Sabtu, 21 November 2009

Pilihan.



"Aku mahu itu,aku mahu ini,aku tak mahu yang itu,aku tak mahu yang ini"

Seringkali terdengar keluh kesah daripada mereka2 yang bernafsu mengungkapkan ayat2 di atas,yang kadangalanya kedengaran sangat sayu,kadangkalanya kedengaran sangat mustahil,kadangkalanya kedengaran bersemangat di jiwa,namun lembik di dada,dan adakalanya hanya mengungkapkan lembut namun keras di hatinya.
Kenapa?kenapa perlu diungkapkan ayat itu?kenapa perlu memilih ini dan itu?kenapa tidak terima sahaja apa yang ada di genggaman,dan simpan ia rapi2 dalam poket naluri hati?
Jawapannya 1 yang pasti,nafsu yang dihadiahkan oleh Maha Pencipta kepada setiap hambanya yang lahir dari hati yang pelbagai,rambut juga tidak sama hitam sekarang,begitu juga apa yang ada di hati dan minda.Ada yang lebih,ada yang kurang,yang tamak,yang haloba,yang adil,yang saksama,yang pemurah,yang bersedekah,dan ada juga yang terima seadanya.
Ya..seperti juga aku,punya sifat2 sebegitu,kadangkala mahukan yang manis,yang cantik,yang tulus,yang cerdik,yang lebih,namun adakala aku hanya biarkan saja apa yang ada padaku,dan aku rasa itulah hak yang diberikan kepada setiap warga manusia.
Aku pilih mana yang aku rasa aku suka,aku pilih yang mana aku rasa selesa,aku pilih yang mana aku rasa sesuai buat diriku,namun hakikat disebalik semua itu,tidak semua yang aku pilih itu akan aku dapati,dan tidak semua yang aku pilih adalah terbaik buat orang di sekeliling aku,kerna mereka juga berhak memilih!
Dan seringkali timbul persoalan di benak minda aku,adakah pilihan yang aku buat itu benar?adakah aku puas dengan apa yang aku telah pilih?dan pada tika aku sedang memilih,semakin banyak peluang yang timbul,yang takkan aku sedari,dan aku terus sahaja memilih,asalkan bulat di hati aku untuk memilih itu dan ini,
Disini,aku telah pelajari sesuatu,aku sebagai manusia tidak pernah puas dengan apa yang aku ada,kerana apa?mungkinkah aku tidak bersyukur atas pemberianNya?atau nafsu haloba aku telah menguasai diri aku?atau memang itulah kehidupan,kita mesti memilih dan terus memilih,asalkan kita selesa dengan pilihan kita.
Jika kita silap,adakah kita masih lagi bisa memlilih?Ya!pada persepsi hidup aku,kerana memilih yang terbaik buat diri sendiri adalah hak kita!Melainkan 1 perkara,AGAMA.

Pilihlah yang terbaik,bulatkan pilihan itu sebaiknya,cedok pengajaran daripada kesilapan jika kita salah memilih untuk kali pertama,da jangan ulang pilihan yang telah gagal buat kali kedua.

Pilihlah....

Amirul

Tiada ulasan: