Semalam aku ke panggung menonton filem yang hangat di perkatakan di TV,Lagenda Budak Setan yang di adaptasikan dari novel hasil karya Ahadiat Akashah.Katanya novel ni mendapat sambutan,aku tak tahu dan tak pernah membaca karya Ahadiat Akashah(sebenarnya dah lama aku tak baca novel,kali terakhir masa aku menuntut dulu).
Secara keseluruhannya,jalan cerita yang di paparkan dalam filem ini menarik,ia mengenai perjalanan cinta sejati antara Kasya dan Ayu,yang bermula dari seekor cicak di kantin kolej mereka menuntut.Kasya,seorang budak lelaki yang pada mulanya anti-perempuan dan nakal sehingga digelar Budak Setan telah jatuh cinta pandang pertama pada Ayu,seorang gadis yang juga penuntut baru di kolej itu.Ayu telah berjaya mengubah Kasya dari seorang yang nakal menjadi seorang pencinta sejati.Mereka melalui hari2 mereka dengan bahagia.Namun,Kasya telah ditugaskan untuk membuat kajian mengenai sesuatu di satu tempat terpencil,dan cerita duka mereka berdua pun bermula.
Pelbagai halangan mereka tempuhi,Ayu berkahwin dengan Azmi,bekas kekasih Ayu yang telah merampas kesucian Ayu,perkahwinan atas dasar kehendak ibu kandung Ayu,namun Ayu tidak bahagia.Kasya pula masih lagi berada di perkampungan terpencil,sering merindui ayu.Selepas setahun,Kasya pulang ke kota dan mendapat tahu Ayu sudah berkahwin,luluh hati Kasya mendengar berita tersebut,namun....ada cerita di sebaliknya.Kalau korang nak tahu,tengok la sendiri di panggung ya...hehe.
Aku rasa filem Lagenda Budak Setan ni menarik dengan pelakon2 yang mantap,yang berjaya menghidupkan lagi jalan cerita filem ni.Dengan plot2 romantis yang mengujakan,plot2 komedi yang pasti mencuit hati,plot2 sedih yang baik,aku rasa puas dengan hasil kerja mereka yang terlibat.Begitu juga pemilihan tempat pengambaran yang baik,cantik dan indah.
Aku cadangkan kepada mereka2 yang sedang bercinta,silakan ke panggung untuk menyaksikan kisah cinta sejati antara Ayu dan Kasya ni,ia pasti akan membawa anda mengelamun sejenak.Selamat menonton!
*Lelaki sejati adalah lelaki yang setia dengan cinta.
*Mencari cinta,bukan mencari perempuan.
Amirul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan