Rabu, 16 Mei 2012

Malas.

Assalamualaikum...

Lama dah tak menulis,dan alasan paling jujur dan tepat aku pada kali ini adalah MALAS,semenjak dua ni aku sangat malas nak mengadap "laptop" aku ni apa lagi nak "update" blog aku yang sunyi ni.Dan mungkin juga masih lagi dalam mood menyesuaikan diri dengan kehidupan setelah bergelar suami,dengan kehidupan yang sedikit berbeza,persekitaran yang sedikit berbeza,tanggungjawab yang berbeza dan sebagainya lah berbeza.Ada orang kata aku nampak lebih kemas setelah mendirikan rumah tangga ni,mana yang kemas tu aku tak tanya pulak sebab aku rasa pemakaian aku sama jek dengan sebelum kahwin dulu,mungkin lebih kurus agaknya,padahal berat badan aku semakin meningkat,maklumla sebelum ni makan asal boleh jek,sekarang ni lain sebab ada si isteri yang tolong masak,dan aku la yang akan tolong habiskan makanan tu,hehehe...

Anugerah..
  Aku tak tahu macam mana nak luahkan perasaan ni,walaupun masih lagi baru,namun aku tidak boleh sembunyikan perasaan ni,dan macam biasa,di sinilah tempat yang paling sesuai untuk aku luahkan segala2nya,gembira,sedih,teruja dan macam2 lagila perasaan yang berlegar dalam hati aku ni,dan Alhamdulillah,tiada perancangan sebenarnya,namun anugerah yang paling besar bagi orang yang berkeluarga adalah menantikan kehadiran ahli keluarga baru,sekali lagi aku perlu bersiap sedia untuk menyambut kehadiran ahli baru tersebut,banyak juga yang perlu aku sediakan sebenarnya,dari pandangan sahabat handai,keluarga,pembacaan,aku rasa aku masih jauh lagi dari segi persediaannya,insyaAllah semoga segala2nya dipermudahkan Allah,tunggu..... :)

Chow Kit.
  Minggu lepas aku berkesempatan untuk menonton filem Chow Kit,pertama kali dalam hidup aku menonton bersama isteri tercinta,walaupun tidak berapa sihat akibat "pembawakan budak",namun si isteri tetap gagah untuk menemani aku menonton bersama,dan si isteri sangat baik hari tu,tak macam hari2 selalu,hehehe....
Aku tak nak cerita banyak mengenai filem Chow Kit ni,namun aku sarankan kalau filem ni ada lagi ditayangkan di panggung,silalah menonton kerana garapan yang berbeza dilakukan oleh dua pengarah yang aku rasa masih muda di dalam dunia perfileman ni,terdapat dua kisah di dalam filem ini dan pada aku,jalan ceritanya sangat kuat,walaupun hanya menggunakan prop yang terhad,namun setiap masa di dalam filem ini penuh dengan pengisian,dan para pelakonnya juga kebanyakannya pelakon2 baru aku rasa terutama pelakon kanak2 dalam filem ini,dikuatkan lagi dengan nama2 besar seperti Beto Kusairi,Dira Abu Zahar,Yasmin Hani dan Namron menjadikan filem ini cukup indah.Tahniah buat seluruh tenaga kerja yang terlibat secara lansung dan tidak lansung bagi menyiapkan filem ini,anda telah menghilangkan dahaga aku terhadap filem melayu yang berkualiti.

Selamat Hari Guru.
  Tanggal 16 Mei,adalah hari yang amat bermakna buat seluruh warga pendidik di seluruh pelusuk dunia,dan di kesempatan ini,aku ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik,terutama cikgu2,pensyarah2 yang pernah mengajar aku di Taski Al-Huda Taman Maju,Sekolah Rendah Pintas Puding,Sekolah Menengah Tun Ismail,Sekolah Menengah Munshi Sulaiman,dan juga di Universiti Teknologi Malaysia,juga kepada mereka2 yang menjadi guru aku secara tidak lansung dimana2 sahaja anda berada,dan yang paling utama kepada kedua ibu bapa aku yang tidak pernah mengenal penat lelah untuk membimbing aku sedari kecil aku sehingga kini,kamulah pendidik yang paling hebat pada aku,semoga segala keringat yang ditumpahkan demi mengajar aku dan juga semua manusia yang dahagakan ilmu di dunia ini mendapat balasan yang setimpal dari Tuhan,jangan pernah lelah untuk membimbing anak2 bangsamu.Jasamu tiada galang gantinya.

Kadang2 apa yang kita rancang tidak berlaku,kadang2 apa yang kita impikan tu tak tercapai,kadang2 sesuatu tu berlaku tanpa di duga,kadang2 bahagia itu hadir dengan sendirinya,itulah resam dunia,itulah takdir kita,itulah jodoh kita,tetapan buat kita dari Yang Maha Esa,sentiasalah pohon padanya,mudahan kita berjaya di dunia juga di akhirat,insyaAllah.

Buat isteriku,love u.

Semoga Tuhan Merestui Segala Cinta Di Dunia.

Amirul.

Jumaat, 20 April 2012

Alhamdulillah.

Assalamualaikum....

"Alhamdulillah" adalah ungkapan yang paling sesuai untuk aku gunakan kali ini,bersyukur aku kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya,perkenanNya,restuNya,segala yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan baik sekali.Dalam banyak hal aku telah dipermudahkan cara dan jalannya.Terima Kasih Tuhan.

Pada 7 April 2012 yang lalu,satu majlis kesyukuran di atas perkahwinan aku dan pasangan telah berlansung dengan jayanya di tempat aku,segala2nya berjalan dengan baik sekali sejak hari persiapan lagi,dan berterusan hingga ke majlis sebenar berlansung,segala yang diatur berjalan dengan baik atas bantuan banyak pihak termasuk keluarga2 terdekat juga jiran tetangga yang tidak kedekut peluh untuk membantu keluarga kami demi kelancaran majlis tersebut,tiada kata selain dari terima kasih buat semua yang turun padang membantu.Hanya tuhan yang mampu membalas setiap keringat kamu semua.

Malahan ada juga yang menyumbang dari segi kewangan,barang2 mentah,barang2 makan dan banyak lagi la,terima kasih aku ucapkan buat mereka semua,dengan adanya sumbangan2 kamu semua dapatlah mengurangkan sedikit beban yang ditampung,semoga Tuhan sama2 memberkati kita semua dan aku doakan semoga semua dimurahkan rezki hendaknya.Tiada apa yang mampu aku balas,sekali lagi terima kash buat semua.

Alhamdulillah,majlis kesyukuran itu berlansung dengan meriah sekali,dengan kehadiran sanak saudara semuanya,boleh dikatakan satu pengumpulan keluarga yang besar pernah aku saksikan.Kehadiran keluarga dari Perak,Kuala Lumpur,Singapore,dan sekitar Johor sendiri membuatkan suasana majlis begitu gamat,mahunya kena pakai 2 khemah atau lebih bagi memuatkan mereka sahaja,terima kasih kalian,kehadiran kamu semua amatlah aku hargai.

Tidak lupa juga buat sahabat handai yang hadir,terima kasih daun keladi,andai ada masa dan jodoh kitakan berjumpa lagi.Sedari mula majlis pada jam 11 pagi,jemputan tidak putus2 hadir ke majlis kami,sampaikan skuad rewang tidak menang tangan dibuatnya,namun keadaan masih lagi dalam keadaan terkawal,aku juga sedari pagi hingga jam 12 sibuk melayan tetamu sebelum terpaksa bersiap,ramai jugak yang tegur pengantin kenapa tak siap lagi,pada aku,kelancaran majlis paling penting,"orang lelaki bersiap bukan lama mana pun kan?hehehe...."

Izinkan aku lampirkan sedikit sebanyak kronologi majlis pada hari tersebut....

2.30pm- Aku dan pasangan ber-arak di iringi skuad kompang Kampung Parit Hassan Jegol,skuad kompang ini telah mendapat tempat kedua(kalau tak silap aku la) dalam pertandingan kompang.Kami juga di iringi  oleh 3 orang kanak2 yang memakai topeng lagak bujang ganong dalam permainan reog ponorogo,nasib baik dorang tak bawak singa barong sekali,mau lari jemputan,hehehe.Kemudian aku dan pasangan di arah duduk bagi menyaksikan persembahan silat pulut atau lebih dikenali sebagai silat pengantin,bermula dengan adik aku no 4,taufik,kemudian adik aku no 3,iwan@bulat mempersembahkan silatnya,juga pakcik@fotografer aku dari Singapore dengan silat bangau putihnya,dan kemudian ditutup oleh pakcik aku dari Johor.Kesian kat adik no 2 aku yang kononnya nak buat persembahan jugak tapi telah dipotong "line" oleh pakcik aku tadi.Kami kemudian di bawa ke pelamin untuk duduk kejap bagi sesi fotografi,dan kemudian majlis makan beradab berlansung dengan hidangan yang enak2,memang enak la sampai rasa nak tambah jek,tapi kena cover la kan,pengantin tak boleh makan banyak2 katanya,tapi dalam diam2 banyak jugak aku bedal,hehehe...Dan sesi fotografi bersama keluarga dan sahabat handai pun bermula,jenuh juga la melayan,tu orang cakap kahwin ni penat,penat bergambar rupanya,selesai sesi bergambar,sesi bebas pun bermula,aku kembali ke khemah jemputan untuk melayan tetamu yang hadir,nasib baik dah tak ramai jemputan masa tu.Majlis berakhir lebih kurang pukul 5 yang disambut oleh hujan yang lebat.Alhamdulillah.

Habis sahaja majlis,sanak keluarga aku bertungkus lumus lagi,kali ini bagi sesi pembersihan pula,semua pakat berkerjasama,sambil bergurau senda bagi menghilangkan penat.Sampai ke tengah malam jugak la kami semua mengemas,tu pun banyak lagi tak selesai,biasala,sisa2 tu pengantin la kena buat,nasib baik la kuali2 dan periuk2 besar2 dah settle,tinggal yang biasa2 jek,kalau tak jenuh aku nak menggosok,hehehe.Terima Kasih semua!

Buat ayahanda dan bonda,jutaan terima kasih aku ucapkan,tanpa kamu aku rasa aku tak mampu nak harungi semua ni,dengan kesungguhan dan semangat dari kamu,kita berjaya harungi semuanya,terima kasih kerana bertungkus lumus demi majlis aku ni,majlis kita,juga melayan kerenah dan kehendak aku yang gila ni.Semoga dengan restu kamu berdua,kita semua akan terus kecapi bahagia,membina keluarga yang hebat dan diredhai Allah hendaknya.Buat adik2 aku,terima kasih atas kudrat yang telah kamu semua sumbangkan,hanya kamu yang aku harapkan,semoga tuhan membalas setiap apa yang telah kamu semua usahakan.

Buat keluarga mentua,terima kasih daun keladi kerana sudi menghadirkan diri ke majlis kami,harapan agar apa yang kami sediakan mencukupi dan andai ada silap di sana sini,ampun dan maaf kami pohoni.Semoga kita semua dalam keberkatan Allah.

Buat si isteri,I Love U.

Akhir kata,Terima Kasih!

Amirul.

Isnin, 12 Mac 2012

Alhamdulillah.

Assalamualaikum....

Bismillah..terlebih dahulu ingin sekali aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah  kurniaNya,dengan berkatNya,kini aku bergelar seorang suami kepada pasangan aku Nasrina Binti Mohd Shakir secara rasminya pada 9 Mac 2012 yang lalu,dan sekali lagi aku panjatkan kesyukuran ke hadratNya atas kebesaranNya majlis pernikahan dan majlis kesyukuran kami di pihak perempuan berjalan dengan jayanya.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz bercampur sebak di dada,aku telah di ijab kabulkan oleh ayahanda mertua aku sendiri,yang telah disaksikan oleh keluarga2 terdekat kami,segalanya berjalan dengan lancar dan mudah,setiap lafaz taklik dan penerimaan aku baca dengan sebak yang dalam.Dan memandang wajah insan yang bergelar isteri buat kali pertama buat air mata aku hampir2 menyembah bumi,namun aku tahankan ia dalam2.Sentuhan pertama,ciuman pertama dari sang isteri yang malu2(begitu juga aku) buat degup jantung bergetar laju bak irama dangdut.Aku kini bergelar seorang suami.

Ingin sekali aku ucapkan terima kasih kepada keluarga kedua belah pihak kerana menghadiri majlis pernikahan aku tempoh hari,dari jauh mereka datang,dengan senyum aku tatang,yang dari johor,yang dari singapore,yang dari kedah dan seluruh pelusuk negara,datang semata2 melihat aku di ijab kabulkan,terima kasih semua.Kehadiran kalian sangat bermakna buat aku.

Sekali lagi terima kasih,dan kali ini buat mereka2 yang hadir pada majlis kenduri kesyukuran atau lebih tepat sekali majlis jemputan perkahwinan kami di pihak perempuan yang berlangsung di Dewan Serbaguna bersebelahan dengan penjara Penang,terutama buat saudara mara,sahabat handai dan rakan taulan yang sudi menjengah ke majlis kami,terima kasih aku ucapkan.Semoga dengan kehadiran dan doa anda semua menambahkan keserian dan keberkatan rumah tangga yang kami bina insyaAllah.

Dan yang paling utama,aku ingin mengucapkan terima kasih buat ayahanda dan bonda,juga ayahanda dan bonda mertua aku yang berkerja keras selama beberapa hari majlis kami berlangsung,tiada kata yang dapat aku ucapkan bagi mengenang jasa besar kamu semua,hanya ucapan terima kasih dan doa semoga kita sama2 diberkati Allah dan hidup dengan bahagia sehingga ke akhir hayat kita,InsyaAllah.

Buat isteriku,Nasrina Binti Mohd Shakir,terima kasih kerana sudi menerima diri yang serba kekurangan ini sebagai suamimu,terima kasih kerana memberi peluang untuk aku mencurahkan segala kasih,sayang dan cinta di dalam hati ini untukmu,ya..hanya untukmu,dan terima kasih kerana membalas cintaku.Aku mungkin bukan yang terbaik namun aku akan buat yang terbaik untuk jadi yang terbaik,hanya untukmu.Harapan aku,semoga kita sentiasa bahagia dan berada di dalam keredhaan dan keberkatan Allah hendaknya,sama2 lah kita menjalani hari2 mendatang ini dengan suka,dengan duka,dengan tangis,dengan tawa,bersama2.Bantulah aku,bantulah aku untuk menjadi suami dan pemimpin keluarga kita,bantulah aku memperbaiki setiap kepincanganku,bantulah aku di dalam membina rumah tangga kita.Ikhas dari hati ini,Aku Sayang Kamu,Aku Cinta Kamu,Isteriku.

Semoga Tuhan Merahmati Segala Cinta Di Dunia.

Amirul.

Rabu, 22 Februari 2012

22022012

Assalamualaikum,

Apa khabar kalian?aku harap kalian sihat2 selalu dan diberkati Allah hendaknya.

22 Feb 2012,genap 2 tahun aku mengembara di utara Malaysia ni,demi mencari rezeki tuhan yang melimpah ruah,demi mencari diri ini yang sebenar2nya,Alhamdulillah,tuhan berikan aku peluang untuk aku perbetulkan setiap kesilapan dan kesalahan aku yang lampau,yang andai dikira sejak dari lahirnya aku kebumi ini,keseluruhan usia aku sia2kan,kesal bila terkenang apa yang telah dilalui sebelum ini,namun tuhan Maha Pengampun,Maha Penyayang,Maha Pemurah.

Dalam masa 2 tahun ni jugak,pelbagai perkara aku tempuhi,suka,duka,tangis,tawa semua lengkap mengisi setiap detik waktu yang aku tempuhi,dugaan,cabaran,kekalahan,kemenangan telah aku harungi,kadang2 kudrat ini,hati ini,akal ini seperti tidak mampu untuk mengharungi semuanya,namun dengan izin dan berkat tuhan,aku tempuhi dengan tabah,sabar,walaupun kadangkala kesabaran tu tercabar dengan amat hebat sekali,aku tetap akan harungi,setiap dugaan aku anggapkan cabaran pada aku untuk terus berusaha.

Anak kecil.
Kalau 2 tahun dulu,anak kecil itu masih lagi tidak mengerti apa2,masih tidak pandai berkata2,namun hari ini,ligatnya dia,pintarnya dia,petah perkataannya,walaupun kadang2 aku sendiri tidak faham ape yang diomonginya,namun celotehnya membawa kesenangan dalam hati aku,telatahnya sentiasa buat aku tersenyum,sayang sudah besar,dan akan terus membesar,sayang akan menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba,aku berdoa kepada tuhan agar dipelihara anak kecil itu dari kejahatan dan kesesatan,lindungilah dia tuhan,lindungilah dia dari anasir2 yang tidak baik,sayang..aku harap dan berdoa agar kau sentiasa tabah menghadapi hidup ini,aku di sini akan sentiasa rindukan kamu.

Kerja.
Alhamdulillah,rezeki tidak putus2 datang kepada aku,suasana kerja aku tetap sama seperti 2 tahun yang lepas,namun banyak juga yang aku pelajari,fahami.Tapi setiap 1 perkara yang aku belajar,pasti ada ruang kosong yang tinggal,ilmu tidak akan pernah habisnya,sungguh besar nikmat tuhan,aku belajar dari sehari ke sehari,namun masih tidak akan penuh dada ini dengan ilmu,masih banyak lagi ilmu yang aku tidak tahu,naik untuk bekalan duniawi,juga bekalan aku untuk mememuiNya.Ya Allah,sungguh besar nikmatMu,sungguh luas Ilmumu,aku hanya hambamu yang hina,ampunkan aku Ya Allah.

Hidup.
Alhamdulillah,sekali lagi dengan izin tuhan yang Maha Kuasa,aku bakal menginjak ke alam baru,alam yang tidak sama sekali dengan apa yang aku lalui hari ini dan sebelumnya,alam dimana aku akan memikul tanggungjawab yang baru,tanggungjawab yang lebih besar.InsyaAllah aku akan melangsungkan perkahwinan dengan pasanganku tidak lama lagi,jika sebelum ini aku sendirian,selepas ini aku akan berduaan,dan kemudian andai ada rezeki dari tuhan,aku akan ada sebuah keluarga sendiri,yang akan dipertanggungjawabkan ke atas aku,yang akan aku bentuk,yang akan aku bina dengan kudratku.Ya Allah,bimbinglah aku,berilah kekuatan kepada hambaMu ini untuk menjadi ketua keluarga yang baik mengikut jalanMu,belandaskan agamaMu Ya Allah.

Keluarga.
Abah,mak,lepas ni abang akan ada keluarga sendiri,namun jangan kuathir atau risau akan kedudukan kamu,aku akan sentiasa dekat dengan kamu,walaupun zahirnya kita jauh,namun hati kita akan tetap dekat,aku tidak akan lupa segala jasa dan pengorbanan kalian,doaku atas kesejahteraan dan kebahagiaan kalian akan sentiasa bermain di bibir ini,bibir yang kamu suakan minuman,bibir yang kamu jamahkan makanan,kamu akan tetap di hati ini,yang telah kamu pelihara sejak lahirnya aku ke dunia ini,Cinta kasihku tidak akan pernah pudar untuk kalian.Ya Allah,peliharalah kedua hambaMu itu dari sebarang kecelakaan,berilah kebahagian kepada mereka,kesihatan yang baik kepada mereka,rezeki yang melimpah ruah kepada mereka.

Tulang Rusuk.
Wahai tulang rusukku,ini untuk kamu,terima kasih kerana sudi menerima aku menjadi temanmu,terima kasih kerana sudi menjadi pelengkapku,suri hidupku.Harapan aku,terimalah aku seadanya aku,cintailah aku,sayangilah aku,kasihilah aku.Aku mungkin bukan yang terbaik buatmu,namun aku akan cuba sedaya upayaku untuk menjadi yang terbaik untuk kamu,untuk keluarga yang kita akan bina,InsyaAllah.Tuhanku,Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Kau lembutkanlah hati kami,Kau peliharalah kami,Kau lindungilah kami,Kau berikanlah kasih sayangmu terhadap kami,Kau pupuklah perasaan cinta,kasih dan sayang dalam hati kami untuk pasangan kami,berilah kami kekuatan untuk menempuh segala dugaan dan cabaran yang bakal kami tempuhi,hanya padaMu kami berserah,hanya padaMu kami memohon.

Akhir kata.
Dengan lafaz Alhamdulillah,aku memanjatkan syukur kehadratMu Ya Allah,atas kurnia yang telah kau berikan pada aku selama ini.Tetapkanlah hatiku,tetapkanlah imanku agar aku tidak leka untuk sujud kepadaMu.Amin.

Semoga Tuhan Merahmati Segala Cinta Di Dunia.

Amirul.