Macam mana nak mula ni?
.
.
.
.
.
.
.
Okay2,sempena sambutan Thaipusam 30 januari lepas,kilang aku cuti 3 hari bermula hari sabtu sampai la ke hari isnin,jadi aku mengambil kesempatan untuk balik kampung!.
Kenapa aku sangat2 buntu sekarang ni?sampai tak tahu nak tulis apa?
Tengok dulu gambar2 ni:-
Kenapa aku letak gambar ni eh?hahaha......
Ni la kenangan aku masa aku di alam persekolahan dulu,aku mendapat pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Tun Ismail Parit Raja,Batu Pahat,Johor.Sekolah aku sekolah kampung je,dan gambar2 di atas merupakan "tempat bersarang" aku ngan geng2 aku masa sekolah dulu,aku dan geng2 aku panggil tempat ni WARONG KAK MINAH.Kak Minah tu adalah nama si pemilik warong ni,hehehehe.
Apa yang menarik kat warong ni?Jawapannya:-
1.Kak Minah yang sporting walaupun kadang2 agak garang.
2.Warong ni jual makanan2 dengan harga yang murah,dalam 60 sen dah boleh dapat makan.
3.Warong yang mempunyai konsep terbuka.Hahaha.....
4.Sambal kicap dia "kaw".
5.Line clear untuk.......
Aku suka makan Kuey Teow Goreng Sup dia,letak sambal kicap banyak2,makan sampai peluh satu badan,memang syok habis!Terbaik!
*Antara geng2 aku....madot,fahmi,geduk,dek wan,zidan,usop,nd,alip,kumar,pie,...ramai lagi la,geng2 jahat tak berapa nak jahat,hahaha.....
*Setiap kali aku balik kampung,aku takkan lepaskan peluang makan kat warong kak minah ni.
*Generasi ke generasi,dari aku,pergi ke adik2 aku,semua pernah rasa air jari kak minah ni.
*Kepada kak minah,teruskan memberi yang terbaik buat anak2 bangsa kita,walaupun mungkin orang tidak perasan,tapi itulah kenyataan.
Amirul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan