Isnin, 24 Mei 2010

Pon Shushah!

Assalamualaikum...

Hari ini hari yang sangat memenatkan selepas seminggu berhibur dengan penceramah2 bebas di Jabil dan memeruk diri di rumah.Habis segala tenaga yang aku simpan selama seminggu lalu.
Aku pulang,dan mandi dan makan dan berehat sambil membawa akhbar Metro hari ini.Aku selak helaian demi helaian dan mata aku terpaku dengan 1 tajuk,"Kahwin Pun Susah",kepada yang membaca Harian Metro hari ini tentu tahu isi kandungan berita tersebut,aku tertarik dengan tajuk itu lantas aku membaca baris demi baris.Sebenarnya artikel itu dihantar oleh seseorang untuk meluahkan isi hatinya,tentang resam perkahwinan di Malaysia ni.

Artikel itu menceritakan tentang kepayahan seseorang bila berkahwin.Apa yang payahnya?Nah..ini dia,"DUIT",masalah kewangan sering kali membelenggu seseorang yang berkeinginan untuk berkahwin,terutama sang lelaki yang ikhlas hati menjadikan seorang wanita pilihannya sebagai suri hatinya.Dengan hantaran yang tinggi yang aku rasa paling tidak pun dengan zaman kini rm6000,kan?dengan cincin tunang dan cincin kahwin,barang2 hantaran dari sebesar2 kereta ke sekecil2 coklat berbentuk kereta,dengan majlis kahwin yang kebiasaannya menjemput seluruh pelusuk kampung,sanak saudara dan teman2,itu semua memerlukan DUIT.Berapa kos kesemuanya?rm200 atau rm20000 atau rm40000?Fikirlah rakan2,berkahwin itu sunat,dan wajib bagi yang tak boleh mengawal nafsu,namun jika ia dibebankan dengan permasalahan kewangan,mungkin ia akan menjadi tak menentu.

Cuba anda bayangkan,selepas berhabis segala2nya,buerhutang sini dan sana hingga bermasam muka,akhirnya..penceraian menjadi pemisahnya,tidak kah anda merasa rugi?Lihat saja tragedi2 cinta sekerat jalan yang banyak di paparkan di Malaysia ni,kahwin setahun,sebulan,seminggu ada juga yang sehari,akhirnya...bercerai.Dan kemudian turun naik mahkamah untuk menuntut hak masing2,tak ke mengeluarkan modal?tak ke merugikan kedua2 belah pihak?Aku bukan berfikiran negatif,tapi aku cuba membawa anda ke perspektif sebenar perkahwinan.Sesuatu yang semua tahu namun ego untuk menyuarakannya.Bersanding itu budaya siapa?Menepung tawar itu budaya siapa?Adakah budaya itu penting pada kita?Ya untuk sebilangan bangsa,namun jangan kerana budaya,kita lupa tentang kebenaran yang nyata.Kebenaran yang akan membawa kita ke arah kebahagian yang hakiki.

Aku sering kali mendengar perkataan ini.."kata sayang?takpalah berhabis duit untuk orang yang kita sayang",ini juga "bukan jual anak,tapi faham2 la keadaan ekonomi sekerang ni macam mana"dan ini"ala,sekali seumur hidup,apa salahnya"..dan aku hairan,kau bijak berbicara,tapi entah kemana....Berfikirlah dengan lebih mendalam,sayang..memang sayang,tapi perlukah aku menabur duit hingga rm30000-rm40000 kerana sayang?kerana cinta?logik kah?dan kau bijak berkata tentang ekonomi,tapi kau tak pandai berkira2,andai kos sara hidup sekarang tinggi,kenapa tak buat sederhana sahaja?yang tak menelan kos yang tinggi?kenapa mesti dirai dengan pelamin yang indah2?bak raja dan pemaisuri?sedangkan kita hanya insan biasa2 saja.Teringin menjadi rajakah kamu?Apa perlu kugiran dan gamelan?Sekali seumur hidup,dan jika berpisah dan ingin berkahwin dengan lainnya,macam mana pula kiranya?Fikirlah.

Yang paling tidak masuk akal,begini kata si ibu bapa"aku hantar anak aku mengaji tinggi2,kau ingat murah?"siapa yang berjaya?akukah?anak kamukah?dan adakah kamu yang mengeluarkan semua perbelanjaan?bukan dengan pinjaman atau biasiswa?yang mungkin akan dibayar beransur2 oleh kedua mempelai?Fikirkanlah...

Aku sangat setuju dengan apa yang diluahkan oleh pemuda itu,dan selepas ini jika ada antara ibu2 atau bapa2 yang takut untuk menerima aku,tak mengapa,macam kata Syawal dalam cerita Ahmad Albab,kebahagiaan,kekeyaan,ketenangan datang dari Allah,bukan dari bapak!

*Peringatan buat pemuda2 di luar sana,jangan kerana tidak ada duit,kau kahwin lari pula.Itu pun salah,juga kepada ibu bapa sekalian,jangan merahkan anak kahwin lari,mungkin itu juga protes dari sang anak kerana kos yang terlalu tinggi...



Amirul

2 ulasan:

M.Rukimin berkata...

Kita buat mana yg terbaik bro...setuju ngan ulasan anda.
Dan setuju bukan bermakna tergolong dalam kelompok yg tak mampu..cuma nampak ada pembaziran, kalau duit tu dpt digunakan ke arah yg lain kan lebih bagus..
melabur untuk membeli rumah ker, etc..

BlackBanner. berkata...

Betul!yang penting ikhlas dari hati,wang mampu dicari,walau lama mana harus menanti,tapi jangan sampai menyeksa diri.