Selasa, 22 November 2011

Komen Dari Mama.


Speechless...

Amirul.

Selasa, 8 November 2011

Nama Aku Khan,Dan Aku Bukan Pengganas.

Assalamualaikum.

Okay,terus terang aku cakap,aku baru lepas tgok filem hidustan,My Name Is Khan(MNIK).Filem ni dibintangi oleh pelakon hebat Shah Rukh Khan dan Kajol.Aku sebenarnya dah lama tertarik nak tengok cerita ni,sejak keluar iklan filem ni kat tv lagi,tapi baru tadi aku berkesempatan untuk menonton.Tajuk filem ni sangat2 menarik perhatian aku,dan buat aku rasa nak tengok filem ni.

Perlu ke aku beritahu sedikit sinopsis cerita ni?aku rasa tak perlu kot,kalau korang nak tahu,korang tontonlah sendiri ye.

Okay,aku sebenarnya tak tahu nak gambarkan bagaimana hebatnya cerita ni,yang boleh aku cakap,cerita ni memang hebat,dari para pelakon,ke jalan cerita,ke teknik layaran mereka,semuanya hebat.Kelainan yang ditonjolkan,sangat berbeza sebenarnya filem ni dengan filem2 hindustan yang lain.Ya secara "basic"nya masih tetap berlandaskan cerita cinta agung mereka,namun pembawakan watak dan jalan cerita dalam filem MNIK ni amat menarik.

Isu yang diketengahkan juga menyentuh pemikiran aku,isu mengenai penindasan yang dilakukan oleh sekelompok manusia yang menganggap Islam itu adalah agama yang ganas.Isu yang terjadi selepas tragedi 9/11 yang telah meninggalkan kesan yang besar dalam norma kehidupan seorang Muslim dan Non-Muslim.Isu ini diketengahkan dengan baik sekali dalam plot2 filem MNIK ni.

Dan sebenarnya banyak pengajaran dan iktibar yang boleh di ambil dari filem ini,dari aspek kerohanian,kekeluargaan dan juga hubungan sesama manusia itu sendiri.Dengan menjadikan hubungan cinta dan kasih sayang sebagai tunjak cerita,dan isu perkauman atau lebih tepat sekali isu berlainan agama menjadikan filem ini adalah salah satu filem terbaik yang aku pernah tonton.Isu2 kasih sayang seorang ibu kepada anak,kisah cinta lelaki dan perempuan,hubungan kasih dalam kekeluargaan,kisah pengorbanan seorang individu terhadap orang yang mereka cinta,dendam yang membara di hati mereka2 yang teraniaya,dan juga hubungan sesama manusia diadun dengan begitu baik sekali.Terus terang Shah Rukh Khan membawa watak beliau dengan baik sekali.

Seperti yang aku telah katakan tadi,aku tak ada kata2 yang baik untuk menggambarkan kehebatan filem ni,jadi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut jalan cerita filem MNIK ni,korang tontonlah sendiri.Dan nasihat aku pada mereka yang hatinya terlalu lembut,sediakan tisu dengan secukupnya. :)

Selamat Menonton!


Amirul.

Ahad, 6 November 2011

Korban.

Assalamualaikum...

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar....

Salam aidil adha buat semua pengunjung blog ni,terlebih dahulu marilah kita memanjat kesyukuran di atas segala rahmat dan kerhedaan Allah Taala,dengan kehendakNya,kita sekali lagi ditemukan dengan hari besar buat seluruh umat Islam,Hari Raya Aidiladha,dimana di dalamnya terdapat pelbagai peristiwa2 besar.Antaranya peristiwa dimana Nabi Ibrahim diperintahkan untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail,tak perlulah aku kisahkan lebih lanjut mengenai peristiwa tersebut kerana aku yakin bahawa kita semua sudah sedia tahu akan peristiwa tersebut.10 Zulhijjah,Pada hari ini jugalah pada pertama kalinya dalam sejarah Islam di mana ibadah korban dan berkhatan diperkenalkan.Dan peristiwa terbesar sekali adalah mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah di mana ia merupakan rukun islam yang kelima disyariatkan.Banyak lagi sebenarnya peristiwa2 yang berlaku pada tanggal 10 Zulhijjah ni,terutama pada bulan Zulhijjah itu sendiri,terdapat banyak kebaikan di dalamnya lagi2 pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.Semoga kita akan dipertemukan lagi dengan bulan Zulhijjah pada tahun hadapan.

Pertama Kali.
10 Zulhijjah kali ini juga merupakan antara lipatan sejarah dalam hidup aku di mana kali ini aku merayakan Hari Raya Aidiladha jauh dari keluarga,buat pertama kali dalam hidup aku,beraya tanpa keluarga di sisi,tanpa merasakan masakan mama yang enak,tak perlu menyuruh adik aku menggosokkan baju melayu aku,dan juga melakukan solat sunat aidiladha buat pertama kali di Penang.Kenapa?jangan ditanya kerana mungkin ini kehendak Allah Taala,Dialah yang Maha Perancang dan Maha Penentu.

Khutbah.
Seperti biasa,di pagi hari raya muslimin dan muslimat di sunatkan untuk melakukan solat sunat aidiladha 2 rakaat dan disertakan dengan khutbah,aku juga tidak kelihatan untuk melakukan solat sunat di masjid yang berhampiran dengan rumah inap aku,kesayuan terasa bila mana aku terdengar laungan takbir hari raya ketika melangkah keluar dari rumah,ingatan aku terus terpaku ke kampung halaman,terkenangkan keluarga yang jauh di selatan.Semoga kita semua dalam rahmat dan kerhedaan Allah.

Seperti biasa khutbah hari raya akan menerangkan tentang kelebihan ibadah haji dan korban,menceritakan peristiwa2 yang berlaku,namun yang menarik minat aku,khatib telah menekankan beberapa aspek kehidupan,lebih tepat lagi isu2 semasa yang berlaku pada zaman ini,antara aspek yang sangat di tekankan adalah :

1.Hutang dalam kehidupan.
Disini khatib menerangkan tentang keburukan sikap generasi sekarang yang gemar berhutang seperti contoh hutang pinjaman kereta,hutang pinjaman rumah,hutang kad kredit,hutang pinjaman peribadi dan sebagainya.Dan khatib menekankan bahawa Islam amat tidak menggalakkan umatnya berhutang,Antara sabda2 yang dibacakan oleh khatib berkenaan dengan isu ini.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari.” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)(Sumber : http://www.islamituindah.my/hidup-tenang-tanpa-bebanan-hutang)

2.Peranan bapa dalam institusi kekeluargaan.
Di sini khatib ada menyebutkan sabda Rasulullah SAW,

Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)(Sumber :http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/546-siapa-lelaki-dayus-menurut-islam-.html)

Khatib menyebut lagi bahawa generasi hari ini lebih cenderung kepada hal2 duniawi semata,hinggakan dalam cara mendidik anak itu sendiri,hal2 ketuhanan dan didikan agama diambil ringan sahaja.Sama2lah kita hayatinya.


3.Seksualiti Merdeka.
Pernahkah anda mendengar Program Seksualiti Merdeka?jika ya,tahniah,anda seorang yang prihatin dengan hal ehwal semasa.Anda tahu apa isi kandungan program tersebut?jika ya,tahniah sekali lagi.Anda menyokong?Anda membantah?Jika anda membantah,tahniah,anda masih waras,tapi jika sebaliknya,maaf,aku rasa anda gila dan sudah terpesong akidah.Intipati program ini lebih epada kebebasan dalam pergaulan,termasuk mereka2 yang sejenis.Gila tak?Isu ini juga ditekankan oleh khatib sebentar tadi,sama2lah kita renung dan ambil iktibar.

Dan ada lagi isu2 yang betekankan seperti gejala2 sosial yang cenderung dilakukan oleh remaja dan sebagainya.

Begitulah perjalanan hari aku untuk hari raya kali ini,aku harap dan berdoa agar suatu hari nanti,aku berpeluang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah sepertimana mereka2 yang sedang mengerjakan haji pada waktu ini,sama2lah kita berusaha untuk kesana,InsyaAllah.Dan semoga mereka yang sedang mengerjakan haji diberikan kesihatan yang baik dan dapat mengerjakan haji dengan jayanya,dan pulang ke tanah air dengan selamat.Amin.










Amirul.

Rabu, 2 November 2011

Amri Dan Peniaga.

Di hujung sebuah kampung,terdapat seorang pemuda yang hidup seorang diri,tanpa ayah dan ibu yang telah lama meninggalkan dunia.Amri dikenali oleh orang kampungnya sebagai seorang yang alim dan taat kepada agama.Setiap waktu jaganya di isi dengan solat,berpuasa dan berzikir dan menabur pujian kepada kebesaran Allah.Amri gembira dengan apa yang beliau lakukan seharian,dengan mendekatkan diri dengan Maha Pencipta,langsung tiada pemikiran jahat di ruang mindanya,jauh dari sifat2 godaan yang mengarahnya ke arah melakukan maksiat terhadap Allah Taala.

Di suatu malam,Amri terjaga dari tidurnya,beliau terjaga akibat dari sebuah mimpi.Di dalam mimpi tersebut,beliau diarah oleh suatu suara mengarahkan beliau berjumpa dengan seorang peniaga di bandar berdekatan kampungnya,suara itu mengarahkan beliau untuk mempelajari sesuatu daripada peniaga tersebut.Amri termangu seketika,beliau memikirkan maksud mimpi tersebut,adakah beliau masih belum cukup amalannya terhadap tuhannya?Persoalan itu terus mengganggu fikirannya.

Dan keesokan harinya Amri nekad untuk berjumpa dengan peniaga tersebut,dengan segera Amri melangkah keluar dari rumahnya menuju ke bandar bagi mencari peniaga tersebut.Selepas yakin beliau berjumpa dengan peniaga yang dimaksudkan,Amri berdiri di satu sudut kedai peniaga tersebut dan memerhatikan peniaga tersebut.Amri melihat peniaga tersebut sibuk dengan pelanggannya yang ramai,menjalankan urusniaga yang biasa dilakukan oleh peniaga2 yang lain.Dan seketika peniaga tersebut berhenti seketika untuk melakukan solat,dan selepas itu menyambung lagi tugasnya menjual barang2 niaganya.Amri terusan berfikir,apakah lebihnya si peniaga itu dengan dirinya?Amri pulang dengan hampa.Beliau menganggap mimpinya itu hanyalah tidak lebih dari mainan tidur sahaja.

Malam itu Amri bermimpi perkara yang sama,suara itu sekali lagi mengarahnya untuk mempelajari sesuatu dari peniaga tersebut.Amri pergi lagi memerhatikan peniaga itu keesokan harinya,namun apa yang diperhatikannya adalah situasi yang sama seperti hari sebelumnya,Amri pulang lagi dengan hampa.Namun Amri bertekad untuk pergi sekali lagi buat kali yang ketiga keesokannya,kali ini Amri keluar awal pagi,selepas selesai solat Subuh,Amri terus ke kedai peniaga tersebut.Si peniaga baru sahaja membuka kedainya,melayan beberapa pelanggan dan beliau perasan akan kehadiran Amri.Si peniaga itu mendekati Amri.

Peniaga : Assalamualaikum anak muda,ada apa2 yang anak muda perlukan?
Amri : Waalaikumusalam,oh tidak,saya tidak mahu apa2.
Peniaga : Jadi,apa yang anak muda mahukan?Aku lihat dah 3 hari anak muda datang ke kedai aku ini.
Amri : Oh,itu..erm,sebenarnya ada sesuatu yang saya ingin tanyakan kepada tuan.(Amri terus menceritakan tentang mimpinya)
Peniaga : Begitu rupanya,senang saja anak muda,tapi sebelum aku beritahu jawapannya,anak muda perlu melakukan sesuatu untuk aku.
Amri : Apa sahaja tuan,saya bersedia asalkan saya mendapat jawapan mimpi saya.
Peniaga : Begini,kamu ambil mangkuk yang berisi air ini,aku mahu kamu bawa manngkuk ini ke hujung jalan ini dengan pantas,dan kembali semula ke sini dalam masa 15 minit.Tapi ingat,jika air dalam mangkuk ini berkurang walaupun sedikit,aku tidak akan memberitahu jawapanya.

Amri terus sahaja berlari dengan membawa mangkuk berisi air itu seperti yang diarahkan oleh si peniaga tersebut.Akibat dari lariannya,air di dalam mangkuk itu hampir sahaja tumpah,Amri memperlahankan lariannya dan berhati2 terhadap mangkuk yang dibawanya itu.Amri tidak mahu perjumpaan dengan si peniaga itu berakhir dengan sia2.Menyedari masa sudah singkat,Amri berjalan dengan laju.Dan akhirnya Amri kembali kepada si peniaga itu dengan keadaan yang termengah2.

Amri : Ini mangkuknya,saya yakin saya tidak mengurangkan walau sedikit pun air di dalamnya.
Peniaga : Bagus anak muda.
Amri : Jadi sekarang tolong ceritakan jawapan terhadap mimpi saya itu tuan.
Peniaga : Baiklah anak muda,sebelum itu,aku ingin tanyakan sesuatu pada kamu.
Amri : Apa dia tuan?
Peniaga : Berapa kali kamu mengingati Allah sepanjang kamu berlari membawa mangkuk berisi air ini?
Amri : Mengingati Allah?Saya langsung tidak mengingati Allah,saya hanya berfikir tentang air di dalam mangkuk ini,saya risau jika air di dalam mangkuk ini berkurang.
Peniaga : Nah,di sinilah jawapannya anak muda,aku sentiasa mengingati Allah dalam setiap perbuatanku.Semasa aku berniaga,sama seperti kau membawa mangkuk berisi air itu,aku jujur dan amanah dalam perniagaan yang aku lakukan,aku juga lakukan amal kebaikan terhadap pelanggan2 aku,aku tidak pernah melupakan Allah dalam setiap yang aku lakukan.

Amri tunduk mendengar jawapan peniaga tersebut,Amri kemudiannya berterima kasih kepada peniaga tersebut kerana telah mengajarnya sesuatu hari ini.Tamat.

*Nah rakan2,semoga cerita ini dapat memberi sedikit pelajaran buat kita semua.Semoga Tuhan Merahmati Kita Semua.Amin.
*Di alih bahasa dan di olah dari cerita The Pious Man and The Shopkeeper.

Amirul