle ni menjadi antara sumber kewangan yang baik buat sesiapa yang meminatinya.Dan si Penjual Nama akan terus menjual nama2 mereka diatas kain itu.
Amirul
Hidupku,Dramaku,Panoramaku,Hanya Aku! Life Is A Puzzle,And My Puzzle Is Not Done Yet.
Khamis, 31 Disember 2009
Rabu, 23 Disember 2009
Jejak Kaki.
Tiba2,
Datang perasaan itu,
Yang memuncak,bagai nak rak,
Meronta2 minta diperkenankan,
Permintaan perasaan itu,
Namun,
Ku lihat ke poket,
aku..... "diam",
ku lihat kalendar......"tersenyum tawar"
ku lihat depan....."tulis"
aku perlukan "IA" untuk melunaskan permintaan hati aku,
yang tengah memberontak gila ni,
Dalam minda...
"kasut...seluar.....baju.......lusuh.....bundle......giant taman u........."
okay....
tunggu gaji ye...
Amirul.

Ahad, 20 Disember 2009
Rerama Malam.
Alkisah bermula pada tahun sekian2,di rumah usang itu,sepasang suami isteri adalah sedang eloknya bermadu asmara bersama2 mengecap keindahan dunia,dan selang beberapa bulan selepas itu dengan izin yang maha esa,maka lahirlah seorang putera yang suci lagi bersih,yang diberi nama siPolan.Suami isteri itu bersama2 membantu membanting tulang untuk membesarkan putera yang mereka kasihi itu,adapun dari hari ke hari,putera itu semakin membesar mengikut waktu.
Namun,kebahagian kedua suami isteri itu tidak lama,si suami lebih awal pergi menghadap yang maha kekal,meninggalkan si isteri dan puteranya dalam keadaan daif.Si isteri redha dengan pemergian yang tiada kepulangan sang suami yang dikasihinya itu,dan...perjuangan mesti di teruskan,demi kehidupannya juga anak yang dikasihinya,dengan bermodalkan kedaifan dan pendidikan yang tidak setinggi mana,si ibu itu mencari kerja,namun,nasib tidak menyebelahinya kerna tiada yang ingin mengambilnya bekerja.Dan akhirnya,si ibu nekad untuk bertandang ke lorong kecil itu,di malam hari,menjadi rerama.
Tahun demi tahun si ibu bergelumang di lorong kecil itu,demi memberi sesuap nasi untuknya dan anaknya,memberi ilmu yang berguna demi masa depan anaknya,sehinggalah anaknya itu berjaya ke puncak yang tinggi.Dan si anak tidak pernah ambil tahu akan pekerjaan ibunya.
Suatu hari,tika si ibu yang sudah di mamah usia itu,yang hanya menunggu panggilan terakhir itu,si anak,mendapat tahu rahsia di sebalik sesuap nasi yang pernah diberikan oleh ibunya sewaktu mereka di rumah usang itu,si anak,yang sudah mempunyai pangkat itu,yang mewah itu,mendapat tahu si ibu pernah ada di sebuah lorong kecil,yang kotor,menjadi rerama malam,yang mengindahkan malam,yang memberi kepuasan malam.Si anak yang kaya itu,malu dan jijik,mandapat tahu apa yang dilakukan oleh ibunya semasa mudanya.
Demi menjaga maruah diri,agar tidak diperlekehkan oleh teman2 dan saudara,di usir ibunya dari rumah besar itu,di hantar ibunya ke tempat di mana orang2 sebaya usia ibunya itu berada,yang mungkin tidak punya anak,ataupun senasib dengannya.Dan si ibu teruslah menginap di tempat itu bertahun lamanya,sunyi,sepi,sendiri,Si anak langsung tidak mejenguknya,hingga hujung nyawanya.
Si ibu,mati tanpa kasih sayang seorang anak,hanya diratapi oleh penguni2 rumah itu.
Si anak,tidak perlu ambil tahu,kerana apa yang pernah dilakukan ibunya itu dianggap jijik.
Dan berakhirlah kisah Rerama Malam.
-Sedih.
Pendapat Aku:-
-Si ibu berjaya menjadi ibu yang baik,namun tidak sebagai muslimah yang baik,namun...aku tidak tahu sejauh mana atau selama mana si ibu itu menjadi rerama malam,mudahan si ibu itu sudah insaf dan bertaubat dengan apa yang pernah dia lakukan.
-Si anak,dari segi kehidupan,kau berjaya,namun dari segi etika kemanusiaan dan perhubungan,maaf untuk aku katakan,kau gagal dan sangat gagal,dia ibumu,yang menjagamu dari kecil,dari kau memakai lampin,hingga kau memakai kot dan tali leher,perlukah kau buangnya samapai begitu?
*kisah ini di adaptasikan dari kisah seorang ibu yang terbuang.
*Al-Fatihah buat ibu2 di seluruh dunia samada yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke asalnya,terutama buat ibuku,Norziah Bte Yeop.

Selasa, 15 Disember 2009
Peh!
Assalamualaikum...
Ahad aku berjalan ke Melaka,tujuan nak ambil barang bulat@iwan kat Politeknik Kota Melaka,lepas daripada tu,dengan bermodalkan kaki yang gatal terasa nak berjalan dan teringatkan Jonker Walk yang aku dah sebut2 dalam 2-3 bulan ni,aku ambil keputusan untuk mencari dimana Jonker Walk,dan selepas hampir 1 jam setengah berjalan di tengah kota Melaka tu,dengan meredah kesesakan yang amat!,aku akhirnya ditemukan juga dengan destinasi yang aku kepingin sekali lawati,fuh!lega.............Aku ikut papan tanda "Tempat Letak Kereta Jonker Walk" bukan papan tanda "Jonker Walk".Haiz.
Pada aku,keaslian bangunan disitu memang buat aku pegun,hebat sungguh lorong kecil itu,dan peniaga2 yang agak ramah buat lelah aku selama berjalan menempuh kesesakan tu hilang.Sempat juga la aku beli sesuatu sebarang dua,buat hilangkan gian aku,hahaha.
Jonker Walk Abstrak!
Nah Gambar2 Tak Cantik!

Ahad, 6 Disember 2009
Labuh Tirai.
Ahad 06/12/2009
Lambat sungguh hari ini berlalu,
Sepertinya seminit aku rasa seperti sehari,
Menanti tibanya waktu itu,
Untuk aku labuhkan tirai siang,
Dan pulang,ke rumah.....
Berehat dan beriadah.
Namun,
Cepat sungguh tahun ini berlalu,
Hinggakan aku tidak sedar,
Bahawa Disember sudah menjelma,
Dan aku,
Rasakan seperti baru semalam aku meraikan,
tahun baru 2009,
Bersama keluargaku di pantai itu,
Kini,
Disember terus berlalu,
Dengan aku,
Berjalan di dalamnya,
Sendirian,menghitung detik,
Hari demi hari,
Aku lalui,sama.....
Berkerja,beriadah,bercanda,bergelak ketawa,berkawan,menangis,sedih,gembira,kecewa,
Seperti mulanya Januari,
Dan mungkin,
Aku akan terus begini,
Terus mengecapi hari yang indah ini,
Setiap hari,
Begini,
Atau mungkin,
Akan ada sesuatu yang pasti,
Berlaku pada aku,
Yang aku panggil,
Takdir.
Labuhkan tirai Disember,
Dengan sesuatu di hati,
Untuk aku bawa,
Ke Januari yang berikutnya.

Langgan:
Catatan (Atom)