Assalamualaikum....
Semalam 16 May,tarikh dimana semua guru2 di raikan,dimana semua jasa dan pengorbanan mereka diabadikan,dimana setiap titik peluh mereka membimbing anak2 bangsa dimengertikan.
Disini aku juga ingin meluahkan rasa hormat dan terima kasih yang tak terhingga buat guru2 yang pernah mendidik aku ketika zaman aku dahagakan ilmu dahulu,daripada Taski Al-Huda Taman Maju,ke Sekolah Kebangsaan Pintas Puding,ke Sekolah Menengah Tun Ismail,seterusnya di Sekolah Menengan Kebangsaan Munshi Sulaiman dan seterusnya di Universiti Teknologi Malaysia.
Setiap perjalanan hidup aku pada zaman itu sangat bermakna dengan kehadiran mereka,kerana merekalah yang melakar dan menconteng aku hingga aku berada di tempat aku berada sekarang.
Terlalu banyak yang mereka curahkan,pelbagai ilmu mereka berikan,daripada ilmu Matematik,Sains,Sejarah,Bahasa hinggalah ilmu kehidupan yang sangat berguna pada aku.Pelbagai yang aku pelajari untuk menjalani kehidupan di dunia yang indah dan penuh pancaroba ini.Dan InsyaAllah setiap apa yang di ajarkan mereka akan aku terapkan dalam kehidupan aku seharian.Terima Kasih Guruku.
Semoga semua guru2 yang pernah mengajar aku dan juga kepada guru2 baru tabah dan cekal dalam mendidik anak2 bangsa di masa kini dan masa hadapan.Berdedikasi tinggi dan berpekerti mulia demi menjadi contoh terbaik buat semua kerana selain ibu dan bapa,gurulah yang paling hampir dengan masyarakat dan anak2 bangsa.
*Selamat Hari Guru aku ucapkan khas buat abah,huda, dan teman2 aku yang kini sudah bergelar guru.
Guru,
Kau ibarat lilin,
Membakar diri,
Demi menerangi ruang gelap,
Biar dirimu kepanasan dek api.
Biar dirimu cair,
Namun cahaya yang kau hasilkan,
Amat bermakna buat semua,
Bercahayalah kamu,
Hingga ke pengakhiran sumbumu itu,
Jasamu tetap akan dikenang.
Terima Kasih Guru.
Amirul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan