Rabu, 28 April 2010

Perjalanan Yang Panjang.

Dari Batu Pahat Ke Penang.

Alhamdulillah,akhirnya aku sampai juga di rumah di Penang ni,perjalanan malam tadi amat panjang aku rasakan,mana tidak,perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 8 jam menjadi lebih 10 jam,bengkok tulang belakang aku tidur atas kerusi bas tu,dengan kerenah seorang nyonya yang duduk di kerusi di hadapan macam cacing kepanasan,lenguh lutut aku menahan kerusi beliau yang asyik hendak diturunkan,"nak selesa tidur kat umah nyonya oiii".

Antara punca kelewatan bas aku tiba di Penang adalah para penguatkuasa telah melakukan sekatan di kawasan rehat mana aku pun terlupa kerana aku asyik tidur,pihak polis dan penguatkuasa imigresen dengan bantuan rela telah melakukan sekatan atas tujuan mungkin mencari endatang asing,juga bahan2 terlarang.Tahniah aku ucapkan pada mereka yang berdikasi berkerja hingga lewat malam demi manjaga keselamatan negara.

Kondisi bas juga menjadi salah 1 sebab kelewatan aku tiba di rumah,aku tidak faham kenapa pemandu bas itu memberhentikan kenderaan hanya untuk menutup penghawa dingin?panas gila aku dibuatnya.

Okay,aku tak mahu bercerita tentang kelewatan tu lagi,sekarang aku ingin bercerita tentang memori yang bermain di benak fikiran aku sepanjang perjalanan,terdapat beberapa kenangan yang bermain di fikiran aku terutamanya bila bas itu meluncur atau berhenti di tempat2 yang pernah aku lewati sebelum ni,dari dalam bas tu,di Muar,aku melihat sekujur tubuh yang sangat aku kenali,seorang rakan yang baik ketika aku di Flextronics,Ipin,sedang melepak di warong sambil menghirup udara segar dari rokok berjanama Dunhill mungkin,ataupun Winston Lightnya,tetap sama keciknya,hahaha.

Banyak lagi kenangan yang melayang di fikiranku sepanjang perjalanan itu,namun yang paling aku ingat ketika bas itu melalui Perak dan singgah di Perhentian Bas Medan Gopeng,disitu fikiran aku terus terlintas kepada seseorang yang pernah menetap dalam hati aku,seseorang yang baik budi pekerti,Sepanjang laluan itu,aku masih ingat lagi dimana dia mengambil ku perhentian itu,membawaku bersiar2 di setiap pelusuk daerah itu,Di Mcdonald ketika aku berehat dan menghirup Milo panas,dan bas terus menderu laju hingga ke Pekan Taiping,sekali lagi ingatanku berputar mengingati beliau,Jika si dia yang ku maksudkan membaca blog ku ini,aku ingin nyatakan disini,mungkin kita takkan bersama,namun memori aku terhadap kau tak pernah pudar sedari zaman Innocent_gurl dan Critticall lagi,hingga kau melanjutkan pelajaran,hingga kau berkerjaya,dan belum terlambat aku ucapkan terima kasih kerana sudi belanja aku makan di Rengit Coffee BP Mall,maaf atyas setiap keterlanjuran perkataan dan perbuatan aku terhadap kau,4 tahun bersamamu akan tetap berada di mindaku.Semoga kamu bahagia kerna itu yang selalu ku harapkan.

Setakat tu saja kisah pengembaraan seorang anak muda yang merantau jauh demi mencari rezeki,buat keluargaku,aku sayang kamu semua.Nantikan kepulangan anakmu di hari yang lain ya?tungguuuuuu........

Buat si dia yang ku nantikan,kenapa hanya berdiam diri?adakah itu tanda jalan keluar buat diriku?berikan aku jawapan,ku tunggu hingga Sabtu.

Amirul.

Isnin, 19 April 2010

Setahun.

setahun mengenali,
setahun meminati,
setahun menunggu,
setahun termangu,

kau datang,
bawa cerita dukamu,
cerita sedihmu,
aku mendengar,
dengan tenang,
walau hati gundah,

dan satu saat,
kau mintaku pergi,
aku pergi,
dengan rela hati,
dengan senyum dibibir,

dan ketika kau hadir kembali,
dengan cerita dukamu lagi,
aku menyambutmu,
dengan senyum juga....

dan terus senyum,
walau kini,
aku yang akan pergi,
dengan rela...

Amirul.

Sabtu, 17 April 2010

Kebodohanku.

Mana nak mula ni?

Kadang2 aku fikir bodoh gak aku ni,hanya membiarkan perkara tu berlaku macam tu je,malahan aku yang beriya2 memberi galakan,sedangkan aku tak mahu perkara tu berlaku.

Dan bila ia dah berlaku,aku buntu,tak tau nak buat apa lepas tu,takkan aku nak berterus terang plak,segan mak....hahaha.

Biarkan lah dulu,bila segala2nya berjalan lancar,aku akan teruskan dengan niat aku.

Tapi nampaknya sudah tak lancar,sebab dia DIAM!

Bodohnya aku!!!!Berterus terang jek la!!!!

Amirul

Ahad, 11 April 2010

Berkabung.

Assalamualaikum....

Lama gila aku tak update blog aku ni,masih lagi dalam suasana baru,yang masih segar.Buat pengetahuan semua,aku kini berada di Penang dan bukan di PTP lagi okay,baru sebulan lebih sikit aku kat sini,so masih lagi menyesuaikan diri dengan keadaan kerja baru,jalan2 baru,cuaca baru,dikelilingi awek2 baru,hahahaha....

Aku sekarang bekerja di Jabil Penang,sebagai technician gak,tapi aku rasa job scope aku kat sini lebih luas dan aku boleh dapat banyak pengalaman,Alhamdulillah.Banyak lagi rupanya yang perlu aku belajar.Aku insan yang kerdil.

PENANG,aku pertama kali sampai sini aku rasa sangat teruja,pertama aku dapat tengok dengan mata kepala aku sendiri keindahan jambatan Pulau Pinang,antara lambang kemegahan Penang dan Malaysia,sejurus aku terpana dengan keindahan lautan yang terbentang di sekeliling nya,MasyaAllah...Indah sungguh ciptaanMu.Aku juga teruja kerana aku dah sampai ke salah satu tempat yang aku ingin lawati,heritage town kata orang putih,terlalu banyak sejarah di Penang ni yang perlu aku teroka.

Setakat ni aku dah pergi ke Batu Feringgi,persisiran pantai yang panjang,banyak hotel2 mewah termasuk Hard Rock terpacak kat sana,hebat.Bukit Jambul,tempat aku memanjat,dah 2 kali aku panjat,penat dan puas,sangat puas,dari atas,aku dapat lihat Penang yang sentiasa sibuk,jambatan yang gah,dan lautan yang luas.Padang Kota Lama@Padang Esplanade,tempat warga Penang melepak aku rasa,juga berhampiran laut,yang aku kagum,sepanjang perjalanan aku di tengah2 kota tu dikelilingi bangunan2 bentuk vintage,cantik..sangat cantik,ruginya aku takda kamera canggih.Balik Pulau,jalan bengkang bengkok yang boleh menguji skill pemanduan semua,naik bukit beb!Lorong Kulit,ya!tempat yang aku sangat2 mahu pergi,kenapa?cuba pergi sendiri,aku tak tahu nak cakap.Yang boleh aku cakap,old skool dan vintage beb!dan banyak lagi tempat aku dah pergi dalam sebulan ni termasuk Padang Besar,Perlis.

Dan aku masih lagi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan cuaca pulau ni juga keadaan jalan yang sentiasa sesak,dan pemandu2 yang sangat "berhemah".Makanan,aku boleh jadi gila kalau bercakap pasal makanan di Penang ni,kedai bersepah dan makanannya jauh lebih murah berbanding Johor.Makin kembang la aku jawabnya,hahaha...

Okay,itu sahaja setakat ni,lain kali aku update lagi,dengan gambar2 terbaru aku.

Salam sayang buat semua yang mengunjungi blog aku.
Juga salam rindu buat keluarga aku,juga mereka2 yang aku sayang selalu.

Amirul.