Isnin, 24 Mei 2010

Pon Shushah!

Assalamualaikum...

Hari ini hari yang sangat memenatkan selepas seminggu berhibur dengan penceramah2 bebas di Jabil dan memeruk diri di rumah.Habis segala tenaga yang aku simpan selama seminggu lalu.
Aku pulang,dan mandi dan makan dan berehat sambil membawa akhbar Metro hari ini.Aku selak helaian demi helaian dan mata aku terpaku dengan 1 tajuk,"Kahwin Pun Susah",kepada yang membaca Harian Metro hari ini tentu tahu isi kandungan berita tersebut,aku tertarik dengan tajuk itu lantas aku membaca baris demi baris.Sebenarnya artikel itu dihantar oleh seseorang untuk meluahkan isi hatinya,tentang resam perkahwinan di Malaysia ni.

Artikel itu menceritakan tentang kepayahan seseorang bila berkahwin.Apa yang payahnya?Nah..ini dia,"DUIT",masalah kewangan sering kali membelenggu seseorang yang berkeinginan untuk berkahwin,terutama sang lelaki yang ikhlas hati menjadikan seorang wanita pilihannya sebagai suri hatinya.Dengan hantaran yang tinggi yang aku rasa paling tidak pun dengan zaman kini rm6000,kan?dengan cincin tunang dan cincin kahwin,barang2 hantaran dari sebesar2 kereta ke sekecil2 coklat berbentuk kereta,dengan majlis kahwin yang kebiasaannya menjemput seluruh pelusuk kampung,sanak saudara dan teman2,itu semua memerlukan DUIT.Berapa kos kesemuanya?rm200 atau rm20000 atau rm40000?Fikirlah rakan2,berkahwin itu sunat,dan wajib bagi yang tak boleh mengawal nafsu,namun jika ia dibebankan dengan permasalahan kewangan,mungkin ia akan menjadi tak menentu.

Cuba anda bayangkan,selepas berhabis segala2nya,buerhutang sini dan sana hingga bermasam muka,akhirnya..penceraian menjadi pemisahnya,tidak kah anda merasa rugi?Lihat saja tragedi2 cinta sekerat jalan yang banyak di paparkan di Malaysia ni,kahwin setahun,sebulan,seminggu ada juga yang sehari,akhirnya...bercerai.Dan kemudian turun naik mahkamah untuk menuntut hak masing2,tak ke mengeluarkan modal?tak ke merugikan kedua2 belah pihak?Aku bukan berfikiran negatif,tapi aku cuba membawa anda ke perspektif sebenar perkahwinan.Sesuatu yang semua tahu namun ego untuk menyuarakannya.Bersanding itu budaya siapa?Menepung tawar itu budaya siapa?Adakah budaya itu penting pada kita?Ya untuk sebilangan bangsa,namun jangan kerana budaya,kita lupa tentang kebenaran yang nyata.Kebenaran yang akan membawa kita ke arah kebahagian yang hakiki.

Aku sering kali mendengar perkataan ini.."kata sayang?takpalah berhabis duit untuk orang yang kita sayang",ini juga "bukan jual anak,tapi faham2 la keadaan ekonomi sekerang ni macam mana"dan ini"ala,sekali seumur hidup,apa salahnya"..dan aku hairan,kau bijak berbicara,tapi entah kemana....Berfikirlah dengan lebih mendalam,sayang..memang sayang,tapi perlukah aku menabur duit hingga rm30000-rm40000 kerana sayang?kerana cinta?logik kah?dan kau bijak berkata tentang ekonomi,tapi kau tak pandai berkira2,andai kos sara hidup sekarang tinggi,kenapa tak buat sederhana sahaja?yang tak menelan kos yang tinggi?kenapa mesti dirai dengan pelamin yang indah2?bak raja dan pemaisuri?sedangkan kita hanya insan biasa2 saja.Teringin menjadi rajakah kamu?Apa perlu kugiran dan gamelan?Sekali seumur hidup,dan jika berpisah dan ingin berkahwin dengan lainnya,macam mana pula kiranya?Fikirlah.

Yang paling tidak masuk akal,begini kata si ibu bapa"aku hantar anak aku mengaji tinggi2,kau ingat murah?"siapa yang berjaya?akukah?anak kamukah?dan adakah kamu yang mengeluarkan semua perbelanjaan?bukan dengan pinjaman atau biasiswa?yang mungkin akan dibayar beransur2 oleh kedua mempelai?Fikirkanlah...

Aku sangat setuju dengan apa yang diluahkan oleh pemuda itu,dan selepas ini jika ada antara ibu2 atau bapa2 yang takut untuk menerima aku,tak mengapa,macam kata Syawal dalam cerita Ahmad Albab,kebahagiaan,kekeyaan,ketenangan datang dari Allah,bukan dari bapak!

*Peringatan buat pemuda2 di luar sana,jangan kerana tidak ada duit,kau kahwin lari pula.Itu pun salah,juga kepada ibu bapa sekalian,jangan merahkan anak kahwin lari,mungkin itu juga protes dari sang anak kerana kos yang terlalu tinggi...



Amirul

Isnin, 17 Mei 2010

Buat Guru.

Assalamualaikum....

Semalam 16 May,tarikh dimana semua guru2 di raikan,dimana semua jasa dan pengorbanan mereka diabadikan,dimana setiap titik peluh mereka membimbing anak2 bangsa dimengertikan.

Disini aku juga ingin meluahkan rasa hormat dan terima kasih yang tak terhingga buat guru2 yang pernah mendidik aku ketika zaman aku dahagakan ilmu dahulu,daripada Taski Al-Huda Taman Maju,ke Sekolah Kebangsaan Pintas Puding,ke Sekolah Menengah Tun Ismail,seterusnya di Sekolah Menengan Kebangsaan Munshi Sulaiman dan seterusnya di Universiti Teknologi Malaysia.
Setiap perjalanan hidup aku pada zaman itu sangat bermakna dengan kehadiran mereka,kerana merekalah yang melakar dan menconteng aku hingga aku berada di tempat aku berada sekarang.

Terlalu banyak yang mereka curahkan,pelbagai ilmu mereka berikan,daripada ilmu Matematik,Sains,Sejarah,Bahasa hinggalah ilmu kehidupan yang sangat berguna pada aku.Pelbagai yang aku pelajari untuk menjalani kehidupan di dunia yang indah dan penuh pancaroba ini.Dan InsyaAllah setiap apa yang di ajarkan mereka akan aku terapkan dalam kehidupan aku seharian.Terima Kasih Guruku.

Semoga semua guru2 yang pernah mengajar aku dan juga kepada guru2 baru tabah dan cekal dalam mendidik anak2 bangsa di masa kini dan masa hadapan.Berdedikasi tinggi dan berpekerti mulia demi menjadi contoh terbaik buat semua kerana selain ibu dan bapa,gurulah yang paling hampir dengan masyarakat dan anak2 bangsa.

*Selamat Hari Guru aku ucapkan khas buat abah,huda, dan teman2 aku yang kini sudah bergelar guru.

Guru,
Kau ibarat lilin,
Membakar diri,
Demi menerangi ruang gelap,
Biar dirimu kepanasan dek api.
Biar dirimu cair,
Namun cahaya yang kau hasilkan,
Amat bermakna buat semua,
Bercahayalah kamu,
Hingga ke pengakhiran sumbumu itu,
Jasamu tetap akan dikenang.
Terima Kasih Guru.

Amirul

Sabtu, 15 Mei 2010

Bila Bosan!



Assalamualaikum...
Bila bosan menyelimuti diri....Ambil ini!


Tetibe terase nak bela ikan beli g kedai akuarium.

Nampak?

Jajarkan ke Tengah
Ni la dia tempatny.

Ni Taman Rimba Penang.

Peneman Setia.

Boleh ke sampai Bukit Bendera kalau lalu sini?

Taman rimba buatan manusia.

Jambatan Gantung!


Siapa lagi kalau bukan aku!!!!



Hahaha...lepas tu aku pergi Batu Feringgi,tapi masih kesiangan nak pergi ke Pasar Malam dia,so jalan2 cuci mata je la....


Amirul

Rabu, 12 Mei 2010

Topi Salji.

Aku tak tau kenapa sejak kebelakangan ni aku berahi mengenakan topi salji aku.
Aku dah jatuh cinta dengan topi salji ini kah?Aku pun tak tau.
Dan segala kenangan mengenai topi salji tu laju meluncur dalam peti minda aku.
Setiap masa aku bersama dengan topi salji ni,fikiran aku akan melayang mengingatkan peristiwa2 yang berlaku.Yang tak mungkin akan berulang lagi.TAK MUNGKIN.
Kerna ia hanya akan berlaku sekali sahaja.
Beruntungnya aku ada topi salji ini,dan kenangan2 tentangnya.
*Tetiba rasa nak g Genting Highland........Sejuk,melarikan diri dari kepanasan kat Penang ni.


Amirul.

Isnin, 3 Mei 2010

Love Or Lust..

Cinta Atau Nafsu?

Gempak tak tajuk aku kali ni?hahaha...saje je nak buat gempak sekali sekala,sambil2 bermuhasabah diri.Pernah ke korang berfikir tentang benda ni?kenapa korang berpasangan,kapel dan sebagainya....apakah sebab korang suka ngan seseorang tue?adakah hanya kerana hati budi?paras rupa?atau kerana pasangan korang berkongsi perasaan ngan korang?

Fikir2kan lah wahai sahabat2,pasangan2 kekasih,dan juga yang sudah berkahwin.

*Aku takde idea tentang hal ni,aku pon keliru,samada aku sayang seseorang tu sebab cinta atau nafsu.

Amirul