Berfikir.....
"Apa yang aku perlukan?apa yang aku kehendaki?"
2 persoalan yang nampak serupa,tapi pada aku mempunyai maksud yang berbeza.
Di antara perlu,dan hendak,di antara keperluan dan kehendak,ia adalah 2 perkara yang sangat2 berbeza,di dalam setiap aspek,aku akan sentiasa bertanya,adakah ia 1 keperluan,atau ia adalah 1 kehendak.
Terlebih dahulu baik aku terangkan apa maksud 2 perkataan itu dalam kamus hidup aku,keperluan,pada aku ia adalah menunjukkan apa yang aku mesti ada dan penting,mungkin dalam hidup aku,dari setiap sudut samada kecil atau besar,kehendak pula,suatu yang mungkin tidak terlalu penting,tapi sesuatu yang lebih kepada memenuhi kepuasan diri aku.
Aku selalu mendengar 2 perkataan ini disebut bila mana ia melibatkan tentang kewangan,perbincangan2 dari pakar di peti televisyen,atau dari rakan2 aku sendiri,yang sering membincangkan tentang keperluan dan kehendak sewaktu berbelanja dan sebagainya.Sering kali kedengaran mereka berkata"dahulukan keperluan,kemudiankan kehendak",yang bermaksud membeli bila perlu bukan membeli dengan kehendak.Aku setuju dengan pernyataan tersebut sebab pada aku,kuasa membeli ada pada diri sendiri,belilah ikut keperluan,dan jika mengkehendaki sesuatu,ikut pada kemampuan,jika anda mampu memilikinya,maka belilah.
Itu berkaitan dengan kewangan,tapi pernahkah anda kaitkan 2 perkataan itu dengan situasi yang lain?Sebagai contoh,cinta.Adakah anda memerlukan cinta?atau anda berkehendak dengan cinta?Adakah mencintai atau dicintai itu penting buat anda?atau anda hanya ingin mendapatkan kepuasan bila anda mencintai atau dicintai seseorang?atau anda tidak kesah pun pasal bercinta ni?Pada aku,semuanya terpulang pada individu kerana tafsir cinta pada setiap manusia adalah berbeza,ada yang terlalu obses dengan cinta hingga sanggup mengelar tangan dan membunuh diri,ada juga yang langsung tidak kesah dengan cinta.Bagaimana anda mendifinisikan cinta itu akan membuat diri anda cenderung ke arah itu.Aku?Cinta itu ikhlas dari hati,maka ia akan hadir dengan sendiri tanpa dipaksa,ia bukan keperluan,tapi ia kehendak,bukan atas dasar kepuasan,tetapi atas dasar naluri kemahuan,setiap manusia mahu mencintai dan dicintai,bukan perlu mencintai dan dicintai.
Amirul
1 ulasan:
topik ni best..perlu dan kehendak..kadang2 org ingt kehendak tu mcm satu keperluan..
Catat Ulasan