Isnin, 6 September 2010

Salam Syawal....

Assalamualaikum....

Dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat islam untuk berpuasa,dalam diam2,kita hampir meninggalkan bulan ramadan al-barakat ni,memang terasa pantas masa berlalu,dan malam ni juga,aku akan balik ke kampung halaman untuk menyambut syawal bersama keluarga.Mudahan Allah memudahkan perjalanan aku.Amin.

2-3 hari ni aku demam,demam nak sambut raya agaknya,tapi Alhamdulillah aku beransur sihat,dan tak sabar rasanya aku ingin menjejakkan kaki ke bumi Parit Raja tercinta,rindu aku pada keluarga semakin membuak2 rasanya.

Seperti tahun lepas juga,persiapan hari raya aku tahun ni sekadar biasa2 sahaja,cukuplah dengan beberapa helai seluar dan baju,lagipun aku hanya beraya di kampung beberapa hari saja,hari raya ke-5 aku sudah mula bertugas semula.Jadi aku rasa tak perlu lah aku berbelanja sakan,dan aku juga masih belum mempunyai keluarga sendiri,jadi berbelanja untuk diri sendiri sajalah.

Semakin kita menginjak ke bulan Syawal ni,fikiran aku kuat terhadap sesorang,sesorang yang tak bernasib baik seperti aku.Lazimnya,sambutan hari raya akan disambut meriah dengan kehadiran keluarga tersayang,berkumpul beramai2,bermaaf-maafan,makan ketupat,rendang,lemang dan sebagainya,berbaju baru berwarna warni,Namun....si dia yang aku fikirkan ini tidak begitu,menyambut hari raya sendirian dan mungkin hanya ditemani dengan rakan2 senasib beliau sahaja,entah bagaimana perasaannya bila berada di tempat beliau,terkadang aku sebak memikirkannya.Aku yakin,beliau juga mengimpikan suasana yang lebih baik pada hari raya yang bakal menjelma,dan aku akan sentiasa mendoakan agar beliau mendapat sesuatu yang beliau impikan.Mudahan bulan Syawal yang bakal tiba ni menjadi Syawal yang terbaik buat buat beliau.Amin.

Dan di kesempatan ni,aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua yang mengenali aku terutama kepada keluarga besar aku juga teman2 sahabat aku,tangan ku hulur maaf ku pohon,semoga ceria di hari lebaran hendaknya....

*Juga teristimewa buat si dia,kanje ucapkan SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN.





Amirul