Assalamualaikum....
Bismillah..terlebih dahulu ingin sekali aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurniaNya,dengan berkatNya,kini aku bergelar seorang suami kepada pasangan aku Nasrina Binti Mohd Shakir secara rasminya pada 9 Mac 2012 yang lalu,dan sekali lagi aku panjatkan kesyukuran ke hadratNya atas kebesaranNya majlis pernikahan dan majlis kesyukuran kami di pihak perempuan berjalan dengan jayanya.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz bercampur sebak di dada,aku telah di ijab kabulkan oleh ayahanda mertua aku sendiri,yang telah disaksikan oleh keluarga2 terdekat kami,segalanya berjalan dengan lancar dan mudah,setiap lafaz taklik dan penerimaan aku baca dengan sebak yang dalam.Dan memandang wajah insan yang bergelar isteri buat kali pertama buat air mata aku hampir2 menyembah bumi,namun aku tahankan ia dalam2.Sentuhan pertama,ciuman pertama dari sang isteri yang malu2(begitu juga aku) buat degup jantung bergetar laju bak irama dangdut.Aku kini bergelar seorang suami.
Ingin sekali aku ucapkan terima kasih kepada keluarga kedua belah pihak kerana menghadiri majlis pernikahan aku tempoh hari,dari jauh mereka datang,dengan senyum aku tatang,yang dari johor,yang dari singapore,yang dari kedah dan seluruh pelusuk negara,datang semata2 melihat aku di ijab kabulkan,terima kasih semua.Kehadiran kalian sangat bermakna buat aku.
Sekali lagi terima kasih,dan kali ini buat mereka2 yang hadir pada majlis kenduri kesyukuran atau lebih tepat sekali majlis jemputan perkahwinan kami di pihak perempuan yang berlangsung di Dewan Serbaguna bersebelahan dengan penjara Penang,terutama buat saudara mara,sahabat handai dan rakan taulan yang sudi menjengah ke majlis kami,terima kasih aku ucapkan.Semoga dengan kehadiran dan doa anda semua menambahkan keserian dan keberkatan rumah tangga yang kami bina insyaAllah.
Dan yang paling utama,aku ingin mengucapkan terima kasih buat ayahanda dan bonda,juga ayahanda dan bonda mertua aku yang berkerja keras selama beberapa hari majlis kami berlangsung,tiada kata yang dapat aku ucapkan bagi mengenang jasa besar kamu semua,hanya ucapan terima kasih dan doa semoga kita sama2 diberkati Allah dan hidup dengan bahagia sehingga ke akhir hayat kita,InsyaAllah.
Buat isteriku,Nasrina Binti Mohd Shakir,terima kasih kerana sudi menerima diri yang serba kekurangan ini sebagai suamimu,terima kasih kerana memberi peluang untuk aku mencurahkan segala kasih,sayang dan cinta di dalam hati ini untukmu,ya..hanya untukmu,dan terima kasih kerana membalas cintaku.Aku mungkin bukan yang terbaik namun aku akan buat yang terbaik untuk jadi yang terbaik,hanya untukmu.Harapan aku,semoga kita sentiasa bahagia dan berada di dalam keredhaan dan keberkatan Allah hendaknya,sama2 lah kita menjalani hari2 mendatang ini dengan suka,dengan duka,dengan tangis,dengan tawa,bersama2.Bantulah aku,bantulah aku untuk menjadi suami dan pemimpin keluarga kita,bantulah aku memperbaiki setiap kepincanganku,bantulah aku di dalam membina rumah tangga kita.Ikhas dari hati ini,Aku Sayang Kamu,Aku Cinta Kamu,Isteriku.
Semoga Tuhan Merahmati Segala Cinta Di Dunia.
Amirul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan