Sabtu, 9 Mac 2013

Syair Setahun Berlalu.

Tersebutlah kisah satu cerita,
kisah terjadi tanpa di duga,
kisah cinta,uda dan dara,
kisah kasih dua jiwa.

 Bermula kisah,nak jadi cerita,
dua jiwa bertentang mata,
pada mulanya tiada rasa,
Kemudiannya terbitlah ia.

Setelah beberapa waktu ketika,
uda dan dara bertemu muka,
kasih bertaut di hati uda,
melamar dara menjadi surinya.

Lamaran diterima,di pihak dara,
majlis di atur,tarikh di tempa,
kenduri kendara,menjemput saudara,
tidak dilupa sahabat semua.

Hari-hari,silih berganti,
tibalah hari,yang dinanti-nanti,
hari bahgia,suami isteri,
cincin disarung,manis dijari.

Bermulalah kisah,suami isteri,
pelbagai kerenah harus diharungi,
pahit manis menjadi penyeri,
itulah ragam suami isteri.

Setelah sekian waktu ketika,
suami isteri mendapat berita,
berita gembira,hadirnya si sia,
putera kesayangan ayah dan bonda.

Setahun sudah kisah berlalu,
Masih segar dalam ingatanku,
Salam sayang buat isteriku,
kasihku hingga ke hujung waktu.


Amirul