Assalamualaikum....
"Alhamdulillah" adalah ungkapan yang paling sesuai untuk aku gunakan kali ini,bersyukur aku kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya,perkenanNya,restuNya,segala yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan baik sekali.Dalam banyak hal aku telah dipermudahkan cara dan jalannya.Terima Kasih Tuhan.
Pada 7 April 2012 yang lalu,satu majlis kesyukuran di atas perkahwinan aku dan pasangan telah berlansung dengan jayanya di tempat aku,segala2nya berjalan dengan baik sekali sejak hari persiapan lagi,dan berterusan hingga ke majlis sebenar berlansung,segala yang diatur berjalan dengan baik atas bantuan banyak pihak termasuk keluarga2 terdekat juga jiran tetangga yang tidak kedekut peluh untuk membantu keluarga kami demi kelancaran majlis tersebut,tiada kata selain dari terima kasih buat semua yang turun padang membantu.Hanya tuhan yang mampu membalas setiap keringat kamu semua.
Malahan ada juga yang menyumbang dari segi kewangan,barang2 mentah,barang2 makan dan banyak lagi la,terima kasih aku ucapkan buat mereka semua,dengan adanya sumbangan2 kamu semua dapatlah mengurangkan sedikit beban yang ditampung,semoga Tuhan sama2 memberkati kita semua dan aku doakan semoga semua dimurahkan rezki hendaknya.Tiada apa yang mampu aku balas,sekali lagi terima kash buat semua.
Alhamdulillah,majlis kesyukuran itu berlansung dengan meriah sekali,dengan kehadiran sanak saudara semuanya,boleh dikatakan satu pengumpulan keluarga yang besar pernah aku saksikan.Kehadiran keluarga dari Perak,Kuala Lumpur,Singapore,dan sekitar Johor sendiri membuatkan suasana majlis begitu gamat,mahunya kena pakai 2 khemah atau lebih bagi memuatkan mereka sahaja,terima kasih kalian,kehadiran kamu semua amatlah aku hargai.
Tidak lupa juga buat sahabat handai yang hadir,terima kasih daun keladi,andai ada masa dan jodoh kitakan berjumpa lagi.Sedari mula majlis pada jam 11 pagi,jemputan tidak putus2 hadir ke majlis kami,sampaikan skuad rewang tidak menang tangan dibuatnya,namun keadaan masih lagi dalam keadaan terkawal,aku juga sedari pagi hingga jam 12 sibuk melayan tetamu sebelum terpaksa bersiap,ramai jugak yang tegur pengantin kenapa tak siap lagi,pada aku,kelancaran majlis paling penting,"orang lelaki bersiap bukan lama mana pun kan?hehehe...."
Izinkan aku lampirkan sedikit sebanyak kronologi majlis pada hari tersebut....
2.30pm- Aku dan pasangan ber-arak di iringi skuad kompang Kampung Parit Hassan Jegol,skuad kompang ini telah mendapat tempat kedua(kalau tak silap aku la) dalam pertandingan kompang.Kami juga di iringi oleh 3 orang kanak2 yang memakai topeng lagak bujang ganong dalam permainan reog ponorogo,nasib baik dorang tak bawak singa barong sekali,mau lari jemputan,hehehe.Kemudian aku dan pasangan di arah duduk bagi menyaksikan persembahan silat pulut atau lebih dikenali sebagai silat pengantin,bermula dengan adik aku no 4,taufik,kemudian adik aku no 3,iwan@bulat mempersembahkan silatnya,juga pakcik@fotografer aku dari Singapore dengan silat bangau putihnya,dan kemudian ditutup oleh pakcik aku dari Johor.Kesian kat adik no 2 aku yang kononnya nak buat persembahan jugak tapi telah dipotong "line" oleh pakcik aku tadi.Kami kemudian di bawa ke pelamin untuk duduk kejap bagi sesi fotografi,dan kemudian majlis makan beradab berlansung dengan hidangan yang enak2,memang enak la sampai rasa nak tambah jek,tapi kena cover la kan,pengantin tak boleh makan banyak2 katanya,tapi dalam diam2 banyak jugak aku bedal,hehehe...Dan sesi fotografi bersama keluarga dan sahabat handai pun bermula,jenuh juga la melayan,tu orang cakap kahwin ni penat,penat bergambar rupanya,selesai sesi bergambar,sesi bebas pun bermula,aku kembali ke khemah jemputan untuk melayan tetamu yang hadir,nasib baik dah tak ramai jemputan masa tu.Majlis berakhir lebih kurang pukul 5 yang disambut oleh hujan yang lebat.Alhamdulillah.
Habis sahaja majlis,sanak keluarga aku bertungkus lumus lagi,kali ini bagi sesi pembersihan pula,semua pakat berkerjasama,sambil bergurau senda bagi menghilangkan penat.Sampai ke tengah malam jugak la kami semua mengemas,tu pun banyak lagi tak selesai,biasala,sisa2 tu pengantin la kena buat,nasib baik la kuali2 dan periuk2 besar2 dah settle,tinggal yang biasa2 jek,kalau tak jenuh aku nak menggosok,hehehe.Terima Kasih semua!
Buat ayahanda dan bonda,jutaan terima kasih aku ucapkan,tanpa kamu aku rasa aku tak mampu nak harungi semua ni,dengan kesungguhan dan semangat dari kamu,kita berjaya harungi semuanya,terima kasih kerana bertungkus lumus demi majlis aku ni,majlis kita,juga melayan kerenah dan kehendak aku yang gila ni.Semoga dengan restu kamu berdua,kita semua akan terus kecapi bahagia,membina keluarga yang hebat dan diredhai Allah hendaknya.Buat adik2 aku,terima kasih atas kudrat yang telah kamu semua sumbangkan,hanya kamu yang aku harapkan,semoga tuhan membalas setiap apa yang telah kamu semua usahakan.
Buat keluarga mentua,terima kasih daun keladi kerana sudi menghadirkan diri ke majlis kami,harapan agar apa yang kami sediakan mencukupi dan andai ada silap di sana sini,ampun dan maaf kami pohoni.Semoga kita semua dalam keberkatan Allah.
Buat si isteri,I Love U.
Akhir kata,Terima Kasih!
Amirul.