Assalamualaikum...
Lama dah tak menulis,dan alasan paling jujur dan tepat aku pada kali ini adalah MALAS,semenjak dua ni aku sangat malas nak mengadap "laptop" aku ni apa lagi nak "update" blog aku yang sunyi ni.Dan mungkin juga masih lagi dalam mood menyesuaikan diri dengan kehidupan setelah bergelar suami,dengan kehidupan yang sedikit berbeza,persekitaran yang sedikit berbeza,tanggungjawab yang berbeza dan sebagainya lah berbeza.Ada orang kata aku nampak lebih kemas setelah mendirikan rumah tangga ni,mana yang kemas tu aku tak tanya pulak sebab aku rasa pemakaian aku sama jek dengan sebelum kahwin dulu,mungkin lebih kurus agaknya,padahal berat badan aku semakin meningkat,maklumla sebelum ni makan asal boleh jek,sekarang ni lain sebab ada si isteri yang tolong masak,dan aku la yang akan tolong habiskan makanan tu,hehehe...
Anugerah..
Aku tak tahu macam mana nak luahkan perasaan ni,walaupun masih lagi baru,namun aku tidak boleh sembunyikan perasaan ni,dan macam biasa,di sinilah tempat yang paling sesuai untuk aku luahkan segala2nya,gembira,sedih,teruja dan macam2 lagila perasaan yang berlegar dalam hati aku ni,dan Alhamdulillah,tiada perancangan sebenarnya,namun anugerah yang paling besar bagi orang yang berkeluarga adalah menantikan kehadiran ahli keluarga baru,sekali lagi aku perlu bersiap sedia untuk menyambut kehadiran ahli baru tersebut,banyak juga yang perlu aku sediakan sebenarnya,dari pandangan sahabat handai,keluarga,pembacaan,aku rasa aku masih jauh lagi dari segi persediaannya,insyaAllah semoga segala2nya dipermudahkan Allah,tunggu..... :)
Chow Kit.
Minggu lepas aku berkesempatan untuk menonton filem Chow Kit,pertama kali dalam hidup aku menonton bersama isteri tercinta,walaupun tidak berapa sihat akibat "pembawakan budak",namun si isteri tetap gagah untuk menemani aku menonton bersama,dan si isteri sangat baik hari tu,tak macam hari2 selalu,hehehe....
Aku tak nak cerita banyak mengenai filem Chow Kit ni,namun aku sarankan kalau filem ni ada lagi ditayangkan di panggung,silalah menonton kerana garapan yang berbeza dilakukan oleh dua pengarah yang aku rasa masih muda di dalam dunia perfileman ni,terdapat dua kisah di dalam filem ini dan pada aku,jalan ceritanya sangat kuat,walaupun hanya menggunakan prop yang terhad,namun setiap masa di dalam filem ini penuh dengan pengisian,dan para pelakonnya juga kebanyakannya pelakon2 baru aku rasa terutama pelakon kanak2 dalam filem ini,dikuatkan lagi dengan nama2 besar seperti Beto Kusairi,Dira Abu Zahar,Yasmin Hani dan Namron menjadikan filem ini cukup indah.Tahniah buat seluruh tenaga kerja yang terlibat secara lansung dan tidak lansung bagi menyiapkan filem ini,anda telah menghilangkan dahaga aku terhadap filem melayu yang berkualiti.
Selamat Hari Guru.
Tanggal 16 Mei,adalah hari yang amat bermakna buat seluruh warga pendidik di seluruh pelusuk dunia,dan di kesempatan ini,aku ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik,terutama cikgu2,pensyarah2 yang pernah mengajar aku di Taski Al-Huda Taman Maju,Sekolah Rendah Pintas Puding,Sekolah Menengah Tun Ismail,Sekolah Menengah Munshi Sulaiman,dan juga di Universiti Teknologi Malaysia,juga kepada mereka2 yang menjadi guru aku secara tidak lansung dimana2 sahaja anda berada,dan yang paling utama kepada kedua ibu bapa aku yang tidak pernah mengenal penat lelah untuk membimbing aku sedari kecil aku sehingga kini,kamulah pendidik yang paling hebat pada aku,semoga segala keringat yang ditumpahkan demi mengajar aku dan juga semua manusia yang dahagakan ilmu di dunia ini mendapat balasan yang setimpal dari Tuhan,jangan pernah lelah untuk membimbing anak2 bangsamu.Jasamu tiada galang gantinya.
Kadang2 apa yang kita rancang tidak berlaku,kadang2 apa yang kita impikan tu tak tercapai,kadang2 sesuatu tu berlaku tanpa di duga,kadang2 bahagia itu hadir dengan sendirinya,itulah resam dunia,itulah takdir kita,itulah jodoh kita,tetapan buat kita dari Yang Maha Esa,sentiasalah pohon padanya,mudahan kita berjaya di dunia juga di akhirat,insyaAllah.
Buat isteriku,love u.
Semoga Tuhan Merestui Segala Cinta Di Dunia.
Amirul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan