Jumaat, 29 Januari 2010

Jika Kau Berrcinta Lagi.

Jika Kau bercinta lagi
cintalah sepenuhnya
jika kau bercinta lagi
jagalah kau hatinya

engkau yang memilihnya
tanpa memikirkan tentang diriku
kini ku hanya dapat berdoa
agar berbahagia kau disampingnya

Jika Kau bercinta lagi
cintalah sepenuhnya
jika kau bercinta lagi
jagalah kau hatinya

aku tak dapat menghalang
engkau punya kemahuan sendiri
biarku hidup hanya mengenang
peristiwa yang tak dapat ku lupa

kini aku hanya dapat berdoa
agar berbahagia kau disampingnya
selamat tinggal
aku mengundurkan dir

Terbaik la lagu ni,nyanyian asal kumpulan Alleycats dan pernah dinyanyikan kembali oleh Flop Poppy.
Nak karaoke lagu ni la nanti,hahaha.....

Amirul

Selasa, 26 Januari 2010

Terima Kasih.

Penyakit berjangkit dah datang....
aku malas gila sekarang,mungkin sebab aku sedang menghitung hari2 yang berlalu,yang agak bosan,hari2 yang penuh dengan kerja,letih beb!.
Terbaru,aku ada ketagihan baru,aku sekarang ketagih main badminton,rasa macam hari2 nak main,bukan sebab aku nak kuruskan badan ok!,mungkin sebab dan terlalu lama tak main,lepas tu main balik,tu yang datang gian dia tu,hahaha.....
Okay,lagi terbaru,aku dapat hadiah!dari Tomok,abang besar dalam rumah sewa aku,dia baru balik dari Manchester,dia bagi aku ni :-

Coke UK(sejuk lagi masa aku dapat ni beb!)

Kalendar 2010 Edisi Piala Dunia.

Terima Kasih Abang Tomok!

*Semalam kempunan nak makan roti jala 2 set kat kedai "YUNA".Makan la Kuey Teow Goreng Pataya.
*Hari ni aku pakai songkok hitam berlilit putih di kepala.

.







Amirul.

Khamis, 21 Januari 2010

Tua Itu Emas


























































Kawan aku cakap...."Old is Gold".
Kenapa emas?sebab emas harganya mahal.
Kenapa barang2 buruk di atas ni mahal?sebab barang2 ni barang2 lama,susah nak dapat,
Aku percaya sebab hari sabtu lepas,aku dengan madoot,jalan2 cuci mata di Bazaar JB,banyak barang2 seperti gambar2 di atas di jual,dan harganya sangat2 lah mahal.

Tapi,ada juga manusia yang tak menghargai "emas",sebab mereka sanggup membuang ibu bapa mereka yang juga di panggil warga "emas" ke rumah orang2 tua,itu takpa lagi,ada yang sanggup membuang mereka di perhentian bas?kenapa mereka sukar untuk menghargai "emas2" ni?sedangkan "emas2" ini terlalu berharga dan tiada langsung nilai wang ringgit boleh membayar harga mereka.Kasih sayang yang mereka tumpahkan sejak kelahiran bayi2 mereka,di tatang hingga menjadi insan yang berguna,keringat yang mereka alirkan untuk membesarkan,namun,hanya kerana sekecil2 sebab,sanggup insan2 tak berhati perut ni membuang mereka begitu sahaja.

*Ternyata ungkapan Old is Gold adalah sangat tepat!




Amirul

Selasa, 12 Januari 2010

Keperluan Dan Kehendak.

Berfikir.....

"Apa yang aku perlukan?apa yang aku kehendaki?"

2 persoalan yang nampak serupa,tapi pada aku mempunyai maksud yang berbeza.
Di antara perlu,dan hendak,di antara keperluan dan kehendak,ia adalah 2 perkara yang sangat2 berbeza,di dalam setiap aspek,aku akan sentiasa bertanya,adakah ia 1 keperluan,atau ia adalah 1 kehendak.
Terlebih dahulu baik aku terangkan apa maksud 2 perkataan itu dalam kamus hidup aku,keperluan,pada aku ia adalah menunjukkan apa yang aku mesti ada dan penting,mungkin dalam hidup aku,dari setiap sudut samada kecil atau besar,kehendak pula,suatu yang mungkin tidak terlalu penting,tapi sesuatu yang lebih kepada memenuhi kepuasan diri aku.
Aku selalu mendengar 2 perkataan ini disebut bila mana ia melibatkan tentang kewangan,perbincangan2 dari pakar di peti televisyen,atau dari rakan2 aku sendiri,yang sering membincangkan tentang keperluan dan kehendak sewaktu berbelanja dan sebagainya.Sering kali kedengaran mereka berkata"dahulukan keperluan,kemudiankan kehendak",yang bermaksud membeli bila perlu bukan membeli dengan kehendak.Aku setuju dengan pernyataan tersebut sebab pada aku,kuasa membeli ada pada diri sendiri,belilah ikut keperluan,dan jika mengkehendaki sesuatu,ikut pada kemampuan,jika anda mampu memilikinya,maka belilah.

Itu berkaitan dengan kewangan,tapi pernahkah anda kaitkan 2 perkataan itu dengan situasi yang lain?Sebagai contoh,cinta.Adakah anda memerlukan cinta?atau anda berkehendak dengan cinta?Adakah mencintai atau dicintai itu penting buat anda?atau anda hanya ingin mendapatkan kepuasan bila anda mencintai atau dicintai seseorang?atau anda tidak kesah pun pasal bercinta ni?Pada aku,semuanya terpulang pada individu kerana tafsir cinta pada setiap manusia adalah berbeza,ada yang terlalu obses dengan cinta hingga sanggup mengelar tangan dan membunuh diri,ada juga yang langsung tidak kesah dengan cinta.Bagaimana anda mendifinisikan cinta itu akan membuat diri anda cenderung ke arah itu.Aku?Cinta itu ikhlas dari hati,maka ia akan hadir dengan sendiri tanpa dipaksa,ia bukan keperluan,tapi ia kehendak,bukan atas dasar kepuasan,tetapi atas dasar naluri kemahuan,setiap manusia mahu mencintai dan dicintai,bukan perlu mencintai dan dicintai.

Amirul

Isnin, 11 Januari 2010

Mengubah Hala.....

Sedang memikirkan sesuatu....
Tentang nasib masa depan aku....
Tentang perubahan yang mungkin akan berlaku pada aku....
Tentang sesuatu yang patut aku terima....
Atau menolak dengan baiknya....

Aku kini berada di persimpangan itu.

Amirul