Assalamualaikum...
Lama sunggu aku tak menziarahi blog aku ni,tapi tak bermakna aku tak berminat lagi untuk menulis,cuma masa dan idea saja yg kurang,al-maklum sedikit sibuk dengan kerjaya dan hobi baru aku,yelah,semenjak ada kamera ni,aku lebih giat menghabiskan masa dengan membelek kamera aku tu,belajar dan terus belajar untuk mendapatkan gambar yang terbaik,yang mungkin boleh dikomersialkan InsyAllah.
Macam2 yang aku fikirkan sekarang,dari kehidupan peribadi,ke keluarga,ke kerja,ke hobi dan macam2 lagilah.Alhamdulillah sepanjang aku berada di Penang ni,rezeki n taraf hidup aku semakin baik,mungkin berkat doa dari keluarga aku dan orang2 sekeliling aku,terima kasih kepada semua yang banyak bagi "support" kat aku,tak kira secara lahiriah atau batiniah.Tanpa kamu semua,aku mungkin bukan diri aku pada kala ni.Terima Kasih Semua!.
Masalah pon boleh tahan la banyaknya,dari bab peribadi,ke bab kerja,ke bab kereta aku,ke bab PINJAMAN PTPTN aku,dan macam2 lagi lah masalah,namun aku takkan sekali2 beralah,sebab kehidupan kena diteruskan,walau apa pun masalah,aku cuba hadapi dengan sebaik2nya,yang penting,sabar dan tenang menghadapinya,masalah paling baru aku sekarang adalah berkenaan dengan pinjaman PTPTN,aku dah disaman oleh pihak PTPTN sebab tak bayar hutang,hahaha....padan muka aku,nak tak nak kenalah bayar,dah duit pinjam,tapi yang aku tak puas hati,aku kena bayar semua amaun tu kalau aku nak nama aku clear dari senarai hitam imigresen,mana aku nak cekau duit?kalau seakat 3-4ribu tue boleh juga aku gagahkan bayar,ni berbelas ribu,aku harap pihak PTPTN boleh terima rayuan untuk membersihkan nama aku dari senarai hitam tu,bukan apa,aku punya keluarga di luar negara,mungkin jika terjadi apa2,boleh la aku ke sana melawat mereka,buat masa sekarang memang aku tak boleh nak keluar negara melainkan aku bayar seluruh amaun pinjaman aku tu,aku mengaku silap aku sebab memperlekehkan benda ni,tapi nak buat macam mana,tahun ni baru aku rasa sedikit selesa dengan status kewangan aku.
Disember dah nak habis dah ni,tahun 2010 pun akan menganjak pergi,dan 2011 sedang menanti,mudahan tahun 2011 nanti,menjadi tahun yang lebih baik buat aku dan korang semua berbanding tahun ni,kita takkan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan,tapi kita boleh rancang perjalanan kehidupan,kalau kita mahukan yang terbaik,kita rancanglah dengan baik.Mudahan ia diperkenankan oleh Allah.Bulan Disember ni juga boleh dipanggil bulan mengawan sebab banyak sangat kerja kahwin,aku lihat ramai rakan2 aku kahwin bulan ni,namun maaf kalian aku tak dapat nak hadiri majlis korang,aku ucapkan tahniah pada semua rakan2 aku yang dah mengikat tali cinta mereka dengan pertunangan juga perkahwinan.Semoga kalian semua tabah dan bahagia menjalani kehidupan yang baru.Jagalah keamanan dan maruah rumah tangga dengan sebaiknya.
Aku?kahwin?mak aku pon dah pesan suruh cari calon,tapi bukan aku tak mahu,cuma aku rasa aku belum bersedia untuk melangkah ke arah itu,membina rumah tangga ni perlukan persediaan yang rapi,dari segi mental dan fizikal,kewangan,tanggungjawab dan sebagainya,memang kita lihat kahwin ni mudah,namun untuk menjaga keharmonian rumah tangga selepas itu kita tak tahu,jadi bagi lah aku bersedia dengan sepenuhnya sebelum aku melepaskan gelaran BUJANG pada diri aku ni,InsyAllah,jodoh dan pertemuan kan di tangan Allah.Tunggu je lah kad kahwin aku sampai kat rumah korang,atau aku pos je dekat dalam facebook,JIMAT!hahaha....
Okay,banyak dah aku menulis ni,lenguh dan jari2 aku ni,hehehe.
*Terdengar iklan pasal mengenang jasa dalam radio,rupa2nya iklan PTPTN..hampeh.
*Buat Radin Nurulhuda Binti Radin Sulaiman,tahniah atas pertunangan awak,saya doakan awak dapat kebahagian yang awak cari selama ni,dan kekalkan lah kebahagian itu.:)
*Selamat Tahun Baru 2011 buat semua!
Amirul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan