Jumaat, 27 November 2009

100

Assalamualaikum.....

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada seluruh umat islam di dunia,terutama kepada kedua ibu bapa aku yang berada di kampung halaman (maaf abang tak dapat balik tahun ni,),juga kepada seluruh keluargaku yang berada di Malaysia dan Singapura,sahabat2 aku,rakan2 aku tak kira di mana jua anda berada.

Untuk pengetahuan kalian semua,aku sekarang berada di Flextronics Technology(M) SDN BHD PTP di hadapan PC milik syarikat!Sedang menjalankan tugas.Dan aku mengambil sedikit masa terluang ini untuk menulis.Ini adalah kali pertama aku menyambut Hari Raya Aidil Adha di perantauan dan sedang bertugas,dan hari ini menambah 1 lagi sejarah dalam kamus hidup aku.(Amirul Books Of Records,hahaha....)

Hari ini aku ingin berkongsi rumusan filem yang aku tengok semalam.


Semalam aku menonton sebuah telefilem di saluran ASTRO RIA,bertajuk Seratus Hari Jadi.Antara pelakon dalam cerita tu,Dira Abu Zahar,Zaharil Adzim,Farid Ayam,Radhi Khalid,Tony Eusof,HUJAN!.

Cerita tu mengisahkan Sara,seorang wartawan penyiaran yang sedang meningkat naik,dan berlagak diva,beliau sering membuat liputan mengenai dunia hiburan tanah air,hingga tiba suatu hariyakni pada hari lahir beliau,beliau di beri tugasan untuk menemubual Pak Lan,seorang tukang rawatan tradisional di sebuah kampung.Dan Sara dapati dia tersangkut pada hari yang sama selama 100 hari,setiap kali beliau terjaga dari tidur,beliau akan berada di tempat dan waktu yang sama selama 100 hari,dan di situlah segala ceritanya bermula.

Aku takkan jadikan sinopsis itu terlalu panjang....

Apa yang aku perhatikan melalui filem tersebut....:
1-Hargai ibu bapa kita.
2-Walau dimana pun kita sekarang,jangan lupa dimana kita berada dahulu.
3-Jangan Berlagak!
4-Setiap hari adalah hari untuk berubah.
5-Sebagai manusia,kita akann sentiasa berubah melalui ruang masa yang kadang kala kita tak sedar kehadirannya.

Begitulah sedikit sebanyak tentang cerita 100 harijadi.Dan aku terfikir jika aku berada di tempat Sara,apa yang aku akan lakukan?Yang pasti,aku dapat sambut 100 hari lahir aku dalam masa 1 hari,WoW!

Amirul

Tiada ulasan: