Jumaat, 30 Oktober 2009

Sedikit Lega.

Assalamualaikum.....

Aku rasa sedikit lega hari ini,
dengan apa yang berlaku sebentar tadi,
biarlah aku hilang,
dari pandangan,
langsung,
jangan cari aku lagi,
tolonglah,
aku merayu,
cermin diri ini,
buka minda itu,
aku ada hati,
mungkin bukan untuk kamu,
untuk siapa aku?
aku tahu,
aku mahu kamu juga begitu,
masih ramai dambakan cintamu,
kasih sayangmu,
aku hanya sisi gelap,
yang bawa derita,
yang bawa tangis,
yang bawa sedih,
jadi,
pergi,
pergilah sejauh mana kamu suka,
sejauh mana kamu rela,
cari sinar di hadapan,
lupakan gelap di sisi,
maafkan aku.

Amirul

Rabu, 28 Oktober 2009

Dah Mula Dah.

Assalamualaikum...

Aku dah mula bosan,
dengan kerja aku,
dengan kehidupan aku sekarang,
dengan suasana aku sekarang,
dengan persekitaran aku,
dengan perasaan aku sekarang,
dengan apa yang aku ada sekarang,

Aku rasa aku patut berubah la,
kerja baru,tapi kalau kerja kilang sama je dengan apa yang aku buat sekarang.
suasana,mungkin esok lusa akan berubah kot.
persekitaran,kat mana2 pun sama,tapi kalau kat tempat lain,bukan Gelang Patah,tapi nanti bosan lagi.Biar je la dulu.
perasaan aku?apa yang aku rasa sekarang ni?entahlah,biar je la,bukan orang kisah pon,aku pon tak kisah.
apa yang aku ada?yang pasti aku ada keluarga aku,dan aku tak pernah bosan dengan mereka,mungkin aku dah bosan naik kereta kancil aku tu kot,asyik meragam je.Aku nak beli kereta baru?mana ada duit!

Jadi?
Entahlah,kadang2 aku hanya biarkan masa berlalu dan biarkan masa yang tentukan apa yang akan aku lakukan,apa yang akan berlaku.Jadi aku teruskan hari2 aku macam biasa,seperti biasa yang aku buat,rutin harian aku,seperti hari2 semalam.

Dengan INDAH!

-Tunggu November!November Yang Akan Jadi Berbeza.


Amirul

Selasa, 27 Oktober 2009

Bosan.

Assalamualaikum....

Waktu ini,

Tika ini,

Saat ini,

Aku.....

Bosan!

Ulang sekali lagi...

Bosan!

Takda yang menarik untuk hari ini,



Amirul(yg sdg bosan!)

Khamis, 22 Oktober 2009

Kenapa?

Assalamualaikum...

Kenapa kadangkala bila apa yang kita luahkan tak didengar?
Kenapa kadangkala apa yang kita cakap tak diambil kisah?
Kenapa kadangkala kita tak kisah atas apa yang berlaku?
Kenapa kadangkala kita terlalu terburu2?
Kenapa kadangkala kita rasa sunyi?
Kenapa kadangkala kita rasa marah atas benda yang kecil?
Kenapa ada aku?
Kenapa ada kamu?
Kenapa ada mereka?
Kenapa ada kasih?
Kenapa ada sayang?
Kenapa ada rindu?

Amirul

Rabu, 21 Oktober 2009

Puisi Si Anak Kecil

Assalamualaikum....

Aku suka puisi ni,
Menarik...Punya maksud yang sangat nyata..
Layan jom.



-Fynn...maafkan saya ambil tanpa mintak permission.


Amirul

Selasa, 20 Oktober 2009

Biarkan.

Assalamualaikum...


Biarkan ia hilang,
Ditelan masa,
Biarkan ia pergi,
ditelan hari,
Biarkan.


Amirul

Ahad, 18 Oktober 2009

Kenyang.

Assalamualaikum...

Tengah hari tadi aku keluar ngan Zaid,kononnya nak pergi makan free di majlis kerja kahwin kawan,yang dibuat besaran atas tajaan 1 syarikat perumahan,di taman perumahan aku la,sambil acara sambutan hari raya dan sambutan pecah tanah rasanya,ada tetamu VIP,YB Ghani B Othman,Menteri Besar Johor,hebat!tapi malang sekali,aku sampai dalam pukul 1:00p.m,rupanya majlis makan tu mula pukul 4:30p.m(mengikut aturcara majlis),pengantin berarak pukul 1:30 tak silap aku,aku tak kesah pasal tak dapat makan,tapi terfikir kalau macam tu gayanya kerja kahwin aku,penat!pengantin buat apa dari pukul 1:30p.m sampai pukul 4:30p.m tu?dan yang paling sadisnya,kesian pada saudara2 dan rakan2 aku,duduk termenung ,menunggu hidangan,kalau ye pun,hidangkanla makanan2 ringan,air,ni aku rasa takda apa2 kot,dudukla mereka beramai2 kepanasan dengan penuh kesabaran(nasib baik ada lori jual aiskrim,beli la,baru RM1.50.).Dan ada juga yang aku lihat beransur pulang(termasuk aku,cari kedai makan).Sadisnya...mana keluarga pengantin?aku pun tak tahu.

Kalau aku,baik aku buat sendiri,biarla mahal sikit,asalkan tak menyusahkan,Insyallah.

-Majlis Persandingan Rakyat tu melibatkan 5 orang pengantin,tapi tetamu yang datang tadi aku tengok macam 1 pengantin punya tetamu je,kenapa eh?
-Selamat Pengantin Baru kepada bakal2 pengantin.

Korang?Nak Buat Majlis Macam Mana?

Comelnye La Budak2 Nie.....


Amirul.